CARA DAFTAR & SEMAK KEPUTUSAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN
Pernah ke anda lihat di dada akhbat tentang individu bertuah yang memenangi hadiah kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz.Ada juga yang memenangi wang tunai sebanyak sejuta ringgit. Apakah peraduan/ pelaburan yang individu tersebut sertai? Kalau anda nak tahu, itu adalah cabutan bertuah penyimpan SIJIL Simpanan Premium (SSP BSN) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional.
APA ITU SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN?
Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) adalah salah satu skim simpanan yang telah diperkenalkan oleh BSN sejak 1978. Ia merupakan produk yang sinonim dengan BSN, justeru SSP BSN telah melalui pelbagai fasa perubahan bagi memenuhi permintaan pelanggan pada masa kini
Tujuan utama ianya diperkenalkan adalah bagi menggalakkan orang ramai menyimpan duit atau dengan erti kata lain menabung bagi kepentingan masa depan. Yang menariknya pelanggan bukan sahaja mendapat keuntungan daripada hasil simpanan mereka malah berpeluang memenangi hadiah daripada cabutan bertuah SSP BSN yang dilakukan setiap bulan. Ia berjaya mendidik masyarakat supaya lebih peka kepada kepentingan simpanan terutamanya bagi golongan berkeluarga.
SYARAT KELAYAKAN SSP BSN
berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas untuk menyimpan SSP BSN iaitu:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia
- Berumur 12 tahun dan ke atas
- Simpanan minimum RM10 (1 unit). Tiada had maksimum
CARA SIMPANAN SSP BSN
Terdapat banyak cara anda boleh menyimpan dengan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP). Anda hanya perlu memilih cara yang paling sesuai dengan gaya hidup anda!
Melalui Perbankan SMS
- Daftar di mana-mana cawangan BSN.
- Taip “SSP<jarak>mpin<jarak>amaun”.
- Contoh: SSP 123456 100 dan hantarkan ke 36898.
- Balas “CONFIRM 7212” untuk pengesahan atau “CANCEL 5740” untuk pembatalan BSN SSP.
Melalui Mesin ATM
- Masukkan kad ATM/Debit BSN.
- Pilih bahasa
- Masukkan nombor PIN.
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi
Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan kad ATM/Debit BSN)
- Masukkan kad ATM/Debit BSN.
- Pilih bahasa.
- Masukkan nombor PIN.
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai).
- Depositkan wang dalam gandaaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
Melalui Mesin Deposit Tunai (Tanpa kad ATM/Debit BSN, hanya untuk penyimpan BSN SSP sedia ada sahaja)
- Pilih bahasa.
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.
- Depositkan wang dalam gandaaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
Melalui Perbankan Internet myBSN
- Kunci masuk ke Laman Web BSN di www.mybsn.com.my
- Pilih ‘Simpanan BSN eSSP’.
- Pilih ‘nombor akaun’ daripada senarai.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.
Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB)
- Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.
- EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi .
- Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.
KADAR DIVIDEN SSP BSN 2023
berikut adalah merupakan cara kira dividen SSP BSN iaitu:
PERKARA | KADAR DIVIDEN |
---|---|
Baki minimum simpanan RM5 ribu | 0.15 peratus |
Baki minimum simpanan RM50 ribu | 0.45 peratus |
Baki minimum simpanan RM500 ribu | 0.75 peratu |
TARIKH CABUTAN SSP BSN 2023
Tarikh cabutan SSP BSN untuk tahun 2023 adalah lebih kurang sebulan, selepas bulan tersebut. Contohnya untuk pemenang cabutan bulan April, ia akan diumumkan pada bulan Mei. Berikut adalah merupakan tarikh cabutan setiap bulan iaitu:
BULAN | TARIKH CABUTAN |
---|---|
Cabutan BSN SSP Januari 2023 | FEBRUARI 2023 |
