CARA DAFTAR MUAT TURUN & SEMAK PERMOHONAN LHDN INDIVIDU (edaftar.hasil.gov.my)
Membayar cukai adalah merupakan kewajipan kepada kepada pihak yang bertanggugjawab. Sekiranya anda merupakan baru kali pertama ingin membayar cukai atau ingin membuat pembayaran cukai secara online,anda boleh daftar melalui e-Daftar LHDN (individu). Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu..
APA ITU e-DAFTAR (edaftar.hasil.gov.my)
e-Daftar adalah aplikasi permohonan pendaftaran fail cukai pendapatan untuk pembayar cukai baharu mendapatkan nombor rujukan cukai.
SIAPA BOLEH GUNA e-DAFTAR(edaftar.hasil.gov.my)
e-daftar boleh digunakan untuk membuat permohonan dan pendaftaran cukai oleh:
- Individu
- Syarikat
- Perkongsian
- Majikan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Pastikan anda menyediakan dokumen seperti berikut untuk dimuat naik semasa membuat permohonan:
- Salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia / pemastautin tetap atau passport bagi bukan warganegara Malaysia.
- Sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
- Passport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
CARA DAFTAR LHDN (individu)
Berikut adalah merupakan cara untuk mendaftar:
- Layari pautan e-daftar
- Pilih Warganegara anda
- Lengkap maklumat yang diperlukan iaitu:
- Nombor kad pengenalan
- Jantina
- Nombor kod negara
- Status
- Alamat surat-menyurat
- Alamat kediaman (sekiranya sama dengan alamat surat menyurat, tick pada kotak)
- Masukkan maklumat pekerjaan dan majikan. Antaranya:
- Pekerjaan
- Tarikh mula bekerja
- Nama majikan
- Alamat majikan
- majikan
- Jumlah pendapatan tahunan
- Isikan maklumat Perniagaan (sekiranya ada)
- Isikan maklumat Ejen Cukai (sekiranya ada)
- Setelah lengkap semuanya, tekan Hantar.
- Paparan info akan terpapar. Sila semak dan tekan SETUJU.
- Nombor Permohonan Pendaftaran akan dipaparkan. Sila catatkan atau cetak.
- Selesai
Nota: Nombor rujukan cukai pendapatan anda akan diberikan setelah permohonan pendaftaran pembayaran cukai diluluskan.
PANDUAN MUAT NAIK DOKUMEN
Setelah anda menghantar permohonan, anda dikehendaki untuk memuat naik dokumen pengenalan anda. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari e-Daftar Individu
- Isikan nombor permohonan anda dan tekan Semak.
- Status permohonan anda akan terpapar.
- Klik butang Browse untuk pilih dokumen yang ingin dimuatnaik.
- Pilih dokumen yang anda ingin memuatnaik
- Setelah proses muat naik selesai. Mesej Dokumen Lengkap Proses Pendaftaran akan Dilakukan akan dipaparkan.
- Selesai
Nota: Permohonan e-Daftar akan dibatalkan sekiranya anda tidak menghantar dokumen dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan.
CARA SEMAK PERMOHONAN STATUS INDIVIDU LHDN
Anda boleh membuat semakan status permohonan selepas 2 hari dokumen lengkap dihantar. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari e-Daftar Individu
- Isikan nombor permohonan anda dan tekan Semak.
- Status permohonan anda akan terpapar.
- Selesai
Nota: Jika permohonan anda telah diterima, anda akan menerima No PIN yang akan digunakan semasa anda mengisi e-filing nanti.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar LHDN melalui e-Daftar, anda boleh merujuk panduan berikut:
ARTIKEL LAIN
LOGIN eFILING 2022( Cara Kira & Check Cukai LHDN )
CARA BAYAR CUKAI (Guna eFILING & BYRHASIL LHDN )