CARA SEMAKAN KAWASAN BANJIR & AMARAN JALAN TERKINI 2022

CARA SEMAKAN KAWASAN BANJIR & AMARAN JALAN TERKINI 2022

SEMAKAN BANJIR & JALAN TERKINI

Sekiranya anda ingin membuat semakan kawasan banjir dan amaran jalan terkini, sudah semestinya anda ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan cara membuat semakan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) kerana ketiga sumber utama ini penting untuk anda membuat semakan mengenai status semasa atau amaran peringkat bahaya berkaitan banjir, tanah runtuh, jalan tutup dan sebagainya.

 

SEMAKAN INFO BANJIR DAN KEJADIAN BENCANA DI MALAYSIA

Semakan info banjir terkini dan kejadian bencana di seluruh negara dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri.

 

CARA SEMAKAN INFO BANJIR DI PORTAL JPS

Terdapat 5 ciri penting pada aplikasi MyPublic Infobanjir (PlayStore / AppleStore) yang sangat membantu para pengguna dalam mendapatkan maklumat terperinci berkenaan amaran dan ramalan banjir, kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan iaitu:

  • Data banjir untuk 1500 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak
  • Peta Kawasan
  • Notifikasi
  • SOS
  • Lokasi Pilihan Ramalan Banjir POI

Berikut adalah cara membuat semakan menerusi portal JPS

  1. Layari laman web Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS)
  2. Sebarang amaran terkini akan dinyatakan mengikut negeri seperti dalam senarai di bawah.

 

CARA SEMAKAN NOTIS PENUTUPAN JALAN JKR(SEMAKAN BANJIR JALAN TERKINI)

Sekiranya anda ingin membuat perjalan, seharusnya anda membuat semakan terlebih dahulu mengenai lokasi perjalanan anda sama ada ia masih terkesan dengan banjir atau ditutup. Berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari Portal Rasmi Pengurusan Bencana JKR
  2. Info laluan alternatif atau peta lokasi juga turut disertakan bersama carian anda
  3. Anda juga boleh mendapatkan info melalui Twitter : @CSFJ_JKR

 

CARA SEMAKAN INFO CUACA / AMARAN TERKINI METMALAYSIA

Sekrianya anda ingin mengetahui info semasa cuaca terkini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari Portal Jabatan Metereologi Malaysia
  2. Pelbagai info terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Anda boleh dapatkan maklumat yang sahih melalui laman web ini.
  3. Anda juga boleh dapatkan info melalui Twitter: @metmalaysia

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bencana alam atau banjir, anda boleh melayari website rasmi Portal Bencana NADMA 

 

ARTIKEL LAIN

HARGA INSURANS BENCANA ALAM BANJIR (Cara Claim Untuk Kenderaan)

Leave a Comment