CARA BAYAR CARUMAN KWSP ONLINE (Pekerja & Diri Sendiri)

CARA BAYAR CARUMAN KWSP ONLINE (Pekerja & Diri Sendiri)

BAYAR KWSP ONLINE

Tahukan anda sebenarnya anda boleh membuat caruman sendiri dalam KWSP.  Cuma yang bezanya adalah tiada caruman dari majikan tetapi boleh dijadikan simpanan untuk hari tua nanti. Disini kami akan kongsikan cara caruman KWSP online bagi diri sendiri, semoga membantu.

 

SIAPA YANG BOLEH MENCARUM BAGI DIRI SENDIRI?

Untuk mencarum KWSP terbuka kepada sesiapa sahaja tetapi semestinya mempunyai no ahli KWSP terlebih dahulu.

 

KENAPA PERLU MENCARUM BAGI DIRI SENDIRI?

Anda boleh mencarum kerana tiada komitmen atau paksaan untuk menyimpan, dan boleh mencarum di KWSP mengikut amaun dan kemampuan sendiri.

Selain daripada duit simpanan yang telah dicarumkan itu juga boleh anda  dapat menikmati dividen tahunan ke atas simpanan persaraan.

 

KELEBIHAN MENCARUM KWSP DIRI SENDIRI

Berikut adalah merupakan kelebihan caruman KWSP:

  • Boleh menikmati dividen tahunan ke atas simpanan persaraan kita tadi.
  • Dapat pengecualian cukai pendapatan sehingga RM4,000. Malah, bantuan kematian sebanyak RM2,500 pun ada.
  • Tiada komitmen atau paksaan untuk menyimpan kerana tiada jumlah minimum yang diletakkan untuk mencarum

 

BAYAR CARUMAN KWSP ONLINE

Untuk membayar caruman KWSP secara online, anda boleh membuat pembayaran melalui online banking. Berikut adlah merupakan cara mencarum menggunakan Maybank2u dan CimbClicks:

Caruman KWSP guna Maybank2u

  1. Layari pautan website Maybank: https://www.maybank2u.com.my/
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pada paparan menu utama, klik pada Investment > EPF
  4. Isikan maklumat pencarum. Anda juga boleh setkan kepada Favourite. Sekiranya ada penama lain / pekerja, boleh tambah lagi (tekan Add).
  5. Seterusnya anda boleh mulakan mencarum, terdapat dua pilihn iaitu:
    • Self Contribution
    • I-Saraan / i-Suri Contribution (sekiranya anda telah daftar dngan KWSP)
  6. Masukkan jumlah yang ingin anda mencarum
  7. Seterusnya ikuti proses pembayaran sehingga selesai

Caruman KWSP guna CIMBclicks

  1. Layari pautan website CIMBclicks: https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pada menu utama , pilih PAY & TRANSFER > EPF/KWSP TRANSFER
  4. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
  5. Pastikan masukkan NO EPF/KWSP.
  6. Pada bahagian EPF CONTRIBUTION TYPE terdapat 2 pilihan iaitu:
    • SELF EMPLOYED
    • i-Saraan/i-Suri.
  7. Masukkan No kad pengenalan dan jumlah yang ingin dic arum. (tiada had minimum)
  8. Semak butiran maklumat anda kembali, sekiranya tepat tekan pada Submit.
  9. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai caruman diri sendir dan bayar KWSP online, anda boleh merujuk website rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN VOLUNTARY EXCESS(VE) KWSP Guna i-Akaun Majikan

1 thought on “CARA BAYAR CARUMAN KWSP ONLINE (Pekerja & Diri Sendiri)”

Leave a Comment