CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN SPA & JAWAPAN ONLINE (Daya Menyelesaikan Masalah & Temuduga)

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN SPA & JAWAPAN ONLINE (Daya Menyelesaikan Masalah & Temuduga)

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN SPA

Adakah anda dipanggil tawaran untuk menduduki Peperiksaan Online memasuki Perkhidmatan Awam ? Jika ya, semestinya anda akan mencari panduan dan contoh soalan peperiksaan SPA untuk dijadikan rujukan.  Di sini kami kongsikan contoh soalan daya menyelesaikan masalah dan juga jawapan, semoga membantu.

 

FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN SPA

Peperiksaan ini mengandungi 3 bahagian iaitu:

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

 

CONTOH SOALAN SPA DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Terdapat tiga pecahan penilaian yang ditanya di dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ini iaitu:

  • Kemahiran mentafsir data
  • Kemahiran konsep matematik
  • Kemahiran pemerhatian atau logik.

 

CONTOH SOALAN KEMAHIRAN MENTAFSIR DATA SPA

Cara mentafsir data ini merupakan soalan wajid ada dalam setiap exam daya menyelesaikan masalah ini. Berikut adalah merupakan contoh soalan dan jawapan:

RAJAH

SOALAN

JAWAPAN

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN SPA

Rajah di atas merupakan carta pai yang mewakili taburan gred yang diperoleh oleh pelajar dalam suatu ujian. Jika jumlah pelajar ialah 1,340 orang, berapakah bilangan pelajar yang mendapat gred B

  • A. 18
  • B. 36
  • C. 144
  • D. 536

Jawapan: D

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN SPA

Rajah di atas merupakan carta palang yang mewakili peratusan taburan gred yang diperoleh oleh pelajar dalam suatu ujian sejarah. Diberikan perbezaan pelajar yang gagal ujian itu dan pelajar yang peroleh gred A ialah 36, cari bilangan pelajar yang lulus ujian itu.

  • A. 61
  • B. 83
  • C. 249
  • D. 300

Jawapan: C

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN SPA

Piktograf dalam jadual di atas menunjukkan jualan kereta bagi sebuah syarikat untuk 3 bulan tertentu. Jumlah jualan pada bulan Mei tidak ditunjukkan. Jualan kereta pada bulan Mei adalah 60% kurang berbanding jualan pada bulan April. Jika maklumat dalam piktograf di atas diwakili oleh sebuah carta pai, kira sudut sektor yang mewakili jumlah kereta yang dijual pada bulan Mei.

  • A. 25⁰
  • B. 36⁰
  • C. 50⁰
  • D. 90⁰

Jawapan: D

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN SPA

Jadual di atas menunjukkan bilangan pelajar dalam kelas yang berbeza di SMK Kurnia. Seorang pelajar dipilih secara rawak daripada sebuah kelas. Jika kebarangkalian memilih kelas adalah sama, cari kebarangkalian untuk memilih seorang pelajar India.

  • A. 1/19
  • B. 1/56
  • C. 19/56
  • D. 31/90

Jawapan: D

 

CONTOH SOALAN KONSEP MATEMATIK SPA

Soalan yang melibatkan konsep matematik ini akan menjadikan skop soalan menjadi luas. Berikut adalah merupakan contoh soalan dan jawapan:

RAJAH

SOALAN

JAWAPAN

 

Seorang pemuda memasuki sebuah kedai kemudian dia mencuri wang RM30 yang berada di kaunter kedai. Dengan wang itu, dia telah membeli sekampit beras dengan harga RM12. Pemilik kedai mengembalikan baki wang RM18 kepadanya. Berapakah kerugian yang ditanggung oleh pemilik kedai jika keuntungan yang diperoleh dari sekampit beras ialah RM3?

  • A. RM18
  • B. RM27
  • C. RM39
  • D. RM42

Jawapan: B

Rajah di atas menunjukkan beberapa keping kad bernombor. Sekeping kad dipilih secara rawak. Cari kebarangkalian bahawa kad yang dipilih ialah kad nombor gandaan 3

  • A. 1/6
  • B. 1/3
  • C. 1/2
  • D. 2/3

Jawapan: B

Dalam rajah di atas, sudut dongakan bagi sebuah belon udara panas dari titik M pada sebuah bangunan ialah 42.3°. Cari tinggi, dalam m, belon udara panas itu dari lantai.

  • A. 500.5
  • B. 565.5
  • C. 604.4
  • D. 669.4

Jawapan: B

 

Satu cabutan bertuah akan diadakan di sebuah pasaraya sempena sambutan ulangtahun ke-15 pasaraya berkenaan. Terdapat 100 orang pelanggan wanita, 200 orang pelanggan lelaki dan 150 orang kanak-kanak memohon untuk mengambil bahagian. Nama bagi setiap pelanggan wanita diletakkan sebanyak 3 kali di dalam kotak cabutan, nama bagi setiap pelanggan lelaki adalah sebanyak sekali dan nama bagi kanak-kanak adalah sebanyak 2 kali. Apakah kebarangkalian bahawa pelanggan wanita terpilih?

  • A. 1/8
  • B. 2/9
  • C. 2/7
  • D. 3/8

Jawapan: D

 

Salim sedang memandu kereta dengan kelajuan 110km/jam. Hitungkan masa yang diambil oleh Salim untuk bergerak sejauh 300 batu.

  • A. 4 jam 23 minit
  • B. 4 jam 38 minit
  • C. 4 jam 43 minit
  • D. 4 jam 58 minit

Jawapan: A

 

CONTOH SOALAN PEMERHATIAN DAN LOGIK SPA

Soalan ini memerlukan menggunakan kemahiran pemerhatian dan kemahiran logik. Berikut adalah merupakan contoh soalan dan jawapan:

RAJAH

SOALAN

JAWAPAN

Apakah nilai bagi K?

  • A. 26
  • B. 25
  • C. 24
  • D. 23

Jawapan: –

Jumlah nilai abjad S E L A M A T ialah 48. Jumlah nilai abjad konsonan ialah 40. Berapakah nilai E apabila E = 2A?

  • A. 2
  • B. 4
  • C. 6
  • D. 8

Jawapan: –

Perhatikan jadual di atas, apakah huruf yang berikutnya?

  • A. B
  • B. D
  • C. K
  • D. M

Jawapan: –

Rajah di atas menunjukkan sebuah kereta yang berada di ruangan parkir. Apakah nombor yang mungkin berada di bawah kereta?

  • A. 78
  • B. 87
  • C. 90
  • D. 96

Jawapan: –

 

PANDUAN TEMUDUGA SPA

Sekiranya anda dipanggil mengahadiri temuduga, anda boleh merujuk panduan lengkap temuduga di pautan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 

ARTIKEL BERKAITAN:

3 thoughts on “CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN SPA & JAWAPAN ONLINE (Daya Menyelesaikan Masalah & Temuduga)”

Leave a Comment