NADI 2023 (Permohonan Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan)
Jangan lepaskan peluang untuk Mohon Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI) 2023 sekarang. Skim ini menawarkan pembiayaan sehingga RM5,000 Skim ini khusus untuk wanita mewakili isi rumah yang terjejas akbiat Covid-19. Skim ini terbuka kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan penyaluran modal pusingan perniagaan yang mudah, cepat dan tidak membebankan.
Bagaiman Cara Untuk memohon, serta syarat kelayakan mendapatkan pembiayaan NADI
Untuk makluman bagi tahun 2022, Hijrah Selangor melalui Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI) mensasarkan sebanyak 1,722 bilangan pemohon dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM 8,610,000.00.
Berikut Merupakan Butiran Mengenai NADI
- Skim Pembiayaan Niaga DarulEhsan (NaDI) adalah merujuk kepada skim niaga darul ehsan nadi 2022
- Skim ini merupakan bantuan pinjaman kewangan sehingga RM5000.
- Khusus untuk Wanita mewakili Isi Rumah. Yang terjejas akibat Covid-19,yang hilang pekerjaan dan ingin memulakan perniagaan tetapi tiada modal
- Semenjak dilancarkan pada 10 febuari 2021, pakej pinjaman skim nadi sudah membantu seramai 701 orang untuk mendapatkan modal pusingan bagi memulkan perniagan secara kecil-kecilan
Apakah Syarakat Kelayakan NADI Selangor
- Warganegara Malaysia
- Rakyat selangor/bermastautin tidak kurang dari 5 tahun
- Mengundi di Selangor
- Berumur 18 tahun – 65 tahun
- Khusus untuk wanita
- Bersetuju membentuk 3 orang dalam satu kumpulan
Apakah Syarat Pembiayaan NADI Selangor
- Jumlah had minima pembiayaan RM1000 dan maksima sehingga RM5,000
- Tempoh pembiayaan adalah selama 25 minggu ( 6 bulan) sehingga 150 minggu ( 3 tahun)
- Kadar keuntungan 8% setahun
- Bayaran ansuran secara mingguan
Apakah Dokumen Yang Perlukan NADI Selangor
- Salinan kad pengenalan pemohon
- 2 keping gambar berukuran passport pemohon
- Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan akaun (menunjukkan no.akaun pemohon)
- Salinan bil utiliti tempat tinggal
Nota: Muat naik dokumen menggunakan format pdf dan saiz dokumen tidak melebihi 5MB semasa mengisi borang permohonan secara atas talian.
Bagaimana Cara Memohon NADI Selangor?
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan berikut http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login
Untuk Mendapatkan Maklumat Tambahan
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat tambahan atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan Niaga DarulEhsan (NaDI) :
- Sila layari hijrahselangor.com
- atau anda juga boleh hubungi 20 Cawangan Hijrah berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32
Artikel Lain
PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR 2023
PERMOHONAN AIR PERCUMA SELANGOR (Daftar & Semak ssipr.selangor.gov.my)
1 thought on “NADI 2023(Permohonan Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan)”