Cara Dapatkan Towing Services Percuma( Semak Had Jarak & Wang Tunda Kereta)

Cara Dapatkan Towing Services Percuma( Semak Had Jarak & Wang Tunda Kereta)

Cara Dapatkan Towing Services Percuma

Cara Dapatkan Khidmat Towing Percuma yang Anda Perlu Tahu

Hampir semua syarikat insurans menawarkan manfaat khidmat tunda secara percuma mengikut had jarak atau jumlah wang

Tahukah anda? Selain daripada tuntutan baik pulih yang ditawarkan oleh syarikat insurans, anda juga boleh mendapat khidmat servis tunda secara percuma daripada penyedia insurans anda?

sebagai pemegang polisi anda boleh menghubungi mereka sekiranya memerlukan bantuan seperti:

  • Perkhidmatan Khidmat Tunda Percuma
  • Proses dapatkan bantuan khidmat tunda kereta jika kemalangan/rosak
  • Beralih ke tempat selamat
  • Hubungi pihak insurans
  • Beri butiran maklumat

Manfaat khidmat tunda percuma ini pada kebiasaannya boleh dinikmati oleh pemegang polisi komprehensif (1st party).

 

Semak Had Jarak & Wang Tunda Kereta(Towing Percuma)

  • Allianz – PERCUMA khidmat tunda kecemasan 24 jam sehingga jarak 150km
  • Pacific & Orient – PERCUMA khidmat tunda 24 jam sebanyak RM350
  • RHB – PERCUMA khidmat tunda 24 jam sebanyak RM 300
  • Takaful Malaysia – PERCUMA 24 jam khidmat tunda sehingga jarak 50km bagi setiap perjalanan, tiada had perjalanan
  • Etiqa Takaful – PERCUMA khidmat tunda sebanyak 200km
  • Zurich Takaful – PERCUMA khidmat tunda sebanyak RM 200 setiap tahun
  • Liberty Insurance – PERCUMA khidmat tunda Kecemasan 24 jam sehingga jarak 150km
  • Lonpac – PERCUMA khidmat tunda 24 jam sehingga RM200
  • Takaful Ikhlas – PERCUMA 24 jam khidmat tunda sebanyak 100km
  • MSIG – PERCUMA khidmat tunda 24 jam sehingga RM200
  • MPI Generali – PERCUMA khidmat tunda 24 jam sehingga RM300
  • Tokio Marine – PERCUMA khidmat tunda 24 jam sehingga RM200
  • Chubb – PERCUMA khidmat tunda 24 jam sehingga RM200

Sebagaimana yang dinyatakan, perkhidmatan tunda oleh syarikat-syarikat insurans/ takaful ini disediakan secara percuma, bergantung kepada jarak atau jumlah wang yang ditawarkan dalam polisi. Lebih jauh jarak yang ditawarkan, lebih sedikit wang yang perlu anda keluarkan sekiranya jarak perjalanan melebihi had yang ditetapkan.

 

Contoh:

Etiqa Takaful  menyediakan servis tunda sejauh 200km secara percuma. Sekiranya perjalanan anda melebihi had tersebut, anda perlu mengeluarkan wang sendiri menampung setiap kilometer yang dilalui selepas itu.

 

Cara Dapatkan Khidmat Towing Percuma ini, apa yang perlu dilakukan adalah dengan hanya menghubungi nombor hotline syarikat insurans anda sahaja.

 

Berikut adalah Cara Dapatkan Khidmat Towing Percuma apabila kereta terbabit kemalangan atau rosak

  1. Beralih ke tempat selamat

  • Ini adalah perkara paling penting yang perlu anda lakukan!.Sekiranya anda terbabit dalam kemalangan, anda dinasihatkan untuk menggerakkan kereta anda ke bahu jalan demi keselamatan sendiri dan mengelak daripada mengganggu lalu lintas. Sekiranya ada pihak yang menawarkan khidmat tunda mereka, katakan bahawa anda sudahpun menghubungi khidmat tunda anda sendiri.

