SEMAKAN STATUS PINJAMAN PTPTN 2024(Cara Semak Baki & Penyata PTPTN)

SEMAKAN STATUS PINJAMAN PTPTN (Cara Semak Baki & Penyata PTPTN)

SEMAKAN STATUS PINJAMAN PTPTN

Untuk maklumankepada peminjam PTPTN, kini semakan status pinjaman dan cara semak baki pinjaman PTPTN boleh dibuat secara SMS dan atas talian (online) melalui portal yang telah disediakan iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Disini kami akan kongsikan caranya, smoga membantu.

 

MENGENAI PORTAL PTPTN

Menerusi portal PTPTN ini, peminjam boleh akses maklumat seperti berikut:

  • Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  • Semakan Status Permohonan Pinjaman PTPTN
  • Semakan Maklumat Institusi Pengajian Swasta (IPTS)
  • Semakan Nama Peminjam Yang Gagal Membayar Pinjaman PTPTN
  • Semakan Senarai Hitam Imigresen
  • Pendaftaran Permohonan Pinjaman
  • Semakan Penyata Pinjaman

 

CARA SEMAKAN STATUS PINJAMAN PTPTN GUNA SMS

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan melalui SMS:

semakan baki PTPTN:

  • PTPTN><SSPN><NO AKAUN SSPN
  • Contoh: PTPTN SSPN 0123456789012
  • dan hantar ke 33199

Nombor Pin PTPTN :

  • PTPTN><NO PIN><NOKP
  • Contoh: PTPTN 123456 860112115723
  • dan hantar ke 33199

Semakan status pelajar Senarai Hitam di PTPTN:

  • PTPTN><LEGAL><NO KP><NO PIN
  • Contoh: PTPTN LEGAL 860112115723 123456
  • dan hantar ke 33199

Semakan status permohonan pertukaran Ujrah di PTPTN :

  • PTPTN><UJRAH><NO KAD PENGENALAN
  • Contoh: PTPTN UJRAH 860112115723
  • dan hantar ke 33199

Semakan penawaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) di PTPTN:

  • PTPTN><WPP><NO KAD PENGENALAN
  • Contoh: PTPTN WPP 800917085428
  • dan hantar ke 33199

 

CARA SEMAKAN STATUS PINJAMAN MELALUI PORTAL PTPTN

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan baki dan melihat penyata PTPTN anda:

  1. Layari portal rasmi PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/
  2. Pada paparan utama, scroll sedikit ke bawah dan klik pada Semakan Penyata Pinjaman
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang tertera dan tekan serch kemudian klik Semak
  4. Kemudian log masuk akaun PTPTN anda dengan Masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda. Sekiranya anda terlupa, klik pada Lupa Kata Laluan untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel.
  5. Setelah berjaya log masuk semakan baki PTPTN akan dipaparkan dalam 2 pilihan iaitu:
    • Penyata Baki – Memaparkan transaksi terkini anda secara ringkas seperti di bawah.
    • Penyata Baki Terperinci – Memaparkan semua maklumat akaun pinjaman secara lebih terperinci seperti ini.
  6. Klik pada salah satu, kemudian Penyata anda akan dipaparkan
  7. Anda juga boleh muat turun penyata ini bagi tujuan rasmi dengan menekan butang Cetak.
  8. Selesai

NOTA: Bagi pengguna kali pertama pula, anda perlu klik pada kotak ‘Permohonan Kali Pertama’ dan isikan maklumat pendaftaran sebelum log masuk ke laman web PTPTN untuk membuat semakan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai penyata PTPTN, anda boleh menghubungi pegawai seperti yang dipaparkan di pautan https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn

 

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR PTPTN GUNA AKAUN 2 KWSP (Login i-Akaun Jer)

CARA BAYAR PTPTN GUNA SHOPEE PAY (Step By Step)

 

Leave a Comment