CARA TUKAR AKAUN KWSP KONVENSIONAL KEPADA SHARIAH (Guna i-Akaun)
Berdasarkan Akta KWSP 1991, KWSP perlu membayar dividen untuk Simpanan Shariah pada sebarang kadar, bergantung kepada prestasi pelaburan. Simpanan Shariah dilancarkan pada Ogos 2016 atas permintaan tinggi segelintir ahli yang mengkehendaki simpanan mereka diurus dan dilabur berdasarkan prinsip syariah.
Sekiranya anda ingin menukar status akaun KWSP konvensional kepada akaun Shariah, disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU AKAUN SIMPANAN SHARIAH KWSP
Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.
Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.
SYARAT AM YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM BERTUKAR KEPADA SIMPANAN SHARIAH
- Anda tidak boleh kembali ke Simpanan Konvensional selepas pertukaran kepada Simpanan Shariah berkuat kuasa.
- Tanggungjawab menyucikan dividen yang diterima pada saban tahun adalah terletak di atas ahli KWSP itu sendiri.
Nota: Bermula pada tahun 2017, ahli beragama Islam yang menyimpan di dalam Simpanan Konvensional bertanggungjawab menyucikan dividen yang diterima berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan dan boleh dirujuk di laman web KWSP.
KADAR DIVIDEN AKAUN SIMPANAN SYARIAH VS AKAUN KONVENSIONAL
Tahun | Simpanan Shariah (Tahunan) | Simpanan Konvensional (Tahunan) |
2020 | 4.90 | 5.20 |
2019 | 5.00 | 5.45 |
2018 | 5.90 | 6.15 |
2017 | 6.40 | 6.90 |
Sila rujuk link ke Sejarah Kadar Dividen DI SINI
CARA TUKAR AKAUN KONVENSIONAL KE AKAUN SHARIAH KWSP
Sekiranya anda ingin menukar status akaun anda, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan i-akaun: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Log masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu, anda perlu mendaftar terlebih dahulu i-akaun terlebih dahulu
- Pada paparan utama, klik pada Simpanan Shariah
- Seterusnya ikut panduan dan arahan untuk pertukaran ke Simpanan Shariah.
- Pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan dan pengesahan persetujuan akad menggunakan TAC diperlukan.
- Tunggu Permohonan Anda Diluluskan.
- Anda akan menerima keputusan permohonan dalam masa 7 hari sebelum tarikh simpanan shariah berkuat kuasa. Selepas tarikh berkuat kuasa simpanan tersebut, ahli KWSP tidak boleh membatalkannya lagi.
PERBEZAAN UTAMA ANTARA SIMPANAN SHARIAH DAN SIMPANAN KONVENSIONAL
Anda boleh tengok 4 perbezaan utama iaitu Pendaftaran, Dividen, Pengeluaran dan Pelaburan.
PENDAFTARAN
- Bagi simpanan shariah, Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum. Manakala bagi simpanan konvensional melalui Automatik (melalui majikan),menghadirkan diri ke kaunter KWSP dan Mel.
DIVIDEN
- Bagi simpanan shariah, Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum. Manakala bagi simpanan konvensional ,Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5%.
PENGELUARAN
- Bagi simpanan shariah, Kemudahan pengeluaran sedia ada dikekalkan kecuali Skim Pelaburan Ahli, di mana ahli hanya dibenarkan untuk melabur dalam dana patuh Syariah. Manakala bagi simpanan konvensional , Kemudahan pengeluaran sedia ada dikekalkan.
PELABURAN
- Bagi simpanan shariah ,pelaburan berdasarkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir urus (ESG) dan prinsip Syariah. Manakala bagi simpanan konvensional ,pelaburan berdasarkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
TARIKH KUAT KUASA SIMPANAN SHARIAH
- Selepas pendaftaran Simpanan Shariah, ahli akan menerima makluman tarikh kuat kuasa akaun Simpanan Shariah. Tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah adalah pada 1 Januari pada tahun selepas pendaftaran dibuat tertakluk kepada peruntukan tahunan dana syariah mengikut giliran dan apa-apa syarat lain yang ditentukan oleh Lembaga. Ahli yang gagal mendapatkan tarikh kuat kuasa kerana ketidakcukupan peruntukan dana atau pendaftaran selepas tarikh akhir tahunan, perlu menunggu peruntukan dana syariah seterusnya.
PEMBATALAN SIMPANAN SHARIAH
- Ahli boleh membatalkan pendaftaran Simpanan Shariah sebelum tarikh kuat kuasa Akaun Simpanan Shariah. Ahli boleh membuat pembatalan di mana-mana kaunter KWSP dengan membawa MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia). Pembatalan tidak dibenarkan dibuat selepas tarikh kuat kuasa.
AKAD SIMPANAN SHARIAH
- Akad bagi Simpanan Shariah adalah berasaskan akad Wakalah di mana ahli melantik Lembaga sebagai wakil dan pemegang amanah untuk mengurus dan melaburkan kesemua kredit (simpanan) di dalam akaun ahli mengikut prinsip syariah, berdasarkan peruntukan-peruntukan di bawah Akta KWSP 1991, Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah KWSP serta ketetapan lain mengenainya yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai cara tukar status akaun KWSP dari konvesional kepada Shariah, anda boler merujuk pada pautan ini https://www.kwsp.gov.my/ms/member/simpanan-shariah
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR AKAUN KWSP 2022 (Pengguna Kali Pertama)
2 thoughts on “CARA TUKAR AKAUN KWSP KONVENSIONAL KEPADA SHARIAH (Guna i-Akaun)”