e-PHARMACIST (Cara Daftar Portal Penempatan Pegawai Farmasi KKM)
Sekiranya anda merupakan Pegawai Farmasi Lantikan Baru Kementerian Kesihatan Malaysia, seharusnya anda mendaftar akaun anda melalui sistem e-Pharmascist. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.
APA ITU SISTEM e-PHARMACIST KKM
ePharmacist merupakan sebuah portal Sistem Pengurusan Pegawai Farmasi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang digunakan bagi pemilihan penempatan latihan siswazah bagi Pegawai Farmasi Gred UF41.
KELAYAKAN PENGGUNA e-PHARMACIST KKM
Portal ePharmacist ini hanya boleh digunakan oleh pegawai yang sudah lulus tapisan SPA sahaja, bukanlah graduan pengajian farmasi yang telah tamat pengajian.
TARIKH BUKA SISTEM e-PHARMACIST KKM
Berikut adalah merupakan tarikh sistem ini dibuka:
- Bilangan 1 Tahun 2023
- Sistem ini akan dibuka mulai jam 12.00 tengah hari, 30 Januari 2023 (Isnin) hingga 1 Februari 2023 (Rabu) untuk permohonan penempatan latihan siswazah oleh calon sesi pengambilan Bilangan 1 Tahun 2023.
PROSES PERMOHONAN SISTEM e-PHARMACISTKKM
Berikut adalah merupakan proses permohonan bagi Pegawai Farmasi Gred UF41 (lantikan Baru) iaitu:
PERINGKAT | LANGKAH-LANGKAH |
Tamat pengajian | Mendapat transkrip akademik sehingga semester terakhir dan surat senat / sijil ijazah |
Permohonan pendaftaran di Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) | Mohon pendaftaran dengan LFM di https://prisma.pharmacy.gov.my/. Perakuan Pendaftaran |
Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) | Permohonan jawatan Pegawai Farmasi Gre UF41 di dalam perkhidmatan awam melalui portal rasmi SPA. Daftar Di sistem SPA9 |
Lulus tapisan SPA | Keputusan dan status permohonan akan dimaklumkan melalui sistem SPA9 oleh pihak SPA. |
Permohonan penempatan di ePharmacist | Permohonan penematan di KKM melalui aplikasi ePharmacist. Notifikasi akan dihantar ke emel calon dan pengumuman akan dibuat di muka hadapan ePharmacist Sistem akan dibuka selama (1) minggu untuk calon membuat pilihan penempatan. Calon akan mendapat dokumen pelantikan melalui sistem ini |
CARA DAFTAR e-PHARMACIST KKM
Kepada anda pengguna kali pertama yang ingin membuat pendaftaran akaun e-Pharmacist, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan pendaftara e-Pharmacist: https://epharmacist.moh.gov.my/auth/daftar
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada Login Pegawai
- Isikan maklumat yang dengan lengkapkan dan klik daftar
- Setelah, anda telah berjaya mendaftarkan akaun anda
CARA LOGIN e-PHARMACIST KKM
Setelah anda berjaya mendaftar akaun, berikut adalah cara untuk login aiitu:
- Layari pautan Login e-Pharamcist: https://epharmacist.moh.gov.my/auth/login
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan dan klik Login.
- Selesai, anda telah berjaya log masuk ke dalam akaun anda
PANDUAN PPENGGUNAAN ePHARMACIST
Sekiranya anda memerlukan panduan lengkap untu permohonan penempatan dan penangguhan bagi pegawai farmasi, anda boleh merujuk melalui manual di bawah:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai e-Pharmacist KKM, melayari portal rasmi Sistem e-Pharmacist atau boleh hubungi pegawai yang bertugas di talian 03-8883 2803/ 2653/ 2651
ARTIKEL LAIN
BORANG UJIAN DASS (CARA BUAT UJIAN SARINGAN KESIHATAN MENTAL KKM ONLINE & PDF )