PERMOHONAN BANTUAN YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR (YKTLJ)

PERMOHONAN BANTUAN YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR (YKTLJ)

YKTLJ

Kepada penduduk di Negeri Johor yang menghidap kanser dan memerlukan bantuan boleh memohon menerusi Bantuan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ). Bagaimana cara permohonan bantuan ini? Disini kami kongsikan caranya.

 

APA ITU YKTLJ

Penubuhan YKTLJ diilhamkan oleh Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor dan ditubuhkan pada 26 Jun 2015 ditubuhkan di bawah pengawasan Kerajaan Negeri Johor. Antara objektif utama penubuhan ialah bagi memberi bantuan, pertolongan serta perawatan kepada pesakit kanser dan juga keluarga mereka.

 

JENIS BANTUAN

Antara jenis bantuan yang ditawarkan kepada yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  • Bantuan perubatan.
  • Bantuan peralatan.
  • Susu berkeperluan khas.
  • Ujian imbasan Pet.
  • Bantuan tambang ke hospital.

 

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk memohon bantuan YKTLJ:

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Johor.
  • Mempunyai rekod rawatan di 4 hospital terpilih.
  • Pemohon mempunyai kekangan kewangan.
  • Tidak menerima bantuan daripada jabatan kerajaan, NGO atau majikan.
  • Bukan kakitangan atau bekas kakitangan kerajaan.
  • Mendapat kelulusan daripada Jabatan Kerja Sosial Perubatan.
  • Mendapat kelulusan daripada YKTLJ sebelum rawatan dijalankan.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN YKTLJ

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin memohon, berikut adalah merupakan cara permohonan:

  • Pesakit memaklumkan kepada doktor yang merawat dan maklumat pesakit dihantar kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP).
  • JKSP akan menerima rujukan doktor dan menetapkan tarikh temu janji bersama pesakit serta memaklumkan senarai dokumen yang perlu di bawa ketika janji temu.
  • Pesakit dikehendaki hadir pada sesi janji temu di JKSP bersama dokumen sokongan yang diperlukan dan temu bual dijalankan bersama pesakit dan waris.
  • JKSP akan menghantar permohonan yang layak dan lengkap kepada YKTLJ untuk diproses.
  • JKSP akan menghubungi pesakit apabila permohonan diluluskan.

 

LOKASI HOSPITAL UNTUK MEMOHON BANTUAN YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR

Untuk membuat permohonan ini, terdapat 4 lokasi hospital di Negeri Johor iaitu:

  • Hospital Pakar Sultanah Aminah, Muar.
  • Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.
  • Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
  • Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Bantuan YKTLJ, layari laman website rasmi https://tljcf.org/.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR IPT YAYASAN JOHOR CORPORATION 2022

 

Leave a Comment