LOGIN myTNB (CARA DAFTAR TNB ONLINE mytnb.com.my)
Bagi memudahkan pengurusan bil elektrik dirumah anda.Contohnya membuat semakan bil bulanan dan membayar bil elektrik secara online,anda boleh mengunakan kemudahan myTNB online. Bagaimanakah cara untuk daftar login myTNB melalui portal myTNB?
DAFTAR LOGIN MYTNB ONLINE: SEMAK DAN BAYAR BIL MYTNB ONLINE
BACAAN BIL ELEKTRIK
Bagaimana kita hendak tahu jumlah penggunaan bil yang perlu dibayar? Bil elektrik akan diterima secara bulanan. Pegawai bertugas akan membuat bacaan meter elektrik di premis-premis tertentu. Hanya selepas itu, kita akan diberikan bil.
Sebelum tahun 2016, kita diberikan salinan bil sebagai rujukan dan penyata bayaran.
- Bagaimana jika bil itu hilang?
- Bagaimana hendak uruskan lebih dari satu bil jika kita memiliki lebih banyak rumah dan sebagainya?
- Bagaimana pula kita hendak menyemak kesilapan yang terdapat dalam bil tersebut?
- Bagaimana kalu perlukan salinan untuk mendaftar anak sekolah?
- Kini tidak perlu bimbang lagi. Dengan adanya portal Self Service myTNB Online dan myTNB Apps, segalanya dipermudahkan.
CARA GUNA PORTAL MYTNB ONLINE
- Pada 21 Julai 2016, TNB telah memperkenalkan portal perkhidmatan atas talian. Portal tersebut dikenali sebagai myTNB Self Service Portal
CARA AKSES MYTNB
- Bagi kemudahan myTNB Self Service Portal, anda boleh melayari www.mytnb.com.my.Anda juga boleh memuat turun aplikasi myTNB Apps di telefon bimbit melalui Google Play atau App Store. Pautannya ada seperti di atas.
- Sebelum menggunakan perkhidmatan ini, terlebih dahulu anda perlu mendaftar sebagai pengguna myTNB di pautan yang diberikan di atas.
- Kemudian, anda boleh mendaftar di akaun-akaun TNB yang disediakan. Setelah berjaya mendaftar, anda boleh menguruskan bil anda melalui portal ini.
KEMUDAHAN YANG ADA DALAM PORTAL MYTNB ONLINE
Anda boleh menyemak maklumat-maklumat berikut pada setiap akaun TNB yang didaftarkan, iaitu:
- Bil elektrik semasa
- Kadar atau trend penggunaan tenaga elektrik untuk 6 bulan sebelumnya
- Sejarah bacaan meter (Meter Reading History) dan maklumat bayaran sebelumnya (Billing & Payment History)
- Menggunakan lebih 1 akaun TNB
- Memberi maklum balas kepada pihak TNB
- Soal jawab
- Menyimpan maklumat kad kredit untuk bayaran pantas
- Senarai kontraktor elektrik berdaftar
- Semak status bekalan elektrik
- Maklumat akaun seperti jumlah deposit dan status akaun TNB
Pembayaran bil elektrik semasa
Permohonan online bagi kemudahan berikut:
- Permohonan bekalan elektrik
- Menukar nama pengguna (pemilik baharu atau penyewa)
- Permohonan untuk membaca sendiri meter di premis pengguna
- Penutupan akaun
PANDUAN DALAM PORTAL
- Bil nombor akaun
- Akaun 12 digit boleh didapati di bahagian kiri atas bil bulanan. Selain itu, anda juga boleh klik ‘More’ di bahagian ‘My Account’ di bawah ‘Electricity Supply Account List.’
- semak bil
- Anda boleh log masuk di portal myTNB dan klik pada bahagian INFORMATION > Bill & Payments.
- Tambah akaun
- Jika anda mempunyai lebih dari satu premis kediaman atau perniagaan dan bercadang untuk menambah akaun, anda boleh:
- Login portal myTNB
- Pergi ke pautan ‘Manage Account’
- Pilih ‘Owned / Other Account’
- Tambah ‘Add Account’
- Isikan maklumat yang diperlukan
- Selepas berjaya, paparan akan keluar di bahagian dashboard portal
- gagal cari alamat premis (data nound found) bagi penambahan bekalan elektrik
- Pengguna boleh menggunakan cara ini:
- Sila login di myTNB
- Pergi ke bahagian INFORMATION > Documents
- Klik pada FAQ: Premise Searching
CARA MENGGUNAKAN AKAUN SMART METER
Anda boleh menyemak Smart Meter di bahagian dashboard. Jika anda pengguna perkhidmatan ini, anda juga boleh menyemak penggunaan elektrik harian di bahagian ‘Month’ dan penggunaan bulanan di bahagian ‘Year.’
DOWNLOAD MYTNB APP
Untuk memudahkan pelanggan, Tenaga Nasional juga telah mengeluarkan mobile app yang boleh tersedia:
MYTNB APPS
- Daftar akaun mytnb apps
- Sebelum menggunakan perkhidmatan myTNB mobile apps, terlebih dahulu anda perlu mendaftar sebagai pengguna di myTNB portal.
- Kemudian, anda boleh mendaftar di akaun-akaun TNB yang disediakan. Setelah berjaya mendaftar, anda boleh menguruskan bil anda melalui portal ini.
- Semak bil elektrik di mytnb apps
- Sila ke bahagian ‘Current Bill’ di bahagian dashboard. Bil terkini akan keluar dalam bentuk PDF. Kemudian, pergi ke bahagian ‘Bill’ untuk lihat bil dan sejarah bayaran.
