PERMOHONAN KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN ONLINE 2023 (Sijil Sah Diiktiraf KKM & PBT)
Kepada anda yang ingin mengikut kursuss pengendalian makanan, kini anda boleh mengikuti secara online sahaja. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan dapatkan sijil sah yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), semoga membantu.
APA ITU KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
Kursuss pengendalian makanan merupakan kursus wajib daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua pengendali makanan yang terlibat dalam semua aspek penyediaan, penyimpanan dan penyediaan makanan.
KENAPA PERLU MENGAMBIL KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
Berdasarkan Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kegagalan menghadiri kursus pengendalian makanan boleh menyebabkan pengendali makanan/majikan dikenakan hukuman penjara maksima 2 tahun atau didenda maksimum RM10,000.
SIAPA PERLU MENYERTAI KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
Kursus Ini Sesuai Untuk Mereka Yang Merupakan:
- Pengendali Makanan Daripada Rumah (Home Based)
- Penjaja Makanan Dan Peniaga Bazar
- Pengusaha Produk Makanan
- Restoran
- Kilang Pembuatan Makanan
- Perhotelan, Hospitaliti
- Katering, Kantin Makanan
- Pusat Jagaan Kanak-Kanak
HARGA KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM50
TEMPOH KURUS PENGENDALIAN MAKANAN
Tempoh pelaksanaan kursus ini adalah selama 3 jam latihan.
KAEDAH PELAKSANAAN KURUSPENGENDALIAN MAKANAN
Terdapat 3 Jenis Pilihan Kursuss Pengendalian Makanan Di United Academy
- Secara Online
- Belajar dari rumah / lokasi anda
- Mudah ,cepat dan sijil dapat hari yang sama
- Guna phone pun boleh
- Secara Fizikal
- Kursus dijalankan di pusat latihan
- Selesa, kemudahan parking yang banyak
- Sijil dapat pada hari yang sama
- Secara In-House
- Sesuai bagi yang mempunyai pekerja yang ramai dan dibuat untuk pekerja sahaja
KURUS PENGENDALIANMAKANAN ONLINE
Kursuss Pengendalian Makanan Online diperkenalkan oleh Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) pada tahun 2020.
Kelebihan Kurus Online
- Mudah
- Anda hanya perlukan capaian internet dan laptop/tablet atau smartphone anda untuk hadir kursus ni!
- Jimat & Selamat
- Tidak perlu keluarkan kos tol, kereta, parking untuk ke pusat latihan.
- Berkesan
- Pembelajaran secara online terbukti berkesan. Peserta mendapat lebih peluang untuk bertanya soalan dan penerangan yang jelas daripada tenaga pengajar yang berpengalaman.
Cara Permohonan
- Layari pautan https://unitedacademy.com.my/pendaftaran-kursus-online/
- Pilih Kursuss Pengendalian Makanan Yang Anda Mahukan berdasarkan Kategori, Masa & Tarikh.
- Tulis Bilangan Peserta.
- Tekan BOOK NOW
- Tekan Butang TERUS ISI BORANG PENDAFTARAN sekiranya anda ingin terus mendaftar.
- Sekiranya ada pembetulan atau menukar jumlah bilangan peserta, tekan butang pada tempahan yang dibuat, diikuti dengan butang di bahagian atas kanan.
- Ulang langkah 2 hingga 4 untuk meneruskan pendaftaran.
- Selepas pendaftaran anda akan mendapat order confirmation di email yang didaftarkan.
- Salinan sijil original (softcopy PDF) dapat pada hari sama kursus. Salinan sijil ini boleh dicetak dan digunapakai untuk sebarang urusan yang memerlukan sijil pengendali makanan (mohon lesen/lain lain). Sijil asal akan dipos ke alamat yang didaftarkan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- SIJIL KURSUS KAHWIN HILANG ROSAK (Semakan & Permohonan Baharu)
- PERMOHONAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) JKM 2023
- GBP TEKUN NASIONAL (Permohonan Program Latihan Asas Keusahawanan Graduan)