CARA TUKAR NAMA MOTOR TERKINI (Guna MySikap & Cawangan JPJ)

CARA TUKAR NAMA MOTOR TERKINI (Guna MySikap & Cawangan JPJ)

CARA TUKAR NAMA MOTOR

Sekiranya ada di antara anda yang mahu jual atau beli motor, Semestinya ingin mengetahui cara tukar nama motor terkini. Untuk melakukan proses pertukaran nama untuk hakmilik sesebuah motor, disini kami akan kongsikan cara tukar menggunakan Portal mySikap dan juga di cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semoga membantu.

 

APA ITU PORTAL mySIKAP

Portal MySikap adalah Platform Digital Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakan bagi memudahkan pelanggan membuat urusan secara online seperti berikut:

  • Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM) / roadtax
  • Pindah milik sukarela
  • Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa,
  • Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh,
  • Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.

 

CARA TUKAR NAMA MOTOR ONLINE GUNA mySIKAP

Terkini urusan pertukaran nama sangat memudahakn dengan secara atas talian (online). Berikut adalah merupakan caranya:

Pemilik Kenderaan Berdaftar

  1. Layari pautan MySikap: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  2. Log Masuk akaun anda
  3. Pada Menu utama, pilih KENDERAAN
  4. Pilih PERMOHONAN PERTUKARAN HAK MILIK KENDERAAN (PEMILIK BERDAFTAR)
  5. Masukkan NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN, Klik Teruskan
  6. Klik Sah & Teruskan
  7. Masukkan maklumat EMAIL PENDAFTAR DAN PEMILIK BAHARU, klik Seterusnya
  8. Cetak Resit sebagai rujukan
  9. Selesai

 

Pemilik Kenderaan Baharu

  1. Layari pautan MySikap: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  2. Log Masuk akaun anda
  3. Pada Menu utama, pilih KENDERAAN
  4. Pilih PERMOHONAN PERTUKARAN HAK MILIK KENDERAAN (PEMILIK BAHARU)
  5. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan, klik Seterusnya
  6. Pengisytiharaan Kenderaan – Pilih Semenanjung
  7. Klik Setuju
  8. Masukkan maklumat pembayaran (Kad Kredit / Debit), klik Bayar
  9. Buat pengesahan pembayaran
  10. Cetak resit dan bawa ke pejabat JPJ berhampiran.
  11. Selesai.

Nota: Pemilik baru atau pembeli dikehendaki untuk pergi ke JPJ dalam masa 7 hari untuk pengesahan secara thumbprint dan dapatkan geran.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Sekiranya anda ingin menukar di cawangan JPJ, pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut terlebih dahulu:

  1. Dokumen bagi pemilik asal atau penjual
    • Geran asal kenderaan.
    • Kad pengenalan.
    • Salinan kad pengenalan pembeli.
    • Borang JPJK3 yang sudah lengkap (borang ini adalah borang pertukaran hak milik secara sukarela).
  2. Dokumen bagi pembeli
    • Geran asal kenderaan (dari penjual).
    • Kad pengenalan.
    • Salinan kad pengenalan penjual.
    • Slip pengesahan (dari penjual).

 

CARA TUKAR NAMA MOTOR DI CAWANGAN JPJ

Untuk penukaran nama di cawangan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pergi ke cawangan JPJ yang berdekatan dengan anda
  2. Bawa semua dokumen yang diperlukan.
  3. Pasti penjual dikehendaki untuk melakukan proses thumprint terlebih dahulu sebelum di lakukan oleh pembeli.
  4. Bagi pembeli anda dikehendaki memperbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan terlebih dahulu sebelum thumprint. JPJ akan mengeluarkan Vehicle Ownership Certificate (VOC) baharu yang telah ditukar hak milik.

Nota: Pemilik baru atau pembeli dikehendaki untuk pergi ke JPJ dalam masa 7 hari untuk pengesahan secara thumbprint dan dapatkan geran.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAPATKAN GERAN BARU GUNA KIOSK JPJ

Leave a Comment