ROADTAX HILANG ROSAK: CARA DAPATKAN SEMULA & SEMAK KADAR BAYARAN

ROADTAX HILANG ROSAK: CARA DAPATKAN SEMULA & SEMAK KADAR BAYARAN

ROADTAX HILANG ROSAK

Sekiranya roadtax atau lesen kenderaan bermotor (LKM) anda hilang atau rosak, adakah anda tahu apa yang perlu dilakukan?T Sudah tentu kebanyakkan tidak tahu dan mesti ingin mengetahui cara untuk dapatkan kembali roadtax atau lesen kenderaan bermotor (LKM).

Bagaimana cara untuk dapatkan kembali? Disini kami kongsikan panduan dapatkan kembali roadtax anda, semoga membantu

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Sebenarnya tidak sukar sama sekali untuk mengemas kini roadtax yang hilang atau rosak. Anda hanya perlu menyediakan dua item yang diperlukan untuk mendapatkan roadtax baharu, iaitu:

  1. Salinan geran (jika ada)
  2. Kad pengenalan & salinan.
  3. Borang K (boleh dapatkan di kaunter JPJ)

NOTA: Sekiranya geran tidak ada, anda tidak perlu risau, selagi anda mengetahui nombor pendaftaran kenderaan anda – nombor plet.

 

KOS BAYARAN DIKENAKAN

Anda akan dikenakan denda kerana kehilangan roadtax ini. Kos untuk mendapatkan salinan baru kenderaan roadtax atau lesen kenderaan bermotor (LKM) anda adalah:

  • Motosikal sebanyak RM20  
  • Kereta sebanyak RM50.

 

CARA DAPATKAN ROADTAX YANG HILANG ATAU ROSAK

Anda dikehendaki sediakan dokumen seperti di atas, kemudian bereikut adalah cara dapatkan kembali roadtax:

  1. Perlu pergi ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran,
  2. Anda mesti isi borang K (boleh didapatkan di kaunter),
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu permohonan diproses.(sediakan duit bayaran denda)
  4. Proses yang anda perlukan untuk mendapatkan salinan baru RoadTax tidak mengambil masa yang lama, ia hanya memerlukan masa.
  5. Selepas anda mengisi borang permohonan salinan / gantian perakuan pendaftaran kenderaan atau salinan / gantian lesen kenderaan motor atau salinan lesen perdagangan kenderaan motor dan telah menyelesaikan pembayaran, kemudian anda akan segera menerima roadtax kenderaan baru anda melalui kaunter JPJ.

 

SOALAN LAZIM

Sekiranya saya bukan pemilik kenderaan dan diwakilkan, dokumen apa yang diperlukan?

Jika anda bukan pemilik kenderaan, sediakan perkara berikut:

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
  • Salinan geran kenderaan atau beritahu sahaja nombor plet kenderaan
  • Salinan kad pengenalan anda sebagai wakil
  • Isi borang K

Bagaimana sekiranya Roadtax Koyak?

Ada dua sebab untuk kita print kembali roadtax / cukai jalan iaitu sama ada roadtax kita hilang atau rosak (cetakan pudar, kabur/ koyak). Cara Untuk Print Kembali Roadtax / Cukai Jalan

  • Pergi ke cawangan JPJ berdekatan.
  • Bawa bersama roadtax yang rosak (jika ada) dan satu salinan kad pengenalan.
  • Ambil borang K7 daripada pegawai JPJ yang bertugas.
  • Isi borang dan ambil nombor giliran.
  • Tunggu sehingga nombor giliran dipanggil.
  • Bayaran denda: RM50 untuk kereta dan RM20 untuk motosikal.

Nota Penting: Harap bawa roadtax anda yang rosak supaya anda tidak akan dikenakan bayaran.

 

ARTIKEL LAIN

COVER NOTE INSURANS HILANG (CARA DAPATKAN SEMULA)

Leave a Comment