PERMOHONAN PINJAMAN TOYOTA CAPITAL(Pembiayaan Kenderaan)

PERMOHONAN PINJAMAN TOYOTA CAPITAL (Pembiayaan Kenderaan)

PINJAMAN TOYOTA CAPITAL

Sekiranya anda ingin membuat permohonan untuk pembelian kenderaan Toyota, kini lebih mudah kerana anda boleh membuat permohonan pinjaman secara online sahaja.Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan cara membuat permohonan pinjaman Toyota Capital secara online, semoga membantu

 

APA ITU TOYOTA CAPITAL?

Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd (Dahulu dikenali sebagai UMW Toyota Capital Sdn. Bhd.) Adalah anak syarikat Toyota Financial Services Corporation, yang mengkhususkan diri dalam pembiayaan kenderaan untuk Toyota Motor Corporation di seluruh dunia.

 

CARA MOHON PINJAMAN TOYOTA CAPITAL

Sekarang untuk membuat pinjaman Toyota Capital, anda tidak lagi perlu ke cawangan Toyota berhampiran anda. Anda hanya boleh membuat secara online, berikut adalah cara permohonan Toyota Capital secara online

  1. Layari web rasmi Toyota Capital: toyotacapital.com.my.
  2. Klik pada Mohon Sekarang pada paparan utama.
  3. Anda akan dibawa ke pautan borang permohonan online.
  4. Isikan maklumat berikut:
    • Pilih Model,
    • Variant, Colour,
    • Location,
    • Preferred Outlet.
  5. Harga kereta tanpa insurans, Insurans dan Harga Runcit akan dipaparkan secara automatik.
  6. Tick jika anda ingin memilih aksesori yang anda inginkan.
  7. Amaun pinjaman akan dipaparkan. Amaun pinjaman ialah maksimum 90% dari harga jualan.
  8. Isikan berapa tahun anda inginkan untuk membuat pinjaman. Maksimum ialah 9 tahun.
  9. Tekan Select Plan & Calculate.
  10. Pilih pelan pembiayaan anda.
  11. Tekan I Want This pada pelan yang anda inginkan. Tekan Proceed.
  12. Isikan Butiran Peribadi yang diperlukan iaitu:
    • Gelaran
    • Nama
    • Kewarganegaraan
    • Nombor kad pengenalan
    • Pendapatan bulanan
    • Nombor telefon
    • Emel
  13. Setelah selesai, semak sekali lagi maklumat anda dan tekan Tekan Next.
  14. Seterusnya semak semula pelan yang anda inginkan, pastikan semuanya betul.
  15. Tick pada kotak yang menyatakan maklumat adalah benar.
  16. Tekan Submit & Apply.
  17. Selesai

NOTA: Eksekutif jualan akan menghubungi anda dan anda akan mengetahui status permohonan anda dalam masa 2 hari.

 

SOALAN LAZIM

Adakah saya dapat menyelesaikan skim insurans saya pada masa yang sama semasa membeli kereta di bawah rancangan pembiayaan automotif Toyota Capital?

Ya. Apabila anda membeli kereta di bawah rancangan pembiayaan automotif Toyota Capital, anda juga dapat menyelesaikan skim insurans anda pada masa yang sama. Anda boleh memilih untuk memperbaharui dengan panel insurans kami: – MSIG Insurance (Malaysia) dan Etiqa.

Bagaimana saya boleh memeriksa baki pinjaman saya dan perkara lain yang berkaitan dengan pinjaman saya?

Lengkapkan Borang Permintaan TCAPM kami dan teruskan melalui e-mel ke [email protected]

Sebagai pelanggan Toyota Capital Malaysia, adakah saya berhak mendapat perkhidmatan tambah nilai?

Kami menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan dan insurans dan apabila anda memperbaharui insurans kenderaan anda dengan panel insurans kami, anda akan menikmati kemudahan tanpa gangguan.

 

MALMUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh layari web rasmi Toyota Capital di pautan toyotacapital.com.my.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BELI KERETA LELONG JPJ (Semakan Senarai Tarikh Lelong)

2 thoughts on “PERMOHONAN PINJAMAN TOYOTA CAPITAL(Pembiayaan Kenderaan)”

Leave a Comment