VIRTUAL ACCOUNT (VA) CARA GUNA & DAPATKAN NOMBOR VA
Terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah memperkenalkan satu sistem terbaru Sistem e-TT (e-Pindahan Telegrafik) yang merupakan sistem yang menjana nombor Virtual Account (VA) bagi tujuan bayaran cukai menggunakan kaedah Pindahan Telegrafik dari dalam dan luar negara. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk dapatkan nombor VA, semoga membantu.
APA ITU VIRTUAL ACCOUNT (VA)
Virtual Account Number atau Nombor Akaun Maya merupakan 14 digit yang menjadi identiti pengenalan bayaran pencukai. Ianya akan digunakan sebagai nombor akaun bayaran semasa melakukan bayaran menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) di kaunter bank atau menerusi portal perbankan elektronik. Kaedah bayaran menggunakan nombor VA e-TT merupakan satu penambahbaikan kepada perkhidmatan bayaran yang ditawarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kepada pembayar cukai.
JENIS BAYARAN CUKAI VIRTUAL ACCOUNT (VA)
Janaan nombor VA di e-TT hanya dibenarkan bagi tujuan bayaran cukai daripada dalam dan luar negara yang terdiri daripada jenis-jenis cukai berikut:
- Cukai Pendapatan
- Cukai Petroleum
- Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
- Bayaran Kompaun
- Cukai Penghibur Awam (Seniman Kembara)
- Cukai Pegangan
CARA DAPATKAN NOMBOR VIRTUAL ACCOUNT (VA)
Berikut adalah merupakan cara untuk anda mendapatkan nombor VA ini iaitu:
- Layari Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my
- Klik Perkhidmatan ezHasil > submenu e-TT
- Isi maklumat bayaran dengan lengkap untuk menjana Nombor VA
- Anda telah memperoleh nombor Virtual Account. Pastikan anda mencetak nombor tersebut sebelum keluar.
- Nombor VA yang diberikan perlu digunakan sebagai nombor akaun bayaran semasa melakukan bayaran menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) di kaunter bank atau menerusi portal perbankan elektronik
NOTA: Setiap nombor VA yang dihasilkan adalah untuk satu kali pembayaran sahaja.
CARA BAYARAN CUKAI GUNA VIRTUALACCOUNT (VA)
Bayaran cukai menggunakan VA dari Sistem e-TT boleh dilakukan melalui:
- Portal perbankan internet menerusi IBG / RENTAS / Pindahan Telegrafik / Pindahan Wang;
- Kaunter Bank : IBG / RENTAS / Pindahan Telegrafik / Pindahan Wang sahaja (Bayaran secara tunai dan cek tidak dibenarkan)
- Mesin Wang Automatik (Automated Teller Machine (ATM) ).
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Sistem e-TT dan Vitual Account, sila layari portal rasmi HASiL di www.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada HASiL melalui:
- Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
- HASiL Live Chat
- Kenyataan Media
- Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM
ARTIKEL LAIN
LOGIN eFILING 2022( Cara Kira & Check Cukai LHDN )