CARA BUAT SELF ASSESSMENT MySEJAHTERA HILANG (Thing To Do)

CARA BUAT SELF ASSESSMENT MySEJAHTERA HILANG (Thing To Do)

MySEJAHTERA HILANG

Penggunaan aplikasi MySejahtera kini memang amat disyorkan untuk kita kemaskini status kesihatan harian kita terutamanya kepada mereka yang dikena Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah, Home Surveillance Order (HSO). Bagaimana sekiranya ingin buat Self Assessment dalam MySejahtera tetapi tiada? Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU MYSEJAHTERA

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

 

CARA BUAT SELF ASSESSMENT MySEJAHTERA HILANG (Nak Buat Macam Mana)

Sekiranya anda ingin membuat self assessment dalam MySejahtera tetapi hilang dalam thing to do, berikut adalah cara untuk membuatnya:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Klik close dan pergi ke menu utama
  3. Klik pada Helpdesk
  4. Akan tertera banyak soalan, klik pada soalan ‘I have a question about my risk catagory / health asssessment’
  5. Seterusnya klik pada ‘I would like to redo my assessment’ > ‘My health Assessment’ > ‘To redo your helath assessment’
  6. Kemudian masukkan apa-apa simptom yang anda alami dalam ruangan yang disediakan, klik Next.
  7. Maklumat anda akan tertera, pastikan tepat. Tick pada Im not robot kemudian tekan Submit.
  8. Anda kemudian akan menerima email dari team MySejahtera untuk makluman reset akaun MySejahtera anda
  9. Kemudian anda boleh Login kembali MySejahtera anda, dan soalan asssessment akan tertera.
  10. Selesai

 

MAKLUMAT MYSEJAHTERA HILANG? (Nak Buat Macam Mana)

Sekiranya anda mendapati maklumat dalam MySejahtera hilang seperti sijil vaksinasi dan tidak boleh untuk Check in, berikut adalah cara yang perlu anda lakukan:

  1. Resfresh aplikasi MySejahtera anda
  2. Uninstall & Install kembali aplikasi MySejahtera dan log masuk kembali akaun anda

Nota: Sekiranya maklumat anda tidak juga tertera, ini berkemungkinan masalah server atau sistem MySejahtera yang tidak dapat diselesaikan melalui aplikasi MySejahtera.

 

CARA BUAT SELF ASSESSMENT GUNA APLIKASI  MYSEJAHTERA (Nak Buat Macam Mana)

Home Assessment Tool dalam MySejahteraberfungsi untuk membolehkan individu menjalani penilaian kendiri setiap hari selama tempoh kuarantin di rumah (HSO). Berikut adalah merupakan cara untuk buat Self Assessment dalam MySejahtera:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Klik close dan pergi ke menu utama
  3. Kemudian klik pada Covid-19 Status
  4. Tekan pada Start untuk memulakan penilaian kendiri anda
  5. Jawab kesemua enam (6) soalan yang tertera mengikut keadaan diri anda, kemudian tekan Submit
  6. Anda akan kembali ke menu utama MySejahtera, klik pada bahagian Profil.
  7. Kemudian klik refresh pada ‘Click to refresh you profil’
  8. Paparan tarikh status anda akan bertukar pada tarikh terkini
  9. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai self assessment MySejahtera hilang, anda boleh layari website rasmi MySejahtera di pautan mysejahtera.malaysia.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

HARGA INSURANS BENCANA ALAM BANJIR (Cara Claim Untuk Kenderaan)

Leave a Comment