CARA DAPATKAN BANK STATEMENT AGRO BANK(Penyata Kewangan)

CARA DAPATKAN BANK STATEMENT AGRO BANK(Penyata Kewangan)

PENYATA AGRO BANK

Sekiranya anda pelanggan kepada Agro Bank dan ingin mendapatkan penyata akaun bank anda bagi tujuan tertentu, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara dapatkan dengan paling pantas. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara download penyata bank, semoga membantu.

 

APA ITU PENYATA BANK

Penyata bank (bank statement) adalah dokumen bukti aliran kewangan yang penting untuk disertakan dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri) dan macam-macam lagi termasuklah untuk memohon bantuan kerajaan.

Penyata bank memaparkan aliran keluar masuk duit ke dalam akaun Anda seperti transaksi bayar bil, belanja, bayar pinjaman, pengeluan dan sebarang transaksi yang berkaitan dengan akaun Anda akan direkodkan secara detail.

 

KAEDAH DAPATKAN PENYATA AGRO BANK

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan statement Agro Bank iaitu:

  • AgroNet
  • ATM
  • Cawangan

 

CARA DAPATKAN PENYATA BANK AGRO BANK GUNA AGRONET

Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar (online banking), sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Layari pautan AgroNet dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada paparan utama Klik Accounts and Banking > pilih Deposit Accounts
  3. Paparan senarai akaun anda akan terpapar, pilih pada akaun yang anda mahukan dapatkan penyata bank
  4. Pada Statement Period, pilih tempoh penyataan yang Anda inginkan.
  5. Kemudian klik Download
  6. Selesai Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF. Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer. Tekan butang Print.

 

CARA DAPATKAN PENYATA AGRO BANK GUNA ATM

Untuk dapatkan penyata mini anda boleh dapatkan di ATM. Penyata mini hanya menyediakan sebahagian transaksi sahaja. Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan penyata mini di ATM:

  1. Kunjungi cawangan ATM Agro Bank berhampiran anda
  2. Masukkan Kad ATM pada slot yang tersedia.
  3. Sila pilih Bahasa yang anda inginkan
  4. Masukkan PIN Kad ATM Anda dan klik Teruskan
  5. Klik pada menu Penyata Ringkas (mini Statement)
  6. Seterusnya klik Cetak. Ambil penyata mini tersebut

 

CARA DAPATKAN PENYATA AGRO BANK DI CAWANGAN

Sekiranya anda ingin mendapatkan penyata di kaunter, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Kunjungi cawangan Agro Bank berhampiran anda
  2. Ambil nombor giliran, sekiranya nombor giliran dah dipanggil
  3. Beritahu pegawai bank bahawa anda ingin print penyata bank
  4. Pegawai bank tersebut akan membantu anda print penyata bank.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PENYATA AKAUN AGRO BANK

Adakah dikenakan bayaran atau caj jika di download?

  • Perkhidmatan tanpa bayaran ini (percuma)

Adakah muat turun penyata ini selamat?

  • Ya,dan dijamin kerana maklumat anda dilindungi dengan ciri keselamatan terkini dan memerlukan kata laluan PDF yang hanya anda tahu.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan penyata bank saya?

  • Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan penyata bank di cawangan bank yang berdekatan anda.
  • Jika anda boleh mengakses akaun bank anda menerusi Perbankan Internet, log masuk dan anda boleh memuat turun penyata bank di situ.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang persoalan mengenai penyata akaun Agro Bank, anda boleh hubungi Customer Care di talian  1-300-88-2476

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment