CARA MENUTUP PERNIAGAAN (Terminate Sijil SSM) Guna ezBIZ
Kepada para peniaga yang ingin mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terkini SSM telah menyediakan satu platform ezBiz bagi memudahkan para peniaga membuat urusan secara online.
Sekiranya anda ingin menutup perniagaan dan terminate sijil SSM secara online, disini kami akan kongsikan dengan menggunakan ezBiz, semoga membantu.
APA ITU ezBIZ
EzBiz adalah pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk:
- Melakukan pendaftaran baru;
- Mendaftar perubahan;
- Menamatkan perniagaan; dan
- Membeli maklumat perniagaan.
CARA DAFTAR ID AKAUN ezBIZ ONLINE
Bagi pengguna kali pertama, anda seharusnya aktifkan akaun ezBiz terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Sediakan dokumen diperlukan:
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang
- Gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher
- Kemukakan salah satu dokumen rasmi seperti lesen memandu / Passport / Sijil lahir / bil. utiliti atau dokumen rasmi atas nama sendiri
- Layari Laman Web ezBiz: https://ezbiz.ssm.com.my/
- Tekan butang sign up untuk mendaftar.
- Isikan maklumat yang diperlukan
- Jenis ID
- No ID
- Nama Penuh (sepeti kad pengenalan)
- Seterusnya tekan Register
- Kemudian isikan maklumat
- Username
- Password & Re-type Password
- Email & Re-type email (pastikan anda gunakan email yang aktif)
- User information – masukkan maklumat diri anda
- Residential adress – masukkan alamat surat menyurat anda
- Setelah lengkap semuanya tekan Save
- Selesai, anda telah berjaya aktifkan ID akaun ezBiz anda
TERMINATE SIJIL SSM GUNA ezBIZ
Berikut adalah merupakan cara untuk menutup perniagaan anda dengan terminate sijil SSM syarikat anda:
- Layari Laman Web ezBiz: https://ezbiz.ssm.com.my/
- Log masuk akuan menggunakan Username dan Password anda
- Pada paparan utama masukkan no Kad Pengenalan anda dan tick pada ruangan disediakan kemudia klik Accept
- Pada menu ezBiz, klik pada My Business Services > Business Termination > New Business Termination
- Seterusnya klik pada icon action (ikon pensil)
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Pastikan sedia Sijil SSM terkini untuk anda memuat naik (upload).
- Setelah lengkap semuanya klik Submit
- Seterusnya pada bahagian pembayaran anda boleh membuat pilihan samaada membayar secara online atau di kaunter SSM
- Selesai
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN TERMINATE SIJIL SSM
Setelah anda membuat permohonan penamatan sijil ssm, berikut adalah merupakan cara untuk anda menyemak status penamatan tersebut:
- Layari Laman Web ezBiz: https://ezbiz.ssm.com.my/
- Log masuk akuan menggunakan Username dan Password anda
- Pada menu ezBiz, klik pada My Business Services > Business Termination >List Of Business Termination
- Status permohonan penamatan sijil SSM anda akan terpapar.
- Selesai
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara menutup perniagaan (terminate sijil ssm) guna ezBiz, anda boleh:
- Layari Portal SSM online: https://ezbizzonline.com/
- Email: [email protected] (Monday – Saturday, 9.00 AM – 5.30 PM)
ARTIKEL LAIN
CARA GUNA einfo SSM (Semakan Maklumat Syarikat Di Malaysia)
Hi good morning ..
Im Roslee A/P Arokiasamy
I/C 800622085682
H/P Number. 0183864497
I’m here to terminate the SSM under my name..I’m only get to knew about it the time i went to 1 government office for some other registration..Now I want to terminate the SSM as below detail.
ERAWAN MANAGEMENT SDN BHD
1294473
Please guide me to cancel it
hai, saya nak tanya kalau dah expired memang tak boleh terminate ssm ke? sebab saya tak dapat nak terminate pun ssm