SEMAKAN STATUS BKM 2022: KADAR BAYARAN BAGI BUJANG / ISI RUMAH

Seperti yang dimaklumkan tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Setelah permohonan anda diluluskan, anda boleh membuat semakan status BKM untuk mengetahui kadar bayaran yang akan diterima. Bagaimana cara untuk membuat semakan kadar bayaran BKM? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
KAEDAH PEMBAYARAN BKM
Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:
- Ada akaun bank:
- Berjaya kredit
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
- Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
- Berjaya kredit
- Tiada akaun bank
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
SEMAK STATUS PEMBAYARAN BKM
Berikut adalah membuat semakan status BKM anda:
- Layari laman web rasmi BKM di sini: http://bkm.hasil.gov.my/
- Masukkan no kad pengenalan anda
- Masukkan kod catcha yang tertera
- Tekan semak
- Status pembayaran BKM anda akan terpapar.
PENDAFTARAN BARU BKM
Bagi pendaftaran atau permohonan baru Bantuan Kelaurga Malaysia (BKM) juga boleh dibuat pada laman web rasmi BKM atau rujuk panduan DISINI ( mey link login BKM)
SOALAN LAZIM BKM
Jika akaun bank dalam sistem salah/ tidak aktif , bagaimana cara pembayaran?
Jika akaun bank salah/ atau tidak aktif. Pembayaran akan gagal. Dan kaedah secara tunai pembayaran akan digunakan.
Bagaimana cara pembayaran?
Secara kredit terus ke akaun dan secara tunai.
Bilakah tarikh tutup pengemaskinian/permohonan BKM?
TARIKH TUTUP PERMOHONAN BKM 2022 adalah pada 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan mengenai semakan status BKM, anda boleh:
- Rujuk FAQ BKM: https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_BantuanKeluargaMalaysia_(BKM).pdf
- Hotline BPR di LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Hubungi Hasil Care Line (HCL): 03- 89111000
ARTIKEL LAIN
BKM FASA 1: Semakan Status Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia
2 thoughts on “SEMAKAN STATUS BKM 2022: KADAR BAYARAN BAGI BUJANG / ISI RUMAH”