e-HOUSEMEN (Permohonan Penempatan Pegawai Perubatan Lantikan Baru)
Sekiranya anda merupakan Pegawai Farmasi Lantikan Baru Kementerian Kesihatan Malaysia, seharusnya anda mendaftar akaun anda melalui sistem e-Pharmascist. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.
APA ITU SISTEM e-HOUSEMEN
e-Housemen merupakan sebuah portal dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memudahkan Pegawai Perubatan Siswazah UD41 (Lantikan Baru) membuat permohonan penempatan mereka.
KELAYAKAN PENGGUNA e-HOUSEMEN
Portal e-Housemen ini hanya boleh digunakan oleh pegawai yang sudah lulus tapisan SPA sahaja, bukanlah graduan pengajian yang telah tamat pengajian. Permohonan penempatan melalui sistem ini adalah tertakluk kepada kekosongan dan berdasarkan prinsip “first come first serve”.
TARIKH BUKA SISTEM e-HOUSEMEN
Berikut adalah merupakan tarikh sistem ini dibuka:
- Pegawai Perubatan Siswazah Bilangan 1 Tahun 2023
- Sistem ini akan dibuka mulai 27 Februari 2023 jam 12.00 tengahari hingga 28 Februari 2023 jam 11.59 malam untuk permohonan penempatan yang disenaraikan dalam Sistem ehousemen untuk menjalani latihan siswazah.
PROSES PERMOHONAN SISTEM eHOUSEMEN
Berikut adalah merupakan proses permohonan bagi Pegawai Perubatan Siswazah UD41 (Lantikan Baru) iaitu:
PERINGKAT | LANGKAH-LANGKAH |
Tamat pengajian | Mendapat keputusan semester akhir |
Permohonan pendaftaran MMC | Mohon pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM/MMC) |
Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) | Permohonan jawatan Pegawai Pegawai Perubatan UD41 di dalam perkhidmatan awam melalui portal rasmi SPA. Daftar Di sistem SPA9 |
Lulus tapisan SPA | Keputusan dan status permohonan akan dimaklumkan melalui sistem SPA9 oleh pihak SPA. |
Permohonan penempatan di e-Housemen | Permohonan penematan di KKM melalui aplikasi ePharmacist. Notifikasi akan dihantar ke emel calon dan pengumuman akan dibuat di muka hadapan eHousemen Sistem akan dibuka selama (1) minggu untuk calon membuat pilihan penempatan. Calon akan mendapat dokumen pelantikan melalui sistem ini |
Dapatkan Sijil Pendaftaran MMC | Tuntut sijil pendaftaran di MMC dengan mengemukakan salinan surat tawaran |
Program Tranformasi Minda | Lokasi PTM akan dimaklumkan dan surat panggilan PTM akan diberikan melalui aplikasi eHousemen selewat-lewatnya 1 minggu sebelum tarikh PTM |
CARA DAFTAR e-HOUSEMEN
Kepada anda pengguna kali pertama yang ingin membuat pendaftaran akaun, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan pendaftara eHousemen: https://ehousemen.moh.gov.my/auth/daftar
- Sila scroll ke bawah dan klik pada hyperlink “Pendaftaran Baru“
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada Login Pegawai
- Isikan maklumat yang dengan lengkapkan dan klik daftar
- Setelah, anda telah berjaya mendaftarkan akaun anda
CARA LOGIN e-HOUSEMEN
Setelah anda berjaya mendaftar akaun, berikut adalah cara untuk login aiitu:
- Layari pautan Login eHousemen: https://ehousemen.moh.gov.my/auth/login
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan dan klik Login.
- Selesai, anda telah berjaya log masuk ke dalam akaun anda
PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM eHOUSEMEN
Sekiranya anda memerlukan panduan lengkap untu permohonan penempatan dan penangguhan bagi pegawai perubatan, anda boleh merujuk melalui manual di bawah:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai e-Housemen KKM, sila hubungi Bahagian Sumber Manusia ditalian/ emel berikut :-
- Urusan Housemanship (03-8883 2735/2805 atau [email protected])
- Urusan lantikan semula/lantikan tetap (03-8883 2785/2809 atau [email protected])
Artikel Berkaitan:
- e-PHARMACIST (Cara Daftar Portal Penempatan Pegawai Farmasi KKM)
- e-PLACEMENT KKM (Permohonan Penempatan Pegawai Lantikan Baru)
1 thought on “e-HOUSEMEN (Permohonan Penempatan Pegawai Perubatan Lantikan Baru)”