PERMOHONAN SKIM AGRO FOOD FACILITIES 2022 (Pinjaman Koperasi Berasaskan Agromakanan)

PERMOHONAN SKIM AGRO FOOD FACILITIES 2022 (Pinjaman Koperasi Berasaskan Agromakanan)

SKIM AGRO FOOD FACILITIES

Kepada peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang  berasaskan agromakanan, kini kerajaan telah memperkenalkan Skim Agro Food Facilities di bawah Bank Negara. Kepada pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan menerusi skim ini. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan dan maklumat mengenai skim ini, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM AGROFOOD FACILITIES

Skim Agro FoodFacilities adalah pembiayaan atau pinjaman bagi menggalakkan pengeluaran bahan makanan yang diuruskan koperasi berasaskan agromakanan. Tujuan utama kerajaan memperkenalkan skim ini adalah kerana mahu menggalakkan koperasi untuk terus mengeluarkan lebih banyak agromakanan. Ini secara tidak langsung boleh membantu mengurangkan kenaikan harga barang di pasaran.

 

TUJUAN PINJAMAN SKIM AGROFOOD FACILITIES

Berikut adalah merupakan tujuan pembiayaan/pinjaman bagi skim ini:

  • Modal Kerja
  • Perbelanjaan Modal
  • Projek agro makanan

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM AGROFOOD FACILITIES

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi skim ini kepada pemohon:

  1. Syarikat mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa atau pejabat daerah di Sabah dan Sarawak.
  2. Pegangan saham oleh Syarikat Tersenarai Awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) mestilah tidak boleh melebihi 20%.
  3. Sah untuk syarikat Malaysia dan individu penduduk Malaysia yang memegang saham sekurang-kurangnya 51% di dalam syarikat tersebut.

 

CARA PERMOHONAN SKIM AGRO FOOD FACILITIES

Kepada pemohonan yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke mana-mana institusi kewangan yang terlibat
  2. Berikut adalah merupakan institusi kewangan yang terlibat.
    • Bank perdagangan
    • Bank Islam
    • Institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM
  3. Nyaratkan tujuan anda kepada pegawai bertugas di intitusi kewangan. Ikut arahan selanjutnya sehingga selesai
  4. Kelulusan permohonan anda tertakluk kepada penilaian kredit (PFI) yang dijalankan oleh institusi kewangan terbabit.

NOTA: Skim pinjaman ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai skim AgorFood  Facilities ini, sila layari website rasmi bank Negara di pautan https://www.bnm.gov.my/documents/20124/2294076/AF_Eng.pdf atau layari website intitusi kewangan yang berkaitan.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN AGROPRENEUR MUDA (AGRO-YES) 2022

 

 

3 thoughts on “PERMOHONAN SKIM AGRO FOOD FACILITIES 2022 (Pinjaman Koperasi Berasaskan Agromakanan)”

Leave a Comment