- Bayar bil melalui myTNB Apps
- Sila tekan butang ‘Pay’ di bahagian dashboard. Pengguna boleh membuat bayaran secara kad kredit atau Online Banking menerusi FPX (transaksi bank).
SOALAN LAZIM
Apa beza myTNB Apps dan myTNB Self Service Portal?
- myTNB Apps adalah portal yang boleh diakses melalui telefon bimbit dan tablet. Manakala, myTNB Self Service Portal boleh dilayari melalui Internet di komputer atau komputer riba.
- Kedua-dua aplikasi ini membolehkan pengguna menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di mana-mana sahaja tanpa mengira masa.
Jika ada akaun di myTNB Self Service Portal atau myTNB online Apps, boleh gunakan salah satu?
- Ya, boleh. Kedua-dua portal mempunyai ID pengguna dan kata laluan yang sama bagi setiap pengguna.
Jika akaun di myTNB Apps tiada dalam myTNB Self Service Portal
- Secara automatik kedua-dua aplikasi ini akan didaftarkan serentak kerana setiap pengguna mempunyai ID dan kata laluan yang sama. Jika berlaku masalah dalam salah satu aplikasi, sila log keluar salah satu akaun yang telah dibuka. Kemudian, cuba log masuk sekali lagi.
Apa tujuan portal myTNB online?
- Pembangunan portal myTNB ini dilakukan atas beberapa tujuan untuk memberi khidmat terbaik kepada pengguna, iaitu:
- Semakan bil elektrik
- Pembayaran bil elektrik
- Permohonan bekalan elektrik
- Penukaran nama pada bil elektrik secara online
Macam mana cara nak hubungi TNB?
- Jika bekalan elektrik terputus, sila hubungi 15454. Manakala, bagi sebarang pertanyaan umum sila dail 1-300-88-5454.
- Malahan, boleh juga menghantar e-mel di [email protected] menghantar mesej di laman Facebook iaitu https://www.facebook.com/TNBcareline.
- Alternatif lain ialah memberi maklum balas di ruangan ‘Feedback’ yang disediakan dalam portal untuk sebarang permasalahan.
Adakah maklumat peribadi di myTNB online selamat?
- Jangan risau, segala data dan maklumat peribadi anda selamat dalam portal ini. Pihak TNB menggunakan teknologi Internet bagi pengendali maklumat peribadi yang canggih dan terkini.
Apa yang perlu dibuat jika Mother’s Name tidak dapat digunakan untuk penambahan nombor akaun?
- Anda boleh hubungi TNB Careline iaitu 1300-88-5454 untuk tindakan selanjutnya.
Macam mana jika bil semasa tidak dikemas kini dalam portal myTNB online?
- Anda perlu menghubungi TNB Careline di 1300-88-5454 untuk semakan dan tindakan selanjutnya.
Bagaimana jika bayaran telah dibuat, tetapi tidak dikemas kini di myTNB online?
- Dinasihatlkan hubungi pihak TNB Careline di 1300-88-5454 untuk tindakan selanjutnya.
Adakah perlu sentiasa update aplikasi myTNB online?
- Jika hendak mendapatkan maklumat terkini, perkhidmatan terbaik, promosi dan sebagainya, pengguna digalakkan untuk membuat kemas kini.
Kenapa perlu buat pengesahan nombor telefon bimbit di myTNB online?
- Untuk memastikan pengguna ialah pemegang akaun untuk tujuan transaksi.
Maksud RM0.00 dan simbol (–) pada bahagian ‘Due / My Earnings’
- Jika anda telah membayar kesemua bil semasa dan tiada tunggakan serta bil akan datang belum disemak lagi.
Maksud jumlah negatif (-) di ruang ‘Due’
- Jika anda membuat lebihan bayaran pada bil semasa anda.
Apa itu kilowatt-jam (kWh)?
- kWh ialah jumlah tenaga elektrik yang telah digunakan.
Apa maksud bayaran semasa?
- Kadar bayaran yang dikenakan mengikut tarikh terkini dalam sesuatu bulan yang telah ditetapkan.
Apa maksud penggunaan semasa?
- Kadar penggunaan elektrik mengikut tarikh terkini dalam sesuatu bulan yang telah ditetapkan.
Jika hendak bayar bil orang lain, boleh ke?
- Ya, boleh. Jika anda hendak membayar bil ahli keluarga yang lain masukkan sahaja nombor kad pengenalan pengguna tersebut.
Berapakah jumlah maksimum dalam 1 transaksi di myTNB online?
- Dalam 1 transaksi hanya RM5,000 dibenarkan melalui kad kredit atau debit dan transaksi bank.
Jika ada masalah untuk bayar secara online, apa boleh dibuat?
- Pengguna boleh guna alternatif ini:
- JomPay
- One Stop Center
- Direct Debit
- Mesin ATM
- Mesin Deposit Tunai
- Kaunter
- Cek
Pengesahan status selepas bayaran dibuat
- Boleh dilihat pada paparan ‘Bills’. Klik pada bahagian ‘Payment History’ untuk lihat dan cetak resit berbentuk PDF. Para pengguna juga akan menerima e-mel untuk pengesahan status bayaran.
Cara untuk mendapatkan maklumat terkini
- Selain daripada keupayaan untuk menyemak portal myTNB, anda juga akan menerima notifikasi. Segala penambahbaikan, promosi, pengumuman dan sebagainya akan sentiasa dikemas kini untuk manfaat pengguna bersama.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ada pertayaan tentang login myTNB,sila hubungi pihak TNB Careline di 1300-88-5454 untuk tindakan selanjutnya.
ARTIKEL LAIN
CARA SEMAK BIL TNB ONLINE GUNA MYTNB APP
2 thoughts on “LOGIN myTNB (CARA DAFTAR TNB ONLINE mytnb.com.my)”