CARA LANGGAN SISM40 (Daftar Skim Internet Selangor M40 2022)

CARA LANGGAN SISM40 (Daftar Skim Internet Selangor M40 2022)

CARA LANGGAN SISM40

Kepada rakyat Selangor, Kerajaan Negeri Selangor melalui MBI menawarkan Skim Internet Selangor khusus bagi golongan M40. Melalui langganan pakej-pakej yang ditawarkan, setiap isi rumah akan berpeluang menikmati subsidi di antara RM10 hingga RM30 sebulan dalam tempoh setahun.

Inisiatif yang pertama kali dilaksanakan bersama syarikat swasta negara iaitu Telekom Malaysia akan memperuntukkan subsidi internet khusus kepada rakyat negeri Selangor. SISM40 ini terbuka kepada rakyat Selangor bermula Julai 2021

Bagaimana cara langgan SISM40? Di sini kami tunjukan cara untuk langgan SISM40.

 

APA ITU SISM40

SISM40 atau Skim Internet Selangor M40 merupakan pakej insentif internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM).Pakej ini menawarkan rebat penjimatan sebanyak RM120 hingga RM360 setahun. Pakej ini terbuka bagi pendaftaran baharu pelan jalur lebar unifi Home sahaja.

KELEBIHAN PAKEJ SISM40

Berikut adalah kelebihan Skim Internet Selangor M40:

  • Nikmati internet berkelajuan tinggi dari 30 mbps – 300 mbps
  • Nikmati internet berkelajuan tinggi tanpa had dengan unifi Home Fibre atau unifi Mobile
  • Terbuka kepada golongan M40
  • Harga yang lebih murah di pasaran
  • Rebat daripada Kerajaan Negeri Selangor selama 12 bulan
  • Spesifikasi Internet rumah dan telefon mudah alih yang optimum

SYARAT PERMOHONAN SISM40

Berikut adalah syarat permohonan SISM40:

  • Semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya lima (5) tahun ke atas
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Tidak disenarai HITAM oleh mana-mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi
  • Pakej ini adalah untuk langganan baharu sahaja dan TIDAK SAH untuk pelanggan jalur lebar unifi Home sedia ada (dalam kontrak)
  • Satu (1) isi rumah layak memohon satu (1) pakej sahaja
  • Bagaimanapun, pelanggan unifi Lite (streamyx) sedia ada boleh memohon pakej ini
  • Khusus untuk kumpulan M40 (Pendapatan isi rumah RM4,851 – RM10,970)

CARA LANGGAN SISM40

Berikut adalah cara untuk langgan SIM40:

  1. Daftar secara online melalui laman web: https://sism40.com.my/.
  2. Pilih salah satu pakej yang anda inginkan, klik Daftar.
  3. Masukkan butiran pada borang permohonan sehingga lengkap
  4. Semakan kelayakan dan status permohonan anda.
  5. Permohonan  yang layak akan dimaklumkan pemasangan internet.

PAKEJ YANG DITAWARKAN SISM40

Berikut adalah merupakan pakej yang ditawarkan:

  1. Pakej Keluarga
CARA LANGGAN SISM40
  1. Pakej Bujang
  1. Pakej Asas

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi melalui saluran digital TM seperti:

ARTIKEL LAIN

CARA REGISTER BONUSLINK (Semak Bonus Online)

2 thoughts on “CARA LANGGAN SISM40 (Daftar Skim Internet Selangor M40 2022)”

Leave a Comment