CARA BAYAR PTPTN GUNA SHOPEE PAY (Semak Promosi Terkini)

CARA BAYAR PTPTN GUNA SHOPEE PAY (Semak Promosi Terkini)

CARA BAYAR PTPTN

Seperti yang tersedia maklum, mulai 25 Mei 2021, PTPTN telah melancarkan Kempen Saluran Bayaran Baharu bagi bayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit ke dalam akaun SSPN anda dengan kerjasama Shopee dengan menggunakan Shopee Pay.

Selain itu, 3 lagi saluran pembayaran baharu turut dilancarkan iaitu

  • kiplePay
  • BESTPay
  • KelantanPay.

Kita hanya perlu isikan kad pengenalan saja untuk membuat bayaran, dan segala maklumat akan tertera secara automatik. Jadi, kita hanya perlu masukkan nilai yang ingin dibayar saja. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SHOPEE PAY

ShopeePay adalah sejenis eWallet yang berfungsi menyimpan wang dari bayaran balik dan tambah nilai anda. Seperti juga kad debit, ia adalah sejenis perkhidmatan e-Tunai yang kemudiannya dapat digunakan untuk membayar pesanan anda secara online (dari Aplikasi atau Web Shopee) dan termasuklah juga bayaran secara offline di premis-premis terpilih.

Bukan itu saja, ShopeePay juga menawarkan kaedah pembayaran yang lebih cepat serta pelbagai potongan dan promosi menarik ketika anda berbelanja menggunakan ShopeePay.

 

CARA BAYAR PTPTN GUNA SHOPEE PAY

Cara membuat pembayaran balik PTPTN / penambahan deposit SSPN menggunakan apps Shopee adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Shopee
  2. Pergi ke menu Deals, Top-Ups & Bills > PTPTN (di bawah kategori Bills)
  3. Pilih sama ada nak buat bayaran balik PTPTN / SSPN-i / SSPN-i Plus
  4. Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan akaun anda.
  5. Pilih akaun dan masukkan jumlah bayaran. NOTA: Caj perkhidmatan RM1 akan dikenakan.
  6. Pilih kaedah pembayaran yang diinginkan – Boleh pilih sama ada nak guna ShopeePay, Kad kredit / kad debit, Perbankan online (FPX), atau bayaran tunai di 7-eleven.
  7. Tekan butang Bayar Sekarang. Selesai!
  8. Selepas pembayaran anda berjaya, PTPTN akan memproses transaksi ini dalam masa 3 hari bekerja.
  9. Tekan butang Lihat Butiran Pesanan / Muat Turun Resit Saya untuk membuat semakan atau mencetak resit anda.


PROMOSI BAYAR PTPTN GUNA SHOPEE PAY

Berita gembira kepada peminjam PTPTN, kini terdapat promosi yang disediakan yang bertujuan menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman pendidikan secara dalam talian dan menghargai peminjam yang komited membuat pembayaran secara konsisten melalui kemudahan saluran bayaran balik Shopee.

Berikut adalah merupakan promosi disediakan kepada pemimjam yang buat pembayaran melalui Shopee Pay:

  • Berpeluang menikmati baucar diskaun 10 peratus dan baucar diskaun berganda (tertakluk kepada jumlah maksimum RM5 kepada 60 pengguna aplikasi Shopee terawal setiap hari semasa tempoh kempen, kecuali pada 7 Julai)
  • Pada 7 Julai, seramai 120 pengguna terawal akan menerima baucar diskaun berganda iaitu bersempena bulan penubuhan PTPTN dan hari Mega Sales Shopee
  • Tempoh promosi bermula sekarang hingga 17 Jun 2022 sehingga 15 Julai 2022
  • Untuk mendapatkan promosi ini peminjam layak harus menyertai Kempen Pay With Shopee!
  • Setiap pengguna hanya layak menerima ganjaran baucar diskaun sekali sahaja dalam tempoh kempen
  • Pengguna yang berjaya menerima baucar diskaun perlu membuat penebusan terlebih dahulu sebelum membuat transaksi bayaran balik pinjaman.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara pembayaran PTPTN guna Shopee Pay, anda boleh layari www.ptptn.gov.my atau shopee.com.my

 

ARTIKEL LAIN

CHECK NO PINJAMAN PTPTN 2022 (Guna Nombor IC)

SEMAKAN BAKI PTPTN (Cara Check Penyata Online)

CARA TUKAR NO HP PTPTN (Update Mobile Phone Number)

2 thoughts on “CARA BAYAR PTPTN GUNA SHOPEE PAY (Semak Promosi Terkini)”

Leave a Comment