Cabutan hadiah ssp bsn Februari 2023 | MAC 2023 |
Cabutan Mac 2023 | APRIL 2023 |
Cabutan Bulan April 2023 | MEI 2023 |
Cabutan Bulan Mei 2023 | JUN 2023 |
Tarikh Cabutan Bulan Jun 2023 | JULAI 2023 |
Tarikh Cabutan Bulan 2023 | OGOS 2023 |
Tarikh Cabutan Bulan 2023 | SEPTEMBER 2023 |
Cabutan September 2023 | OKTOBER 2023 |
Tarikh Cabutan Bulan Oktober 2023 | NOVEMBER 2023 |
Tarikh Cabutan Bulan November 2023 | DISEMBER 2023 |
Tarikh Cabutan Bulan Disember 2023 | JANUARI 2024 |
KATEGORI CABUTAN SSP
Terdapat pelbagai kategori cabutan dan mempunyai syarat kelayakan tertentu, antaranya adalah :
- Cabutan Istimewa (BSN SSP RM1 Juta dan BSN SSP RM 2 Juta)
- Cabutan Bulanan
- Cabutan Khas Tempatan
- Cabutan Khas Generasi Z
- Cabutan Khas Kesetiaan
- Cabutan Super SSP
CARA SEMAK KEPUTUSAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN
Ada beberapa cara yang anda boleh guna untuk buat semakan keputusan pemenang.Antaranya adalah :
SEMAK SSP GUNA MyBSN
- Layari portal MyBSN
- Ada dua pilihan bahasa iaitu English dan Bahasa Malaysia
- Pilih Bahasa Malaysia supaya lebih mudah faham
- Anda kini berada di bahagian Semak Keputusan BSN Sijil Simpanan Premium
- Terdapat dua pilihan iaitu:
- Semakan melalui Nombor Kad Pengenalan
- Semakan melalui Nombor Sijil
- Jika anda tidak ingat Nombor Sijil, boleh pilih Semakan melalui Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik Hantar
- Sekiranya anda adalah salah satu pemenang, keputusan akan terpapar
- Jika anda ada simpan No Sijil, boleh pilih Semakan melalui Nombor Sijil
- Masukkan Nombor Sijil dan klik Hantar
- Sekiranya anda adalah salah satu pemenang SSP, keputusan akan terpapar
SEMAKAN SSP DI CAWANGAN BSN
- Hadir ke mana-mana cawangan kaunter BSN berhampiran anda dan semak dengan pegawai yang bertugas
SEMAKAN SSP DI FACEBOOK BSN
- Bagi kurang mahir check secara online, boleh sahaja lihat paparan pengumuman pemenang cabutan melalui Facebook BSN. Sila Like dan sentiasa ikuti perkembangan BSN di https://www.facebook.com/BSNMalaysia/
CARA KELUARKAN DUIT SSP BSN
Berikut adalah merupakan cara untuk mengeluarkan duit SSP anda iaitu:
- Bawa sijil simpanan anda ke mana-mana cawangan bank simpanan nasional yang terdekat dengan anda
- Isi borang pengeluaran. Tunggu sehingga nama anda dipanggil di kaunter yang berkaitan
- Kakitangan BSN akan minta kad pengenalan anda untuk pengesahan identiti sama dengaan sijil simpanan premium BSN yang anda miliki.
- Jikalau tiada masalah, anda akan dapat semula duit yang anda inginkan. Semudah itu.
- tempoh matang sijil simpanan premium bsn pun, tidak lama hanya 45 hari sahaja dari tarikh anda melakukan pembelian
TIPS MENANG CABUTAN SSP BSN
Berikut adalah merupakan antara tips yang anda boleh cuba untuk menang cabutat SSP BSN ini iaitu:
- Beli SSP setiap minggu dengan nilai yang rendah. Dalam anda menyimpan, dapat juga peluang menang hadiah
- Jangan letakkan harapan yang tinggi. Buat simpanan seperti biasa.
ARTIKEL LAIN
INSTANT TRANFER MyBSN: CARA TRANFER DUIT MENGGUNAKAN DUITNOW
KEMASKINI NOMBOR TELEFON BSN (CARA TUKAR/UPDATE NO TAC TERKINI)
sijil simpanan premium tatrikh 22 nov 2000
boleh dapat divident ke tidak ada maklumat
dan boleh bantu saya
Saya nak kemaskini nombor telefon baru
Saya hendak kemaskini nombor telefon
Saya nak kemaskini nombor telefon
NO LAMA=01131225841
NO BARU=0176480803
Saya nak kemaskini nombor telefon baru
Macam mana nak check sijil ssp bsn
Sijil Simpanan Premium dated 3 November 2010..Can I know how much dividend up to date and how and where can check.. Please help.
Macamana nak semak no sijil ssp saya
Spp ni ada dividen ke?
Nak tanya, pembelian SSP BSN dibeli pada 29/12/2022 tempoh matang adalah pd 12/2/2023 ke (45 hari)?