CARA BAYAR PTPTN GUNA AKAUN 2 KWSP (Login i-Akaun Jer)
Mungkin ada yang belum tahu bahawa kita boleh bayar balik pinjaman PTPTN menggunakan KWSP. Kini dengan membuat pengeluaran KWSP dan nikmati diskaun yang ditawarkan. Tak kiralah kita nak bayar sebahagian atau bayar penuh, bergantung pada jumlah simpanan yang ada dalam akaun KWSP kita. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
TEMPOH DISKAUN PTPTN
Tempoh diskaun bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
KADAR DISKAUN PTPTN
Berdasarkan pengumuman pembentangan Bajet 2022, berikut adalah merupakan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN:
- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
- Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual
SYARAT PENGELUARAN KWSP BAYAR PTPTN
Berikut adalah merupakan syarat yang ditetapkan bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman PTPTN:
- Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
- Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.
CARA PEMBAYARAN PTPTN GUNA KWSP
Terdapat 5 langkah mudah bagi anda yang ingin menggunakan wang KWSP untuk membuat bayaran balik ke akaun pinjaman PTPTN semasa belajar di IPT dahulu.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Langkah 1
- Untuk memudahkan urusan, sila daftar akaun KWSP online (i-Akaun KWSP) terlebih dahulu.
- Bila dah daftar i-Akaun, bolehlah check amaun yang ada dalam Akaun 2 sebab Akaun 2 ni yang boleh dikeluarkan untuk membuat bayaran balik PTPTN nanti.
Langkah 2
- Seterusnya, layari laman web PTPTN untuk membuat semakan baki pinjaman yang perlu dibayar atau tertunggak.
- Sila check baki pinjaman melalui link ini: https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/
Langkah 3
- Selepas dah tahu jumlah baki pinjaman PTPTN, bolehlah kita proceed untuk buat pengeluaran KWSP.
- Caranya, log masuk ke akaun i-Akaun anda: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
- Klik Tab Pengeluaran > Pilih e-Pengeluaran > Klik permohonan baru
- Semak status permohonan yang akan dihantar melalui SMS / mesej sekuriti di inbox i-Akaun
- Hadir ke Pejabat Cawangan KWSP untuk proses pengesahan cap ibu jari bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
Langkah 4
- Kemudian, bolehlah semak status permohonan dalam tempoh tidak lebih 15 hari bekerja selepas permohonan dibuat.
- Barulah kita tahu sama ada kita boleh proceed untuk bayar PTPTN guna KWSP.
Langkah 5
- Akhir sekali, sila hadir ke KWSP bersama dokumen sokongan yang ditetapkan. Contohnya salinan surat tawaran IPT / Transkrip/ Skrol.
- Jangan lupa paling penting mestilah kena bawa kad pengenalan untuk pengesahan cap ibu jari ok!
- Selepas itu, proses pembayaran tersebut akan dilakukan dalam masa 16 hari.
Nak tahu sama ada pembayaran dah dilunaskan, anda boleh membuat semakan di i-akaun KWSP anda atau melalui semakan baki pinjaman di laman web PTPTN tadi.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut tentang cara bayar PTPTN guna KWSP, sila hubungi Care line PTPTN di talian 03 – 2193 3000 atau Pusat Perkhidmatan Pelanggan KWSP di talian 03 – 8922 6000.
ARTIKEL LAIN
CHECK NO PINJAMAN PTPTN 2022 (Guna Nombor IC)
SEMAKAN BAKI PTPTN (Cara Check Penyata Online)
CARA TUKAR NO HP PTPTN (Update Mobile Phone Number)
2 thoughts on “CARA BAYAR PTPTN GUNA AKAUN 2 KWSP (Login i-Akaun Jer)”