LUPA NO AKAUN SSPN: CARA DAPATKAN SEMULA ACCOUNT NUMBER(Check Online)

LUPA NO AKAUN SSPN: CARA DAPATKAN SEMULA ACCOUNT NUMBER(Check Online)

LUPA NO AKAUN SSPN

Sekarang ni dah mudah, ibubapa yang ingin buka akaun SSPN untuk anak boleh daftar atau buka akaun SSPN online tanpa perlu ke kaunter lagi. Ia juga menjadi salah satu pra-syarat untuk memohon pinjaman PTPTN apabila anak-anak melanjutkan pelajaran ke universiti. Bagaimana sekiranya lupa no akaun SSPN dan ingin dapatkan kembali? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APAKAH SSPN-I?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatan SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.Kini SSPN dijenamakan semula sebagai SSPN-i selari dengan skim patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.Tiada komitmen bulanan dan bergantung kepada ibu bapa untuk membuat tambahan pelaburan.

 

CARA DAFTAR AKAUN SSPN ONLINE

Untuk membuka akaun SSPN online,  anda boleh mengikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi SSPN Online di pautan https://lovesspn.ptptn.gov.my/
  2. Klik ‘Daftar SSPN-i’ atau ‘Daftar SSPN-i Plus’ yang terletak pada menu atas sebelah kanan.
  3. Klik ‘Pembukaan Akaun’
  4. Isikan butiran yang lengkap dalam borang pendaftaran tersebut.
  5. Untuk ‘SSPN-i Plus’,
  6. Pembukaan akaun di kaunter juga digalakkan dibuat melalui Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank bagi mempercepatkan proses.

 

CARA SEMAKAN PENYATA SSPN ONLINE

Untuk membuat semakna baki penyata SSPN online, sila ikuti langkah ini:

  1. Layari portal rasmi SSPN
  2. Log masuk akaun anda
  3. Klik menu Penyata dan pilih sama ada ingin membuat ‘Semakan Penyata SSPN-i’ atau ‘Semakan Penyata SSPN-i Plus’
  4. Log masuk menggunakan nombor MyKad pendeposit dan kata laluan untuk semak baki penyata SSPN

 

LUPA NO AKAUN SSPN: SEMAKAN NOMBOR AKAUN SSPN

Terdapat 2 kaedah semakan nombor SSPN, ia membantu pendeposit untuk membuat semakan dengan lebih pantas dan selamat, berikut adalah caranya:

  1. Semakan Melalui Portal Rasmi
    • Klik pada pautan (Portal Rasmi) ini untuk semakan: https://www.ptptn.gov.my/jompay/
    • Masukkan No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit, Contoh: 701010151014 (Tanpa simbol “-“)
    • Klik pada butang CARI
    • Pastikan anda semak pada bahagian DEPOSIT SSPN-i
    • Semak No. Kad Pengenalan (IC)  yang anda masukkan pada Langkah 1 dan pastikan ia betul.
    • Ini adalah nombor akaun SSPN anda. Ia adalah gabungan bersama No. Kad Pengenalan,Contoh: XX[No. Kad Pengenalan]X
    • Salin nombor akaun SSPN dan klik pada butang dibawah untuk penambahan deposit.
  2. Melalui Khidmat Pelanggan (CS)
    • Pendeposit terus boleh berhubung dengan khidmat pelanggan untuk mendapatkan nombor akaun SSPN dengan menghubungi: 03-2193 3000 (Waktu & Hari Bekerja)

 

MAKLUMAT LANJUT

Hubungi talian hotline SSPN: 03-2193 3000 jika terdapat sebarang pertanyaan tentang lupa no akaun SSPN. Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui Facebook rasmi SSPN di https://www.facebook.com/sspnrasmi/

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR AKAUN SSPN ONLINE

1 thought on “LUPA NO AKAUN SSPN: CARA DAPATKAN SEMULA ACCOUNT NUMBER(Check Online)”

Leave a Comment