SKIM PERUMAHAN BELIA MyHOME BSN 2022 (BORANG)

SKIM PERUMAHAN BELIA MyHOME BSN 2022 (BORANG)

SKIM PERUMAHAN BELIA

Kepada yang ingin memiliki rumah sendiri dan berkualiti, anda boleh cuba membuat permohonan melalui skim perumahan belia MyHome BSN yang telah diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional. Disini kami akan kongsikan mengenai MyHome BSN ini, semoga membantu.

 

KATAGORI SKIM PERUMAHAN BELIA BSM MyHOME

Berikut adalah merupakan katagori di bawah skim ini:

  • BSN MyHome (Hartanah Kediaman)
  • BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)
  • BSN MyHome-i

 

BSN MYHOME HARTANAH KEDIAMAN

  • BSN MyHome untuk Hartanah Kediaman adalah skim perumahan yang bertujuan membantu pemilik rumah membiayai atau melakukan pembiayaan semula pinjaman perumahan mereka dengan kadar lebih rendah.
  • Bagi keluarga yang baru membeli rumah atau membina hartanah di atas lot tanah banglo yang mereka beli, skim ini pun memang sesuai untuk anda. Berikut adalah dua pakej yang terdapat di bawah skim ini:
    • Pakej cagaran kedua adalah pilihan pembiayaan tambahan khas untuk penjawat awam sahaja. Sekiranya pinjaman rumah sedia ada anda tidak mencukupi, penjawat awam boleh memilih pakej tambahan ini untuk meningkatkan had pembiayaan yang diperolehi.
    • Pakej 2 Generasi menawarkan tempoh pinjaman yang lebih panjang untuk dua generasi keluarga (ibu bapa dn anak) yang tinggal di rumah yang sama. Tapi, anak itu perlulah seorang pelajar dan berusia 21 tahun ke atas.
  • Kriteria lain untuk permohonan pakej ini termasuklah.
    • Anak atau anak-anak perlu dalam pengajian tahap Diploma dan ke atas dan akan tamat belajar dalam tempoh tiga tahun
    • Ibubapa perlu mempunyai sumber pendapatan tetap selama lima tahun
SYARAT KELAYAKAN UNTUK BSN MYHOME HARTANAH KEDIAMAN (INDIVIDU/BERSAMA)
Status Warganegara Malaysia
Umur 21 tahun dan ke atas (tidak melebihi 70 tahun pada tarikh akhir pinjaman tamat)
Status perkahwinan Bujang atau berkahwin
Bukti pembelian Bukti membeli atau memiliki hartanah
Pendapatan isi rumah Berpendapatan tetap dan mampu membayar bayaran bulanan
Kriteria hartanah Hartanah terletak di dalam kawasan MF (Faktor Kebolehpasaran) 6 dan ke atas

Hartanah sedang dalam pembinaan atau sudah disiapkan

 

TERMA PEMBIAYAAN BSN MYHOME HARTANAH KEDIAMAN
Marjin pembiayaan Sehingga 95% harga belian + 5% MRTA + 5% caj perundangan dan penilaian
Duti setem Tiada pengecualian
Perlindungan MRTA Sehingga 5% daripada harga belian
Tempoh minimum pinjaman 5 tahun
Tempoh maksimum pinjaman 35 tahun
Umur maksimum ketika tamat tempoh pinjaman 70 tahun
Jenis pinjaman Individu, bersama atau organisasi
Kadar faedah Sekitar +0.40% hingga +3.0% daripada Kadar Asas, bergantung kepada situasi peminjam

 

BSN MyHOME (PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT)

Adakah anda bekerja sendiri?BSN mahu membantu anda memiliki rumah sendiri dengan skim MyHome (Program Perumahan Rakyat)! Skim ni memang direka untuk individu yang bekerja sendiri atau pendapatan tak berapa tetap.

SYARAT KELAYAKAN BSN MyHOME (PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT)
Status Warganegara Malaysia, dengan bukti bekerja sendiri
Umur 18 – 60 tahun
Status perkahwinan Bujang atau berkahwin
Sejarah pembelian Untuk pembiayaan rumah pertama dan kediaman sendiri sahaja
Pendapatan isi rumah Pendapatan minimum RM1,000 sebulan
Ciri hartanah Pembiayaan hanya untuk hartanah kos rendah atau sederhana sahaja

 

TERMA PEMBIAYAAN BSN MYHOME (PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT)
Marjin pembiayaan Sehingga 100% daripada harga belian termasuklah MRTA/LTHOT/yuran peguam/duti setem
Duit setem Termasuk dalam pembiayaan
Perlindungan MRTA Sehingga 5% daripada harga belian
Jumlah maksimum pinjaman RM25,000 – RM300,000
Tempoh maksimum pinjaman 35 tahun
Umur maksimum pada tarikh tamat pinjaman 65 tahun
Jenis pinjaman Individu atau bersama
Kadar faedah Sekitar +0.95% hingga +3.0% daripada Kadar Asas, bergantung kepada situasi peminjam

 

BSN MyHOME-I?

  • Skim BSN MyHome Hartanah Kediaman mempunyai satu lagi pinjaman patuh Syariah dikenali sebagai BSN MyHome-i yang berdasarkan kontrak Tawarruq.
  • Perbezaan antara kedua-duanya adalah skim ini menyediakan perlindungan insurans MRTT, sementara BSN MyHome Hartanah Kediaman pula perlindungan MRTA. Tak pasti apa bezanya?

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut lagi mengenai skim perumahan belia MyHome BSN, sila layari website rasmi BSN di pautan https://www.bsn.com.my/PersonalBanking/Loans/bsn-myhome-ppr?lang=ms-MY

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN i-BIAYA (Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia)

 

4 thoughts on “SKIM PERUMAHAN BELIA MyHOME BSN 2022 (BORANG)”

Leave a Comment