PERMOHONAN BANTUAN IBU TUNGGAL & SURI RUMAH(Kewangan & Perniagaan)

PERMOHONAN BANTUAN IBU TUNGGAL & SURI RUMAH(Kewangan & Perniagaan)

BANTUAN IBU TUNGGAL

Kepada ibu tunggal yang berkleyakan boleh membuat permohonan bantuan.Kini terdapat pelbagai skim bantuan ibu tunggal yang turut merangkumi bantuan kebajikan, kewangan, dan perniagaan yang khusus untuk memperkasakan wanita bagi tahun 2023. Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

 

SENARAI BANTUAN IBU TUNGGAL & SURI RUMAH (Kewangan)

Berikut adalah merupakan bantuan dari segi kewangan :

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

  • Skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan Ibu Tunggal yang layak.
  • Sekiranya ibu tunggal tersebut mempunyai anak yang berumur 18 tahun ke bawah, maka beliau layak untuk dipertimbangkan Bantuan Kanak-Kanak Rm100/ sebulan untuk seorang anak dan maksimumnya adalah sebanyak RM450/ sebulan sekeluarga.
  • Terkini, Bantuan Kanak-kanak bakal dinaikkan kepada RM200 sebulan dan maksimum RM1000 sebulan sekeluarga seperti yang diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bantuan Orang Tua (BoT)

  • Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
  • Bagi ibu tunggal yang telah berusia 60 tahun ke atas, dia layak untuk dipertimbangkan Bantuan Orang Tua kini dinaikkan kepada RM500 sebulan.

Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

  • Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.
  • Bantuan yang diberikan adalah berbentuk kad debit yang bernilai RM200 setiap bulan.

Bantuan Zakat Negeri

  • Ibu Tunggal yang cukup kriteria penerimaan zakat boleh memohon bantuan zakat menerusi Lembaga Zakat Negeri masing-masing.
  • Bantuan bolehj dimohon mengikut negeri masing-masing:
    • Wilayah Persekutuan : Baitulmal MAIWP, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
    • Selangor : Lembaga Zakat Selangor
    • Pahang : Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
    • Melaka : Majlis Agama Islam Melaka – Rasmi
    • Negeri Sembilan : Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS
    • Pulau Pinang : Zakat Pulau Pinang
    • Kedah : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
    • Johor : Majlis Agama Islam Johor
    • Terengganu : Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu-Official
    • Perak : Zakat Perak-MAIPk
    • Perlis : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
    • Kelantan : Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
    • Sarawak: Tabung Baitulmal Sarawak
    • Sabah : Bahagian Zakat & Fitrah MUIS

Bantuan Am Negeri JKM

  • Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri.
  • Jika ibu tunggal tersebut tidak mempunyai anak, maka Bantuan Am boleh diberikan.
  • Untuk makluman, permohonan bantuan kewangan adalah dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian (PKMD) di seluruh negara.
  • Borang permohonan bantuan iaitu JKM18 boleh didapati SECARA TERUS di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian (PKMD) di seluruh Negara atau MEMUAT TURUN borang tersebut di laman web www.jkm.gov.my

Bantuan Ibu Bersalin

  • Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh dimuat turun melalui Laman Web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
  • Permohonan secara online juga boleh dibuat melalui pautan http://bit.do/bib2020 . Pautan hanya boleh dibuka apabila Akaun Google/Gmail anda telah ‘Log In’

iSuri KWSP

  • Seperti ahli lain yang bekerja, dengan insentif iSuri KWSP yang diperkenalkan pada 2018, kini suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).
  • Anda juga layak menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 pada setiap tahun apabila membuat caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pendaftaran Ibu Tunggal (JPW)

  • Melalui insentif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 lalu, Bantuan Khas Ibu Tunggal telah disalurkan sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Anda boleh membuat permohonna secara online dengan mendaftarkan diri pada sistem iWanita di http://iwanita.jpw.gov.my

 

SENARAI BANTUAN IBUTUNGGAL & SURI RUMAH (Perniagaan)

Berikut adalah merupakan bantuan dari segi perniagaan:

Geran Pelancaran Perniagaan JKM

  • Tujuan bantuan adalah untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga

Skim Pembiayaan Program TemanNita (TEKUN)

  • Skim ini Membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan.

Skim DanaNITA (MARA)

  • Skim DanaNITA ini menyasarkan usahawan wanita Bumiputera bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan memperkasakan usahawan wanita dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
  • Pembiayaan sehingga RM50,000 dikhaskan untuk usahawan wanita Bumiputera dengan tempoh pembayaran maksima 10 tahun (120 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan.

 

ARTIKEL LAIN

NADI  (Permohonan Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan)

 

15 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN IBU TUNGGAL & SURI RUMAH(Kewangan & Perniagaan)”

  1. Saya berstatus balu kematian suami ank 5 org umur diantara 14,10,8,6,4
    Saya mohon bantuan perniagaan yg lebih baik dan teratur saya hanya mampu berniaga kuih muih je sebb modal tak berape nak ada harap dapat bantuan perniagaan mohon JKM tak dapat alasan saya masih mampu mencari nafkah untuk ank2.smoga dmpertimbangkan

    Reply

Leave a Comment