CARA DAPATKAN BANK STATEMENT RHB BANK(Penyata Kewangan)

CARA DAPATKAN BANK STATEMENT RHB BANK(Penyata Kewangan)

PENYATA RHB BANK

Sekiranya anda pelanggan kepada RHB Bank dan ingin mendapatkan penyata akaun bank anda bagi tujuan tertentu, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara dapatkan dengan paling pantas. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara download penyata bank, semoga membantu.

 

APA ITU PENYATA BANK

Penyata bank (bank statement) adalah dokumen bukti aliran kewangan yang penting untuk disertakan dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri) dan macam-macam lagi termasuklah untuk memohon bantuan kerajaan.

Penyata bank memaparkan aliran keluar masuk duit ke dalam akaun Anda seperti transaksi bayar bil, belanja, bayar pinjaman, pengeluan dan sebarang transaksi yang berkaitan dengan akaun Anda akan direkodkan secara detail.

 

KAEDAH DAPATKAN PENYATA RHB BANK

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan statement RHB Bank iaitu:

  • RHB Personal Banking
  • Email
  • Cawangan

 

CARA DAPATKAN PENYATA RHB BANK ONLINE

Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar (online banking), sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Layari pautan RHB Personal Banking dan log masuk ke akaun anda
  2. Seterusnya pilih:
    • My Account > eStatement Management
    • Saving Account, dan klik Next.
  3. Pada bahagian eStatement Registration / Cancellation, pilih View Online. Klik Preview.
  4. Seterusnya klik My Accounts sekali lagi dan pilih:
    • View e-Statement
    • Savings Account.
  5. Pilih penyata bulan yang ingin Anda download atau print.
  6. Buka file PDF yang telah Anda download untuk melihat penyata bank. Selesai

 

CARA DAPATKAN PENYATA RHB BANK MELALUI EMAIL

Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan Penyata Bank melalui email:

  • Log masuk RHB Personal Banking
  • Pilih My Account > Pilih eStatement Management
  • Pilih Akaun yang Anda mahukan
  • Tick √ Send to Email
  • Masukkan alamat Emel dan Nombor Telefon
  • Tick √ Term & Condition, klik Preview
  • Masukkan kod OTP dan Klik Submit
  • Selesai

 

CARA DAPATKAN PENYATA RHB BANK DI CAWANGAN

Sekiranya anda ingin mendapatkan penyata di kaunter, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Kunjungi cawangan RHB Bank berhampiran anda
  2. Ambil nombor giliran, sekiranya nombor giliran dah dipanggil
  3. Beritahu pegawai bank bahawa anda ingin print penyata bank
  4. Pegawai bank tersebut akan membantu anda print penyata bank.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PENYATA AKAUN RHB BANK

Adakah dikenakan bayaran atau caj jika di download?

  • Perkhidmatan tanpa bayaran ini (percuma)

Adakah muat turun penyata ini selamat?

  • Ya,dan dijamin kerana maklumat anda dilindungi dengan ciri keselamatan terkini dan memerlukan kata laluan PDF yang hanya anda tahu.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan penyata bank saya?

  • Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan penyata bank di cawangan bank yang berdekatan anda.
  • Jika anda boleh mengakses akaun bank anda menerusi Perbankan Internet, log masuk dan anda boleh memuat turun penyata bank di situ.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang persoalan mengenai penyata akaun RHB Bank, anda boleh hubungi Customer Service di talian 03-9206 8118

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment