SIJIL MOF (Permohonan Dokumen & Harga Lesen Kewangan)

SIJIL MOF (Permohonan Dokumen & Harga Lesen Kewangan)

SIJIL MOF

Kepada usahawan atau peniaga yang ingin memhon Sijil MoF, seharusnya anda membuat pendaftaran terlebih dahulu menerusi ePerolehan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan dokumen diperlukan, semoga membantu.

 

APA ITU EPEROLEHAN/ AKAUN MOF / LESEN KEWANGAN

ePerolehan merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. ePerolehan bertindak sebagai medium alternatif untuk para pembekal mendaftar/memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

 

APA ITU SIJIL DIGITAL MOF ePEROLEHAN

Sijil digital MOF ePerolehan adalah salah satu bentuk pengenalan identiti pembekal. Bagi setiap rakyat Malaysia, mereka dikenal pasti melalui kad pengenalan. Kerajaan Malaysia melalui sistem pengurusan pembekal ePerolehan mengenal pasti pembekal melalui Sijil digital MOF ePerolehan.

 

PERKHIDMATAN ePEROLEHAN

Perkhidmatan yang ditawarkan di dalam Sistem ePerolehan adalah meliputi:

  • Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga, Menghantar permohonan, Menerima Permohonan, Menyemak status permohonan, Menyerahkan tawaran tender, Membuat / menerima pembayaran secara atas talian, Katalog Elektronik (eCat)

 

JENIS SIJIL AKAUN PEMBEKAL MOF

Terdapat dua jenis sijil berdasarkan akaun yang anda daftarkan iaitu:

  1. Akaun Asas
    • Bagi pembekal bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding) tidak melebihi RM20,000.00.
    • Hanya Warganegara Malaysia dengan I/C (MyKad) dibenarkan untuk mendaftar Akaun Asas
  2. Akaun MOF
    • Bagi pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:
      • Kontraktor: bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding; atau bertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan)
      • Perunding – bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding.
    • Tempoh sahlaku akaun MOF adalah selama 3 tahun.

 

CARA DAFTAR AKAUN ASAS MOF

Berikut adalah merupakan cara untuk daftar akaun asas MOF:

  1. Akses ke web ePEROLEHAN unuk daftar MOF
  2. Pilih ikon daftar pembekal baru
  3. Masukkan maklumat perniagaan dan pentabdir
  4. Terima emel pengkatifan
  5. Muat naik katalog
  6. Mohon sijil digital
  7. Selesai

 

CARA DAFTAR AKAUN MOF

Berikut adalah merupakan cara untuk daftar akaun MOF:

  1. Akses ke web ePEROLEHAN unuk daftar MOF
  2. Pilih ikon daftar pembekal baru
  3. Masukkan maklumat perniagaan dan pentabdir
  4. Terima emel pengkatifan
  5. Memohon daftar akaun MOF
  6. Membayar fi proses (RM50)
  7. MOF proses permohonan
  8. Membayar fi pendaftaran (RM400)
  9. Mohon sijil digital
  10. Selesai

 

HARGA PERMOHONAN SIJIL MOF

  • Bagi pendaftaran kali pertama, Sijil digital MOF ePerolehan adalah percuma dalam tempoh 3 tahun pertama.
  • Bagi pembaharuan Sijil digital MOF ePerolehan berikutnya, fi yang dikenakan adalah RM 150

 

SOALAN LAZIM (FAQ) ePEROLEHAN MOF

Berapa lama tempoh mendapatkan kelulusan lesen kewangan mof?

  • Secera amnya, kelulusan memerlukan 5-7 hari bekerja

Apakah kelebihan mendaftar lesen kewangan mof?

  • Anda boleh berurusan dengan kerajaan Malaysia. Semestinya jumlah jualan dan kuantiti yang lebih besar untuk anda penuhi
  • Anda akan mendapat lebih kredibiliti dan lebih dipercayai kerana telah berdaftar dengan kementerian kewangan Malaysia
  • Anda boleh mendapatkan status bumiputera. Hal ini akan memberikan kelebihan berbanding pesaing anda.

Berapa lama tempoh sah daftar mof?

  • Tempoh sah lesen kewangan MOF adalah selama 3 tahun. Anda perlu memperbaharui lesen kewangan MOF sebelum tamat tempoh. Kegagalan untuk memperbaharui lesen kewangan MOF akan menyebabkan pendaftaran anda sebelum ini terbatal.

 

MAKLUMAT LANJUT

Bagi maklumat lanjut mengenai sijil MOF, ada boleh lawati laman web rasmi E-PEROLEHAN atau hubungi MOF bahagian pembekal di talian 03 888 2316di talian 03 888 2316

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUKA AKAUN SYARIKAT (Deposit Minimum Current Akaun)

Leave a Comment