 

  1. Hubungi pihak insurans
  • Hubungi nombor khidmat pelanggan insurans anda. Kebiasaannya, nombor telefon syarikat insurans ada tertera di atas pelekat roadtax anda. Jangan risau, waktu operasi untuk khidmat tunda kenderaan adalah 24 jam.

 

  1. Beri butiran maklumat
  • Berikan butiran diri yang lengkap seperti nama penuh, no kad pengenalan, nombor telefon serta nombor kenderaan agar pihak insurans dapat mengenal pasti maklumat anda dalam sistem rekod mereka. Laporkan kejadian dengan terperinci (apa yang terjadi / tempat kejadian).

 

Seterusnya Anda hanya perlu menunggu sehingga khidmat tunda kereta sampai ke anda. Jangan panik, tunggu di dalam kereta untuk keselamatan anda sendiri.

 

 

 

Antara  beberapa perkara lain mengenai perkhidmatan tunda percuma yang anda perlu tahu dan fahami.

  1. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk khidmat tunda kereta?

  • Anda tidak perlu membayar kerana perkhidmatan ini sudah tersedia dalam polisi insurans anda. Anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa sahaja secara percuma.
  • Anda hanya perlu mengeluarkan wang sekiranya melalui tol atau jika jarak penundaan melebihi jarak yang ditetapkan oleh pihak insurans

 

  1. Berapakah harga tunda kalau bayar sendiri?
  • Sekiranya anda menghubungi perkhidmatan tunda kereta persendirian, kos bagi servis mereka mungkin akan mencecah jumlah sebanyak RM250 dan ke atas bergantung kepada waktu dan jarak kereta anda ditarik dari kawasan kemalangan sehingga ke bengkel.

 

  1. Bolehkah anda tuntut kos tunda daripada syarikat insurans?
  • Namun jangan lupa dapatkan resit tunda untuk diserahkan kepada syarikat insurans anda. Anda boleh membuat tuntutan sebahagian wang daripada bil tersebut. Syarikat insurans akan menyiasat dan beri pampasan yang sewajarnya.

 

  1. Adakah laporan polis perlu dibuat?
  • Anda tidak perlu membuat laporan polis untuk mendapatkan khidmat tunda kereta. Laporan polis hanya diperlukan sekiranya anda ingin membuat tuntutan pembayaran balik untuk kerosakan kereta anda sahaja.

 

  1. Berapa kali anda boleh guna khidmat tunda kereta daripada syarikat insurans?

  • Servis tunda ini boleh digunakan sekurang-kurangnya 2 atau tiga kali setahun secara percuma. Tetapi, kekerapan masih bergantung kepada syarikat insurans itu sendiri memandangkan mereka yang membayar servis itu kepada syarikat servis tunda ini.
  • Ada syarikat yang membenarkan sekali penggunaan khidmat tunda sahaja setahun. Ada juga yang menyediakan perkhidmatan tunda sebanyak 2 atau 3 kali dalam setahun. Anda boleh merujuk syarikat insurans anda untuk ketahui dengan lebih lanjut.

 

Semoga dengan perkongsian ini, dapatlah membantu anda untuk mengentahui  Cara Dapatkan Khidmat Towing Percuma( Semak Had Jarak & Wang Tunda Kereta)

ARTIKEL LAIN

Cara Guna Aplikasi SOCAR Sewa Kereta (Berapa Rate Harga & Pengalaman)

Bateri Kereta Kong Lemah (Cara Hidupkan Jumper Kereta Dengan Betul)

CARA POS HANTAR KERETA KE SABAH SARAWAK SEMENANJUNG(Semak Harga & Dokumen)

2 thoughts on “Cara Dapatkan Towing Services Percuma( Semak Had Jarak & Wang Tunda Kereta)”

Leave a Comment