CARA DAFTAR ODAMAKAN RIDER (REGISTER ONLINE di odamakan.com)

CARA DAFTAR ODAMAKAN RIDER (REGISTER ONLINE di odamakan.com)

CARA DAFTAR ODAMAKAN RIDER

Seperti yang kita sedia maklum, tempahan makanan online semakin popular di Malaysia.  Ini bukan sahaja memudahkan mereka yang sukar untuk keluar membeli makanan di luar, bahkan ia juga merupakan salah satu inisiatif yang amat baik untuk membantu menambah pendapatan, sekaligus meningkatkan ekonomi negara.

Di sini kami ingi kongsikan bagaimana cara daftar OdaMakan rider. Semoga membantu anda untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

 

APA ITU ODA MAKAN

Ditubuhkan pada tahun 2016, SUMHERO adalah perniagaan yang didedikasikan untuk menyediakan perkhidmatan pelari kepada masyarakat setempat. ODAMakan menyediakan Rider yang komprehensif untuk memudahkan setiap keperluan dan keperluan pelanggan kami.

 

MUAT TURUN APLIKASI

Sebelum anda daftar, anda seharusnya memuat turun aplikasi (download) untuk memudahkan setiap urusan anda hanya melalui telefon sahaja:

  • Play Store Bagi pengguna Android
  • Apple Store Bagi penggunan IOS

 

CARA DAFTAR  ODAMAKAN RIDER

Dengan mendaftar sebagai OdaMakan, anda boleh membuat pendapat sampingan yang lumayan.

Mahukah anda jadikan rider sebagai karier anda? Jika anda mahu, anda perlu mendaftarkan diri dengan buat akaun yang baru di website OdaMakan, berikut adalah caranya:

  1. Layari website dafrar rider  OdaMakan: http://odamakan.com/bes2/driver_signup
  2. Masukkan Maklumat pada borang tertera seperti:
    • First Name – masukkan nama pertama anda
    • Last Name – masukkan nama keluarga anda
    • Email address – masukkan email yang sah
    • Phone – masukkan no telefon yang aktif
    • Username – ciptakan Kata Nama anda
    • Password – Ciptakan kata lalaun anda
    • Confirm Password – masukkan sekali lagi kata laluan anda
    • Transportation – pilih jenis kenderaan anda
    • Transport Description (Year,Model) – masukkan tahun pemilikan kenderaan anda
    • License Plate – masukkan no pendaftran kenderaan anda
    • Color – masukkan jenis warna kenderaan anda
    • State – masukkan negeri  anda berada
  3. Setelah selesai semuanya, tekan Submit.
  4. Pendaftaran anda sebagai rider OdaMakan selesai. Ikuti arahan selanjutnya untuk latihan sebagai rider.

 

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang OdaMakandan langkah mendaftar sebagai rider  sila layari: odamakan.com  atau hubungi:

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR SPS LINDUNG (PERLIDUNGAN DELIVERY RIDERS)

1 thought on “CARA DAFTAR ODAMAKAN RIDER (REGISTER ONLINE di odamakan.com)”

Leave a Comment