SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (SKSSR PERKESO)

SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (SKSSR PERKESO)

SKSSR PERKESO

Terkini PERKESO telah melaksanakan satu Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah yang bertujuan untuk menjaga kebajikan dan melindungi golongan suri rumah apabila berlaku bencana domestik serta apa-apa penyakit yang menjejaskan keupayaan suri rumah dalam menguruskan rumah tangga. Disini kami kongsikan maklumat mengenai skim ini dan cara permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU SKSSR PERKESO

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO akan memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa, daripada bencana domestik dan keilatan. Skim ini menyediakan pelbagai faedah kepada suri rumah yang terlibat dalam bencana domestik atau menghidap keilatan yang menjejaskan keupayaan mereka untuk menguruskan rumah tangga.

 

SYARAT KELAYAKAN SKSSR PERKESO

Berikut adlaah merupakan antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada golongan suri rumah:

  • Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Suri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga.
  • Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara terlebih dahulu (advance payment).

 

MAKSUD SURI RUMAH

Suri rumah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  • Seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau separuh masa.
  • Termasuk seorang isteri, janda, balu yang perkahwinannya berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau seorang ibu yang mempunyai seorang anak atau lebih, iaitu termasuk juga ibu tunggal.

 

MANFAAT SKSSR PERKESO

Berikut  adalah manfaat yang diperolehi melalui skim ini:

  • Skim ini akan memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa, daripada bencana domestik dan keilatan.

 

PELAKSANAAN SKSSR PERKESO

Berikut adalah merupakan antara pelaksanaan skim ini:

  • Suami boleh mencarum untuk isteri secara sukarela dan tiada tindakan untuk mereka yang gagal melaksanakannya.
  • Sekiranya pasangan berkenaan bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmennya untuk membayar caruman adalah terbatal.
  • Suri rumah boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga

 

TARIKH PELAKSANAAN SKSSR PERKESO

  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan berkuat kuasa 1 Disember 2022.

 

CARA PERMOHONAN SKSSR PERKESO

Kepada suri rumah yang berkelayakan boleh membuat permohonan menerusi website rasmi PERKESO di pautan https://www.perkeso.gov.my/

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah, anda boleh layari website rasmi PERKESO

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR SKSPS PERKESO 2022 (Kerja Grab & foodpanda, Boleh Carum SPS SOCSO)

 

1 thought on “SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (SKSSR PERKESO)”

Leave a Comment