PERMOHONAN TUKAR STATUS TANAH KEPADA KEKAL TAMAN PERUMAHAN N. SEMBILAN

PERMOHONAN TUKAR STATUS TANAH KEPADA KEKAL TAMAN PERUMAHAN N. SEMBILAN

TUKAR STATUS TANAH

Kepada warga penduduk negeri Sembilan yang menduduki tanah pajakan, kini Kerajaan Negeri Sembilan telah membuat keputusan untuk membuka permohonan menukar status tanah daripada pajakan kepada hak milik kekal buat taman-taman perumahan yang layak di seluruh Negeri Sembilan. Disini kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan tukar status tanah milikan anda, semoga membantu.

 

APA ITU INISIATIF PENUKARAN HAK MILIK TANAH KEDIAMAN N. SEMBILAN

Pelaksanaan inisiatif ini adalah sebahagian daripada manifesto Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk memperluaskan lagi inisiatif penukaran hak milik tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal ke lebih banyak kawasan di seluruh Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan adalah negeri pertama dalam negara yang melaksanakan penukaran status tanah kediaman. Ini adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri Sembilan dalam membantu rakyat untuk mendapat pemilikan tanah hak milik kekal.

 

PELAKSANAAN PILOT PROJECT

Pada tahun 2020, inisiatif ini telah dilaksanakan di 2 DUN iaitu di DUN Ampangan dan DUN Paroi sebagai ‘pilot preoject.’ Kini tiba inisiatif tersebut diperluaskan ke seluruh negeri untuk dimanfaatkan oleh rakyat Negeri Sembilan yang menduduki taman perumahan yang layak.

 

KADAR PREMIUM

Berikut adalah merupakan kadar premium yang telah ditetapkan iaitu:

  • Bagi keluasan 1000 kaki persegi dan ke bawah, kadar premium adalah RM1.00 per kaki persegi.
  • Bagi keluasan 1001 kaki persegi dan sehingga 1300 kaki persegi, kadar premium adalah RM1.50 per kaki persegi
  • Bagi keluasan 1301 kaki persegi dan ke atas, kadar premium adalah RM2.00 per kaki persegi.
  • Kadar premium bagi rumah rakyat atau rumah kos murah skim lama yang bersaiz kecil adalah RM500 setiap lot.

 

SYARAT KELAYAKAN INISIATIF PENUKARAN HAK MILIK TANAH KEDIAMAN N. SEMBILAN

Untuk menyemak kelayakan,  pemilik perlu hadir ke Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing.

 

CARA PERMOHONAN INISIATIF PENUKARAN HAK MILIK TANAH KEDIAMAN N. SEMBILAN

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan penukaran status pemilikan tanah:

  1. Pemilik perlu hadir ke Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing
  2. Pemilik juga perlu menggunakan Borang 12A KTN 1965 bersama Borang Khas Permohonan Tanah Kerajaan (Penukaran tempoh Pegangan Hakmilik daripada Pajakan kepada Selama-lamanya) dan menyertakan Borang Akuan Bersumpah yang telah ditetapkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai penukaran status tanah daripada pajakan kepada hak milik kekal negeri Sembila, sila layari portal rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

 

ARTIKEL LAIN

Cara Semak Cukai Tanah Selangor (Bayar ehasil.selangor.gov.my)

Leave a Comment