RFID TNG (CARA DAFTAR & AKTIFKAN TAG RFID)

RFID TNG (CARA DAFTAR & AKTIFKAN TAG RFID)

RFID TNG (CARA DAFTAR & AKTIFKAN TAG RFID)

Penggunaan Tag RFID tentunya akan memudahkan pemanduan anda, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di bandar-bandar ibu kota. TNG RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag untuk melalui tol.

Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang. Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik. Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.

 

KELEBIHAN TAG RFID

Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan. ag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.

 

CARA DAFTAR & MENGAKTIFKAN TAG RFID

​RFID boleh didapati di Touch ‘n Go eWallet, Lazada, Shopee atau Pusat Pemasangan berhampiran anda.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:

  1. Klik pada ikon RFID pada aplikasi Touch n Go eWallet
  2. Klik pada butang ‘Activate’
  3. Isikan dan semak butiran akaun anda
  4. Daftarkan kenderaan anda
  5. Masukkan nombor tag RFID 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian
  6. Buat pengesahan dan verifikasi.

Bagi membolehkan pelanggan menggunakan sistem ini untuk transaksi tol, PLUS juga menyediakan perkhidmatan pemasangan tag di pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara.

 

CARA PEMASANGAN TAG FRID

Setelah mengaktifkan, anda boleh terus membuat pemasangan tag tersebut pada kenderaan anda.

Langkah pemasangan RFID pada kenderaan adalah seperti berikut:

  1. Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu
  2. Buka pelekat dan tampalkan
  3. Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet
  4. Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan
  5. TNG RFID akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam

 

CARA MENCETAK PENYATA TOL RFID

Kepada anda ingin menyetak penyata tol RFID bagi sesuatu tujuan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Touch n Go eWallet anda
  2. Pada menu utama klik pada Transaction History
  3. Paparan akan menunjukkan segala transaksi yang telah anda gunakan
  4. Kemudian klik pada Filter yang berada dibucu kanan atas
  5. Seterusnya klik pada RFID
  6. Pilih kenderaan yang anda gunakan. (sekiranya lebih pada satu yang berdaftar)
  7. Paparan akan menunjukkan transaksi yang anda gunakan terhadap kenderaan tersebut.
  8. Pilih tempoh tarikh yang anda ingin mencetak dan klik apply. Paparan akan menunjukkan transaksi dalam tempoh yang anda pilihkan.
  9. Untuk mencetak pennyata, klik pada Email (berada di atas bucu kanan)
  10. Pastikan email yang anda masukkan betul dan klik Submit
  11. Anda akan menerima email dari TnG senarai transaksi dalam bentuk PDF
  12. Anda boleh dowload penyata tersebut, dan boleh terus cetak.
  13. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://rfid.touchngo.com.my/main.

ARTIKEL LAIN

CARA BELI KERETA LELONG JPJ (Semakan Senarai Tarikh Lelong)

mySIKAP JPJ ONLINE: PANDUAN PENDAFTARAN ONLINE & LOGIN KALI PERTAMA

2 thoughts on “RFID TNG (CARA DAFTAR & AKTIFKAN TAG RFID)”

Leave a Comment