PAHANGGO (Cara Daftar & Buat Bayaran Online Rakyat Pahang)

PAHANGGO (Cara Daftar & Buat Bayaran Online Rakyat Pahang)

PAHANGGO

Kepada rakyat Pahang, anda kini boleh menggunakan dompet digital bagi memudahkan anda membuat pembayaran atas talian yang boleh digunakan di semua premis perniagaan atau agensi kerajaan di negeri Pahang. Terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan melalui aplikasi ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar dan juga membuat pembayaran, semoga membantu.

 

APA ITU PAHANGGO

PahangGo merupakan sebuah aplikasi sehenti yang dibangunkan dan diselia oleh syarikat Pahang Go Sdn Bhd dengan pelbagai kemudahan dalam talian yang dibangunkan untuk rakyat Pahang. Aplikasi ini digunakan secara meluas untuk check-in di premis-premis perniagaan seluruh Pahang dan sangat memudahkan rakyat Pahang khususnya untuk melakukan pembayaran dalam talian seperti bayaran bil air, elektrik, Astro, parking dan sebagainya.

 

PERKHIDMATAN PAHANGGO

Berikut adalah merupakan antara perkhidmatan yang tersedia melalui aplikasi ini iaitu:

  1. Pembayaran parkir kenderaan di tapak parkir milik Majlis Bandaraya Kuantan
  2. GovPay: Bayaran kepada agensi-agensi kerajaan negeri seperti cukai, kompaun kenderaan, pelbagai jenis kompaun, sewaan permis dan sebagainya.
  3. Hakmilik: PPencarian hakmilik
  4. Zakat: Pembayaran pelbagai jenis zakat seperti pendapatan, perniagaan, saham, simpanan, pertanian dll.
  5. Pendidikan: Bayaran pinjaman pendidikan dari pelbagai agensi
  6. Bil Utiliti: Bayaran bil air, elektrik dan hiburan (Astro dan NJOI)
  7. Mudah-alih: Bayar bil, topup prepaid
  8. Baucar: Tawaran pelbagai baucar dari pelbagai premis perniagaan
  9. Permainan: Pembelian kredit dari perlbagai permainan popular

 

MUAT TURUN APLIKASI PAHANGGO

Anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma dengan mengklik salah satu pautan di bawah:

NOTA: Anda dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi ini melalui sumber yang sah bagi mengelakkan peranti anda digodam oleh penjenayah siber.

 

CARA DAFTAR PAHANGGO

Setalah selesai install aplikasi tersebut, berikut adalah merupakan cara daftar iaitu:

  1. Buka aplikasi PahangGo ditelelefon anda
  2. Pada halaman utama, klik pada Setting (penjuru kanan bawah)
  3. Seterusnya klik apda Log In Or Create An Account
  4. Kemudian klik pada Create An Account
  5. Isikan saja maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan seperti:
    • Email
    • Kata laluan

 

CARA BAYARAN GUNA PAHANGGO

Kepada anda yang ingin membuat pembayaran menerusi aplikasi ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi tersebut di telefon anda
  2. Pilih pada agensi atau tujuan anda ingin membuat pembayaran
  3. Bayaran boleh dibuat menggunakan kaedah perbankan internet.
  4. Untuk pembayaran parkir, anda perlu membeli token (dikenali sebagai “Fil”).
  5. Anda akan diberikan notifikasi setiap kali tempoh bayaran parkir anda hampir tamat dan mempunyai pilihan untuk menambah tempoh parking terus dari aplikasi ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

2 thoughts on “PAHANGGO (Cara Daftar & Buat Bayaran Online Rakyat Pahang)”

Leave a Comment