PERMOHONAN BANTUAN PEKERJA GIG JOHOR (Tarikh Bayaran RM300)

PERMOHONAN BANTUAN PEKERJA GIG JOHOR (Tarikh Bayaran RM300)

BANTUAN PEKERJA GIG

Kepada para pekerja GiG di negeri Johor, kini kerajaan Negeri telah melaksanakan Bantuan Pekerja GiG yang merupakan kesinambungan dari bantuan petrol RM150 seperti yang diumumkan pada Belanjawan Johor 2022 yang diumumkan tahun lalu.

Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, kemaskini  dan maklumat ringkas  mengenai bantuan ini, semoga membantu.

 

APA ITU EKONOMI GIG

Ekonomi GIG adalah satu trend sistem pasaran bebas yang memberi kebebasan kepada organisasi dan pekerja untuk menjalani kontrak kerja suka sama suka tanpa perlu mengajikan pekerja sepenuh masa. Dalam erti kata lain, anda menjadi freelancer yang berkemampuan untuk bekerja secara fleksibel tanpa perlu bekerja secara rutin seperti pkerja tetap swasta dan kerajaan.

Golongan yang menceburi bidang freelancer ini menjadikan mereka yang mengamalkan ekonomi gig ini digelar sebagai “gigger “, satu kumpulan pekerjaan baru yang menentukan sendiri cara mereka bekerja selepas daripada kumpulan tradisional pekerjaan sepenuh masa (full time) dan pekerjaan separuh masa (part-time).

Menerui Bantuan Kasih Bangsa Johor, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju untuk melaksanakan Bantuan GiG di negeri tersebut.

 

KATEGORI PEKERJA

Berikut adalah merupakan kategori ekonomi GiG yang akan menerima bantuan ini:

  • Pemandu teksi
  • E-Hailing
  • Penghantar makanan

 

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang diberikan kepada ekonomi GiG yang layak adalah sebanyak RM300.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN PEKERJA EKONOMI GIG

Permohonan baharu bagi bantuan ini tidak dibuka kerana data penerima diambil daripada permohonan Insentif petrol RM150 yang dibuka pada bulan Januari hingga Februari 2022 yang lalu.

Bagi pemohon yang telah layak akan mendapat satu SMS makluman daripada Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) bagi mengemaskini no akaun bank yang aktif beserta lampiran untuk proses agihan pembayaran.

 

TARIKH KEMASKINI BANTUAN 

Bagi pemohon yang layak hendaklah mengyegerakan mengemaskini maklumat no akaun bank yang aktif perlu dilakukan sebelum 9 Jun 2022.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan pekerja ekonomi GIG di Johor, sila layari Facebook Perbadanan Pengangkutan Awam Johor di pautan https://www.facebook.com/officialpaj

 

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR CARUMAN KWSP ONLINE (Pekerja & Diri Sendiri)

Leave a Comment