PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR IPT YAYASAN JOHOR CORPORATION 2022
Kepada Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini boleh memohon untuk bantuan pelajar terbaharu daripada Yayasan Johor Corporation (JCorp) iaitu Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp. Disini kami akan kongsikan cara permohonan, semoga membantu.
APA ITU YAYASAN JOHOR CORPORATION
Yayasan Johor Corporation telah ditubuhkan oleh Johor Corporation pada 9 Jun 1997. Yayasan ini berperanan sebagai peneraju dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawab korporat kepada orang ramai terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan serta keusahawanan di kalangan pelajar sekolah dan IPT seluruh Malaysia.
TARIKH PERMOHONAN YAYASAN JOHOR CORPORATION
Permohonan bantuan ini telah dibuka secara atas talian dan akan ditutup pada 8 April 2022.
TAHAP PENGAJIAN
Tahap pengajian yang ditawarkan melalui Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp adalah seperti berikut:
- Sijil
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Sarjana
SYARAT PERMOHONAN YAYASAN JOHOR CORPORATION
Pemohon yang ingin memohon Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Permohonan bantuan ini adalah kali pertama (sekali Sahaja).
- Pendapatan isi rumah keluarga pemohon:
- Purata pendapatan isi rumah RM800 dan ke bawah dengan mengambil kira tanggungan anak yang masih belajar di bawah 22 tahun, Ibu Bapa yang tidak bekerja dan anak OKU; atau
- Pendapatan Ibu Bapa di bawah RM4,000 (B40).
- Menyambung pengajian di IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
- Tawaran pengajian adalah sepenuh masa sahaja.
- Setiap dokumen yang disertakan perlu disahkan oleh pihak yang diberi kuasa.
- Ketua Kampung
- Penghulu
- Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas
DOKUMEN SOKONGAN
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik dalam permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan Slip Gaji/Penyata Pendapatan ibu & bapa/penjaga
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT
- Salinan Keputusan Peperiksaan terkini IPT (jika ada)
- Resit pembayaran Yuran kepada IPT
CARA PERMOHONAN YAYASAN JOHOR CORPORATION
Untuk membuat permohonan bantuan pendidikan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web Yayasan JCorp di pautan http://www.yayasanjcorp.com.my/
- Di bahagian Permohonan Bantuan Pendidikan untuk klik di perkataan ‘Pautan.’
- Isi maklumat diri dan klik butang ‘Next.’
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ pada akhir paparan permohonan.
SOALAN LAZIM
Jika ibu bapa saya mempunyai pendapatan sebanyak RM4,500, adakah saya layak memohon bantuan pendidikan ini?
- Syarat permohonan untuk Bantuan Pendidikan Pelajar IPT ialah pendapatan ibu bapa mestilah di bawah RM4,000.
Saya menyambung pengajian saya di peringkat sijil, adakah saya layak memohon?
- Pemohon yang menyambung pengajian di peringkat persijilan layak memohon untuk Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan IPT.
Adakah saya perlu membuat pengesahan dokumen sokongan yang perlu dihantar?
- Pemohon perlu mendapat pengesahan dokumen sokongan oleh pihak yang diberi kuasa.
MAKLUMAT LANJUT
untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp boleh:
- Menghubungi talian 07-2192692 atau
- Menghantar email [email protected]
ARTIKEL LAIN
Semak No Akaun Bil Air Selangor RAJ Johor Sabah JBALB (Check & Bayar Online)
1 thought on “PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR IPT YAYASAN JOHOR CORPORATION 2022”