POLIS BANTUAN 2024(Permohonan Jawatan & Berapa Gaji)

POLIS BANTUAN 2024(Permohonan Jawatan & Berapa Gaji)

POLIS BANTUAN

Kepada individu yang ingin menyertai pasukan Polis Bantuan, semestinya ingin mengetaui cara permohonan dan kadar bayaran gaji terkini bagi sesi pengambilan tahun 2023. Disini kami kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan kadar bayaran gaji, semoga membantu.

 

APA ITU POLIS BANTUAN MALAYSIA

Persatuan Polis Bantuan Malaysia atau Malaysia Auxiliary Police Association ialah sebuah persatuan yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (R.O.S). A.P.A ditubuhkan untuk menyelaras, menjaga kebajikan dan menyatukan semua anggota Polis Bantuen dan agensi Polis Bantuen.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN POLIS BANTUAN

Berikut adalah merupakan antara objektif penubuhannya iaitu:

  • Memberi khidmat Polis ke kawasan-kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan.
  • Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjata api semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.
  • Sebagai unit sokongan/bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan.

 

SYARAT KELAYAKAN POLIS BANTUAN

Berikut adalah merupakan antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara iaitu:

  • Merupakan seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon perlu lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau apa sahaja kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Pemohon mestilah lulus dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Pemohon mestilah merupakan bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang telah berkhidmat atau berkerja sekurang-kurangnya selama sepuluh (10) tahun yang di mana jawatannya telah disahkan dengan rekod perkhidmatan yang baik.
  • Pemohon hendaklah tidak berumur melebihi 45 tahun.
  • Pemohon berkebolehan dalam Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan dengan baik dan lancar.
  • Pemohon tidak terlibat dengan rekod jenayah dan dadah.
  • Pemohon juga mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal yang digariskan oleh Polis Diraja Malaysia.

 

SKOP TUGAS POLIS BANTUAN

Berikut adalah merupakan antara skop tugas umum iaitu:

  • Rondaan, bit dan kawalan statik
  • Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan
  • Melindungi dan mengiring harta majikan
  • Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah
  • Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah

 

JAWATAN POLIS BANTUAN

  • Pegawai Kanan Polis Bantuen dari pangkat kehormat Inspektor hingga ke pangkat Superintendan adalah dilantik oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri:
  • Pegawai Rendah Polis Bantuen dari pangkat kehormat Koperal hingga ke Sub Inspektor atau Konstabel Polis Bantuen adalah dilantik oleh Pegawai Pemerintah yang mana terdiri dari Pesuruhjaya atau Ketua Polis Kontinjen

 

KADAR BAYARAN GAJI POLISBANTUAN

  • Mengikut Seksyen 49A bagi Akta Polis 1967, menjadi kuasa Menteri dalam menetapkan faedah atau tangga gaji polis mengikut pangkat 2023 yang perlu diterima anggota bertugas dari semasa ke semasa berkenaan dengan tugas tugas yang telah ditetapkan.
  • Anggaran potensi gaji polis bantuen apabila dilantik sebagai adalah minimum antara RM1000 sehingga RM4000 maksimum mengikut kadar tangga gaji dan gred atau senarai gaji polis mengikut pangkat yang ditetapkan

 

CARA PERMOHONAN POLIS BANTUAN

Menurut Akta Polis 1967, permohonan jawatan Polis Bantuen boleh dipohon dengan mengemukakan permohonan kepada ketua Polis Negara melalui Pesuruhjaya atau Ketua Polis yang terlibat. Permohonan tersebut boleh dilakukan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Sektor Swasta mewakili pekerja-pekerjanya.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Polis Bantuan, anda boleh melayari Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia

 

ARTIKEL LAIN

JOB FAIR SELANGOR (Semak Lokasi Karnival Kerjaya Terkini)

5 thoughts on “POLIS BANTUAN 2024(Permohonan Jawatan & Berapa Gaji)”

Leave a Comment