CARA LINK RFID TnG eWALLET (Register Lebih 1 Kereta)

CARA LINK RFID TnG eWALLET (Register Lebih 1 Kereta)

CARA LINK RFID TnG eWALLET

Penggunaan Tag RFID tentunya akan memudahkan pemanduan anda, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di bandar-bandar ibu kota. Semestinya untuk menggunakan sistem ini seharusnya mendapatkan tag pelekat / sticker RFID terlebih dahulu.Bagaimana sekiranya anda mempunyai lebih dari 1 kereta? Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk link RFID TnG eWallet, semoga membantu.

 

APA ITU RFID

RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang.

Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik. Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.

 

KELEBIHAN TAG RFID

Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan. Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.

 

CARA LINK RFID TnG  eWALLET

Setelah Tag RFID anda terima, berikut adalah merupakan cara mengaktifkannya atau link TnG eWallet seperti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Touch n Go eWallet anda (Android / IOS)
  2. Pada menu utama pilih pada More
  3. Kemudian klik pada ikon RFID
  4. Maklumat kenderaan yang berdaftar dengan anda akan terpapar. Kemudian klik pada Avtivate RFID Tag
  5. Isikan dan semak butiran maklumat akaun anda
  6. Masukkan no plat kenderaan anda ingin, tick pada pengesahan dan klik next
  7. Isikan dan semak maklumat kereta anda, tick pada pengesahan dan klik pada Register My Vehicle
  8. Masukkan nombor tag RFID 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian, tick pada pengesahan dan klik Activate Now
  9. Buat pengesahan dan verifikasi
  10. Selesai, anda sudah berjaya link RFID Tng eWallet anda.
  11. TNG RFID akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam

 

CARA PEMASANGAN TAG FRID

Setelah mengaktifkan, anda boleh terus membuat pemasangan tag tersebut pada kenderaan anda. Berikut adalah merupakan langkah pemasangan RFID pada kenderaan anda:

  • Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu
  • Buka pelekat dan tampalkan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai RFID TAG TOUCH ‘N GO , anda boleh layari pautan https://rfid.touchngo.com.my/main

 

 

1 thought on “CARA LINK RFID TnG eWALLET (Register Lebih 1 Kereta)”

Leave a Comment