SERY KBS 2022 (Permohonan Program Keusahawanan Sosial Belia)
Kepada para beli yang menceburi bidang keusahawanan sosial, kini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperkenalkan sebuah program terbaharu iaitu Program Keusahawan Sosial Belia (SERY). Disini kami akan kongsikan cara permohonan penyertaan, semoga membantu
APA ITU SERY
Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY) adalah program khusus untuk membangunkan potensi belia dalam bidang keusahawanan sosial dalam usaha mengupayakan belia agar dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan komuniti luar bandar.
TEMPOH PELAKSANAAN SERY
- Program ini menggabungkan menggabungkan latihan, bimbingan dan pementoran yang akan dilaksanakan 6 bulan.
- Pelaksanaan program ini dilakukan dengan kerjasama myHarapan iaitu sebuah badan bukan kerajaan dalam bidang keusahawanan sosial selaku rakan pelaksana dengan sokongan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), dan United Nations Development Programme (UNDP) selaku rakan strategik program.
TARIKH PERMOHONAN SERY
Belia yang berminat boleh membuat permohonan mulai sekarang sehingga tarikh akhir penyertaan adalah pada 30 July 2022 (sebelum 5pm).
SYARAT PENYERTAAN SERY
Berikut adalah merupakan syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan:
- Pertandingan ini terbuka kepada semua belia warnagera
- Kategori usia: 18-30 tahun (Pelajar IPT/Orang Awam)
- Idea keusahawanan sosial anda haruslah tergolong dalam salah satu kategori di bawah
- Pembangunan Komuniti,
- Pendidikan, atau
- Alam Sekitar
- Setiap kumpulan dikehendaki mencadangkan satu idea keusahawanan sosial yang boleh menangani masalah sosial
- Penyertaan berkumpulan (minimum 3 orang dan maksimum 5 orang)
CARA PENYERTAAN SERY
Kepada para belia yang berminat, berikut adalah merupakan cara penyertaan:
- Layari pautan pendaftaran iaitu https://bit.ly/SERY2022
- Baca syarat penyertaan dan klik Next
- isikan maklumat yang dikehendaki dalam ruang yang disediakan.
- Maklumat perlulah diisi secara ringkas tetapi merangkumi aspek penting dalam perancangan projek sosial anda.
- Anda boleh mengisi borang ini dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
- Setelah semuanya lengkap, klik pada Submit untuk menghantar penyertaan.
NOTA: Peserta perlu memberikan komitmen sepanjang program dijalankan. Pengisian program (buku latihan & nota) dalam bahasa Inggeris tapi sesi kuliah dalam dwi bahasa.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahaui maklumat lanjut mengenai Program Keusahawan Sosial Belia (SERY), sila layari website rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
ARTIKEL LAIN
SKIM PERUMAHAN BELIA MyHOME BSN 2022 (BORANG)
2 thoughts on “SERY KBS 2022 (Permohonan Program Keusahawanan Sosial Belia)”