MYPUBLIC INFOBANJIR (Cara Semak Check Guna Maklumat Banjir Seluruh Negara)

MYPUBLIC INFOBANJIR (Cara Semak Check Guna Maklumat Banjir Seluruh Negara)

MYPUBLIC INFOBANJIR

Sekiranya anda ingin membuat semakan kawasan banjir terkini, sudah semestinya anda ingin mengetahui caranya. Terkini Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah mewujudkan satu aplikasi MuPublic InfoBanjir bagi pengguna mendapatkan maklumat banjir terkini. Disini kami akan kongsikan cara membuat semakan guna aplikasi ini untuk dapatkat maklumat banjir terkini di seluruh negara, semoga membantu.

 

APA ITU MYPUBLIC INFOBANJIR

MyPublic Infobanjirmerupakan satu aplikasi yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) yang memberikan maklumat kepada orang ramai mengenai banjir iaitu. Aplikasi ini direka untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat terperinci berhubung dengan bencana banjir yang menyediakan data banjir untuk 1,500 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

 

KELEBIHAN MYPUBLIC INFOBANJIR

Aplikasi ini dibangunkan untuk kegunaan semua pengguna telefon pintar mudah alih supaya maklumat dan notifikasi berkenaan situasi hujan dan aras air sungai semasa serta hebahan amaran banjir boleh diakses secara real-time.

 

CIRI-CIRI MYPUBLIC INFOBANJIR

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri aplikasi ini iaitu:

  1. Utama
    • Pengguna akan melihat maklumat takungan paras air sungai sama ada ia berada pada tahap bahaya, amaran, berjaga-jaga, atau normal.
  2. Peta Kawasan
    • Membolehkan pengguna mengetahui aras air di 337 lokasi yang disediakan.
  3. Notifikasi
    • Notifikasi yang disediakan ialah untuk ramalan banjir, amaran cuaca, dan pengumuman umum info banjir.
  4. SOS
    • Nombor talian kecemasan pihak pertahanan awam disediakan bagi memudahkan mangsa meminta bantuan dengan kadar segera.
  5. Lokasi Pilihan Ramalan Banjir
    • Ciri ini boleh digunakan bagi pengguna yang telah membuat tetapan POI.

 

CARA SEMAKAN GUNA MY PUBLIC INFOBANJIR

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan menerusi aplikasi ini seperti berikut:

  1. Anda dikehendaki utuk memuat turun dan istall aplikasi ini di
  2. Seterusnya buka aplikasi tersebut
  3. Pilih negeri dan kawasan yang anda ingin mendapat maklumat semasa.

NOTA: Sebarang amaran terkini akan dinyatakan mengikut negeri seperti dalam paparan senarai aplikasi

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi MyPublic Infobanjir, anda boleh melayari website rasmi Public Infobanjir JPS di pautan https://publicinfobanjir.water.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA SEMAKAN KAWASAN BANJIR & AMARAN JALAN TERKINI 2022

Leave a Comment