JPJeBID (Cara Bida No Plat Kenderaan Online)

JPJeBID(Cara Bida No Plat Kenderaan Online)

JPJeBID Bida No Plat

Selaras dengan perkembangan teknologi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sistem JPJeBid untuk orang ramai membida nombor pendaftaran kenderaan dengan mudah dan cepat. Melalui sistem JPJeBID Bida No Plat ini anda dapat membuat bidaan terhadap no yang anda kehendaki. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU JPJeBID?

JPJeBid merupakan pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Proses-proses di dalam JPJeBid meliputi proses pengiklanan, pendaftaran, bidaan, bayaran dan juga ketetapan aplikasi dan akaun. Semua proses ini perlu dilakukan secara kendiri oleh pembida terlibat dan akan dikawal selia oleh pihak JPJ.

Pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid ) merupakan langkah strategik JPJ yang wajar dilaksanakan dan memberikan manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara. Melalui pelaksanaan JPJeBid pengurusan nombor kenderaan dapat dipertingkatkan dan diperkemaskan dengan hanya melalui sistem urusniaga dalam talian.

 

KATAGORI YANG LAYAK MENGGUNAKAN JPJeBID

Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang dibenarkan untuk mendaftar di Portal JPJeBid:

  1. Individu: Warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia (PTM) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.
  3. Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.
  4. Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.

 

SYARAT MENDAFTAR JPJeBID BIDA NO PLAT

Syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid adalah:

  • Individu/Perniagaan/Syarikat/Bukan Warganegara/Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional/Agensi Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/Kedutaan/Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/Pertubuhan Antarabangsa/Pejabat Serantau yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.

 

CARA DAFTAR JPJeBID

Untuk mendapatkan ID bagi membolehkan seseorang mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid, anda perlulah mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:

  1. Individu: Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa
  2. Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian:
    • Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan – Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atau
    • Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja)
    • Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.
  3. Syarikat Sdn. Bhd:
    • Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.
    • Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.
    • Sila pastikan anda telah menerima e-mel pengesahan daripada Sistem mySIKAP sebelum membuat capaian di Portal JPJeBid.

 

HARGA BIDAAN, DEPOSIT & CAJ PERKHIDMATAN JPJeBID

Tiada deposit diperlukan tetapi pembida harus membayar harga minima atau lebih dari harga minima bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama.

Setiap nombor kenderaan memerlukan satu bayaran minima mengikut jadual di bawah :

Kategori

Harga Minima (RM)

Kenaikan Bidaan Minima (RM)

Kenaikan Bidaan Minima (RM) (30 Minit Terakhir)

Nombor Bernilai Utama

20,000.00

1,000.00

2,000.00

Nombor Menarik

3,000.00

150.00

300.00

Nombor Popular

800.00

40.00

80.00

Nombor Biasa

300.00

15.00

30.00

  1. Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.
  2. enaikkan minima bidaan (top-up) adalah mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum:
    1. 5% kenaikkan dari amaun harga minima pada hari pertama hingga 30 minit sebelum bidaan tamat.
    2. 10% kenaikkan dari amaun harga minima pada hari pertama hingga 30 minit sebelum bidaan tamat.

NOTA: RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.

 

FORMULA BIDAAN JPJeBID

Contoh 1:

  • 5% X Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima
  • Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan

Kategori

Harga Minima (RM)

Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 5%)

Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 5%)

 

Jumlah Bidaan

 

Kenaikan Pertama

Kenaikan Kedua

Kenaikan Ketiga

Nombor Bernilai Utama

20,000.00

Minima 1,000.00

21,000.00

22,000.00

23,000.00

Nombor Menarik

3,000.00

Minima 150.00

3,150.00

3,300.00

3,450.00

Nombor Popular

800.00

Minima 40.00

840.00

880.00

920.00

Nombor Biasa

300.00

Minima 15.00

315.00

330.00

345.00

 Contoh 2 :

  • 10% X Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima (30 Minit Terakhir)
  • Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan

Kategori

Harga Minima (RM)

Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 10%)

Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 10%)

 

Jumlah Bidaan

 

Kenaikan Pertama

Kenaikan Kedua

Kenaikan Ketiga

Nombor Bernilai Utama

20,000.00

Minima 2,000.00

22,000.00

24,000.00

26,000.00

Nombor Menarik

3,000.00

Minima 300.00

3,300.00

3,600.00

3,900.00

Nombor Popular

800.00

Minima 80.00

880.00

960.00

1040.00

Nombor Biasa

300.00

Minima 30.00

330.00

360.00

390.00

Peningkatan amaun minima ada dipaparkan pada halaman bidaan sebagai rujukan.

 

TEMPOH BIDAAN JPJeBID

  • Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.
  • Pentadbir sistem akan menghantar e-mel makluman kepada pembida untuk memaklumkan status bidaan samada berjaya atau gagal.
  • Keputusan bidaan juga boleh dilihat di portal JPJeBid melalui carian nombor kenderaan yang dibida sahaja.

 

KAEDAH PEMBAYARAN JPJeBID

Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan dan kad debit tempatan ((Malaysia Issuer)) sahaja.

Jika bidaan berjaya – amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/ kad debit pembida dengan serta-merta.

Jika bidaan tidak berjaya – pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.

 

PROSES PENDAFTARAN NOMBOR KENDERAAN

Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran.

Pemenang boleh hadir sendiri ke JPJ ataupun mana- mana wakil pemenang dan perlu membawa dokumen seperti dibawah:

Cetakan E-mel Surat Keputusan Berjaya Bidaan

Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat

Nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat sahaja iaitu ibu/bapa/suami/isteri/ adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan.

Pertukaran nama melibatkan Syarikat/ Pertubuhan/ Koperasi TIDAK dibenarkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berhubung bidaan nombor pendaftaran kenderaan, klik di sini untuk Panduan Pengguna

ATAU

Sila hubungi:

  • Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya
  • Umum : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8881 0194

ARTIKEL LAIN

CARA GUNA mySIKAP JPJ (Pendaftaran & Login Kali Pertama)

Leave a Comment