CARA DAFTAR SPS LINDUNG 2024(PERLIDUNGAN DELIVERY RIDERS)

CARA DAFTAR SPS LINDUNG (PERLIDUNGAN DELIVERY RIDERS)

SPS LINDUNG

 

Kepada individu yang bekerja sendiri, anda tidak dilupakan! Bermula 1 Januari 2021, Kerajaan akan memberi perlindungan keselamatan sosial kepada mereka yang bekerja sendiri yang menghantar barangan dan makanan (Delivery Riders) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO.

Perlindungan daripada bencana pekerjaan ini dikenali sebagai SPSLindung. Inisiatif SPS Lindung adalah sepenuhnya ditanggung oleh Kerajaan iaitu sebanyak RM232.80 seorang untuk tempoh perlindungan setahun dengan menggunakan peruntukan Belanjawan 2021.

 

CARA DAFTAR SPS LINDUNG: PERLIDUNGAN DELIVERY RIDERS

SOALAN LAZIM

Apakah itu SPS Lindung ataupun Skim Bencana Pekerjaan, PERKESO di bawah strategi Perlindungan Sosial, di dalam Belanjawan 2021?

  • SPSLindung ataupun Skim Bencana Pekerjaan di bawah perlindungan sosial adalah bantuan Kerajaan yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen pada 6 November 2020 bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), PERKESO kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS).
  • Bantuan Kerajaan ini adalah merupakan pakej penambahbaikan ke atas inisiatif PenjanaGig yang sedia ada diberikan kepada kumpulan ini sejak 15 Jun 2020.

Siapakah kumpulan Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang disasarkan untuk menerima inisiatif Kerajaan di bawah SPS Lindung ini?

  • Kumpulan sasaran OBS di bawah program inisiatif Kerajaan ini adalah Delivery Riders dengan jumlah sasaran penerima seramai 40,000 orang.
  • Delivery Riders di sini merujuk kepada pekerja sendiri yang melaksanakan aktiviti penghantar barangan ataupun makanan dengan menggunakan motorsikal, basikal ataupun berjalan kaki.

Berapakah bantuan Kerajaan yang disalurkan kepada OBS melalui SPS Lindung ini?

  • Bantuan Kerajaan yang disalurkan kepada OBS melalui SPSLindung ini adalah berbentuk pembiayaan bayaran penuh (100%) caruman SKSPS oleh pihak Kerajaan.

 Apakah pelan caruman Keselamatan Sosial yang disediakan oleh PERKESO di bawah SKSPS?

  • Terdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, seperti di Jadual 1 berikut:

sps 1

Di bawah SPS Lindung, apakah pelan caruman yang dibiayai oleh Kerajaan?

  • Pelan caruman yang dibiayai oleh Kerajaan di bawah SPSLindung ini adalah Pelan Caruman Kedua iaitu sebanyak RM232.80 untuk tempoh perlindungan setahun.

Apakah syarat-syarat yang melayakkan OBS untuk mendapatkan manfaat di bawah SPS Lindung?

  • Syarat-syarat kelayakan SPSLindung adalah seperti berikut:
    • bertaraf warganegara Malaysia / permastautin tetap;
    • tanpa mengira had umur;
    • OBS bekerja sendiri di bawah kategori delivery riders iaitu penghantar barangan atau makanan;
    • bekerja sepenuh masa atau separuh masa; dan
    • OBS bekerja di Malaysia.

Apakah manfaat yang disediakan kepada Delivery Rider yang menyertai SPS Lindung?

  • Manfaat atau faedah perlindungan Keselamatan Sosial yang disediakan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri adalah seperti dinyatakan di Jadual 2 berikut;
sps

Bagaimanakah permohonan SPSLindung ini boleh dibuat?

  • Permohonan boleh dibuat terus kepada pejabat PERKESO atau melalui Platform Penyedia Perkhidmatan masing-masing.

Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat pendaftaran SPSLindung ini?

  • Dokumen yang diperlukan untuk delivery riders adalah seperti berikut:
    • Salinan kad pengenalan;
    • Profil id pekerjaan OBS daripada Platform Penyedia Perkhidmatan; dan
    • Salinan lesen motorsikal.
    • Bagi yang berbasikal ataupun berjalan kaki, pekerja hendaklah mengemukakan salinan pendaftaran di bawah platform penyedia perkhidmatan ekonomi gig yang berkaitan.

Bilakah tarikh kuatkuasa SPS Lindung ini dan bilakah ianya akan tamat?

  • Tarikh kuatkuasa SPS Lindung adalah mulai pada 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Bilakah tarikh perlindungan SPS Lindung ini bermula dan sehingga bila tempoh perlindungan tersebut berkuatkuasa?

  • Tarikh bermulanya perlindungan OBS di bawah SPSLindung adalah bermula pada tarikh dan masa pendaftaran yang disahkan oleh PERKESO.

Bagaimanakah OBS boleh membuat semakan kelayakan atau kelulusan penyertaan program inisiatif Kerajaan ini ?

  • OBS boleh menyemak pendaftaran dan caruman melalui Sistem Matrix (https://matrix.perkeso.gov.my) iaitu melalui status Pengesahan Bekerja Sendiri;
  • Semakan kelayakan permohonan di 54 buah kaunter pejabat PERKESO di seluruh Negara; dan
  • OBS yang berjaya menyertai program SPSLindung akan menerima notifikasi pengesahan penyertaan melalui emel.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR ODAMAKAN RIDER (REGISTER ONLINE di odamakan.com)

2 thoughts on “CARA DAFTAR SPS LINDUNG 2024(PERLIDUNGAN DELIVERY RIDERS)”

Leave a Comment