YOUTH PAHANG JOB(Permohonan Program Anak Muda Pahang Mencari Kerja)

YOUTH PAHANG JOB(Permohonan Program Anak Muda Pahang Mencari Kerja)

YOUTH PAHANG JOB

Kepada para remaja lepasan SPM atau Mahasiswa yang berada di Negeri Pahang yang telah menamatkan pengajian dan sedang mencari pekerjaan, anda kini boleh membuat permohonan pencarian pekerjaan menerusi portal Youth Pahang Job. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

 

APA ITU YOUTH PAHANG JOB

Youth Pahang Job merupakan program baru Yayasan Pahang untuk mahasiswa/i anak Pahang yang berada di tahun akhir dan graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Program ini dilaksanakan bersama-sama rakan strategik PERKESO Pahang dan Talent Corporation Malaysia Berhad yang untuk menyediakan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan kepada mahasiswa anak Pahang.

 


KELEBIHAN PROGRAM YOUTH PAHANG JOB

Melalui program ini, berikut adalah merupakan antara kelebihan yang disediakan kepada para remaja  Negeri Pahang iaitu dalam aspek:

  • Bimbingan awal permohonan pekerjaan
  • Pemadanan kerjaya
  • Penempatan pekerjaan

 

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas yang ditetapkan bagi pendaftaran program ini iaitu:

  • Dilahirkan atau bermastautin di Negeri Pahang.
  • Telah menamatkan pengajian (semua peringkat pengajian) dan bersedia untuk bekerja.
  • Had umur sehingga 40 tahun sahaja.

 

TARIKH PERMOHONAN 

Kepada para remaja yang berkelayakan yang berminat dan ingin mencari pekerjaan boleh membuat pendaftaran sebelum 31 Disember 2023.

 

CARA PERMOHONAN YOUTH PAHANG JOB

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan pendaftaran program ini iaitu:

  1. Layari pautan Pendaftaran Program Moh Bina Kerjaya Kolaborasi Perkeso Dan Yayasan Pahang
  2. Isi semua maklumat pendaftaran yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  3. Semak kembali maklumat yang diisi. Jika tepat Klik pada Serah untuk menghantar permohonan pendaftaran anda. Selesai

 

SOALAN LAZIM (FAQ)

Jika saya dilahirkan di Negeri Selangor tetapi telah bermastautin di Negeri Pahang, adalah saya boleh mendaftar untuk program ini?

  • Mereka yang dilahirkan atau bermastautin di Negeri Pahang boleh mendaftar program ini.

Saya berumur 42 tahun dan berminat untuk mendaftar. Adakah saya layak?

  • Hanya mereka di bawah umur 40 tahun sahaja layak mendaftar.

Apakah manfaat yang diperoleh melalui program ini?

  • Beberapa manfaat yang bakal diperoleh melalui program ini antaranya bimbingan awal permohonan pekerjaan, pemadanan kerjaya dan penempatan pekerjaan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai Yoeth Pahang Job, sila hubungi pegawai di pejabat PERKESO yang berdekatan atau wakil daripada Yayasan Pahang seperti berikut.

  • Kuantan : 019-640 4684  (Cik Dang Teh)/ 011- 3776 6220 (Cik Syazrin)
  • Temerloh / Bentong : 09-290 1702/ 013-574 2457 (Cik Nadzlin)
  • Yayasan Pahang : 09-5181800 (En Haris/ Pn Nur Mugheerah Chaundry)

ARTIKEL LAIN:

CARA BELI KERETA LELONG JPJ (Semakan Senarai Tarikh Lelong)

 Academy In Industry (AiI) Semakan Permohonan Kerjaya Lepasan SPM

Leave a Comment