PERMOHONAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2023 (Monbukagakusho: Mext) Ijazah Sarjana Muda
Pelajar yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Jepun dan ingin memohon tajaan biasiswa, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) bagi sesi akademik tahun 2023. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN
Kerajaan Jepun menawarkan program biasiswa berikut setiap tahun untuk warganegara Malaysia memohon. Pemohon yang berminat dinasihatkan untuk membaca garis panduan dengan teliti. Melainkan dinyatakan sebaliknya, permohonan biasiswa hendaklah dibuat ke Kedutaan Jepun, Kuala Lumpur. Sila ambil perhatian bahawa syarat dan tempoh permohonan berbeza antara program ini.
TARIKH PERMOHONAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN
- Permohonan mulai dibuka dan tarikh tutup permohonan: adalah pada 20 May 2022 (Jumaat) sebelum pukul 4 petang
KADAR BAYARAN BIASISWA KERAJAAN JEPUN
Penerima biasiswa Pengajian Jepun akan mendapat elaun bulanan sebanyak 117,000 yen (kira-kira RM4,400), manakala penerima biasiswa Latihan Perguruan pula 143,000 yen (RM5,400) tertakluk kepada perubahan.
SYARAT PERMOHONAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN
Berikut adlaah merupakan syarat umum dan khusus yang telah ditetapkan:
Syarat umum
- Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 25 tahun pada 1 April 2023 (dilahirkan antara 2 April 1998 dan 1 April 2006)
- Pemohon mestilah tamat SPM dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan). Pelajar yang sudah tamat STPM, A-level, UEC, Matrikulasi atau Diploma juga boleh memohon dengan keputusan STPM, A-Level, UEC, Martikulasi atau Diploma.
- Pemohon mesti mahir dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Jepun dan mempunyai keputusan cemerlang bagi subjek lain.
- Tarikh tutup permohonan: 20 May 2022 (Jumaat) sebelum pukul 4 petang
Syarat Khusus
Pemohon perlu memenuhi kelayakan akademik mengikut tahap pendidikan seperti berikut;
- SPM → 9A (“A” atau “A+”) atau ke atas (termasuk subjek berkaitan)
- UEC → 8A (“A” atau “A+”) atau ke atas (termasuk subjek berkaitan)
- Matrikulasi/ Asasi→A- atau GPA 3.6 dalam mata pelajaran berkaitan ditambah A- dalam bahasa Inggeris
- STPM → A- or GPA 3.6 in related subjects plus MUET (Band 5 or 6)
- A-Level →AAB plus “A” or “A+” in SPM English subject
- Diploma→ PNGK 3.4 dalam bidang pengajian berkaitan
- IB → 40 mata dalam bidang pengajian yang berkaitan
- IGCSE/O-Level → 8A (“A” atau “A+”) atau ke atas (termasuk subjek berkaitan)
BIDANG PENGAJIAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN
Bidang pengajian yang termasuk dalam pembiayaan biasiswa ini adalah seperti berikut:
Sains Sosial dan Kemanusiaan | Undang-Undang Politik Ekonomi Pentadbiran Perniagaan Pedagogi Sosiologi Sastera Sejarah Kewangan Bahasa Jepun |
Sains Semula Jadi A | Matematik Fizik Kimia Elektronik Kejuruteraan Elektrik Maklumat Kejuruteraan Kejuruteraan Mekanikal Senibina Tentera Laut Kejuruteraan Pertanian Kejuruteraan Awam Senibina Kejuruteraan Alam Sekitar Kimia Gunaan Kejuruteraan Kimia Kimia Industri Kejuruteraan Tekstil, Kejuruteraan Metalurgi Kejuruteraan Perlombongan Mercantile Marine Bioteknologi |
Sains Semula Jadi B | Pertanian Kimia Pertanian Sains Haiwan Perubatan Veterinar Perhutanan Sains Makanan Perikanan Farmasi Kebersihan Kejururawatan Biologi |
Sains Semula Jadi C | Perubatan Pergigian |
CARA PERMOHONAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN
Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:
- Layari laman web https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/undergraduate.html.
- Klik pada perkataan ‘form’ untuk memuat turun borang permohonan.
- Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Hantar borang yang siap diisi ke alamat berikut:
- MEXT 2022 – Undergraduate Japan Information Service, Embassy of Japan, No.11, Persiaran Stonor, Off Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.my.emb-japan.go.jp/.
ARTIKEL LAIN
LUPA NO AKAUN SSPN: CARA DAPATKAN SEMULA ACCOUNT NUMBER(Check Online)