ATOME PAYMENT (Cara Beli Guna Installment & Limit Paylater Customer Service)
Kepada para pengguna yang baru ingin menggunakan kaedah pembayaran menerusi Atome payment installment, semestinya ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat pembelian menerusi platform ini dan membayarnya mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan tanpa sebarang faedah dan bayaran perkhidmatan, semoga membantu.
APA ITU ATOME PAYMENT
Atome payment merupakan suatu platform yang menawarkan perkhidmatan pembayaran secara ansurans. Ia merupakan rancangan pembayaran secara ansurans masa pendek yang diperkenalkan bertujuan untuk menggalakkan urusniaga perniagaan sekaligus meningkatkan ekonomi negara.
MUAT TURUN APLIKASI ATOME PAYMENT
Orang ramai boleh mula memuat turun aplikasi ini melalui pautan:
KELEBIHAN ATOME PAYMENT INSTALLMENT
Berikut adalah merupakan anatra kelebihan yang akan diperolehi iaitu:
- Pengguna boleh membuat pembayaran ansurans sekaligus dapat mengurangkan beban kewangan pengguna apabila membuat pembelian.
- Segala transaksi urusniaga dapat dijalankan dengan mudah.
- Pengguna hanya perlu membayar ansurans pertama terlebih dahulu dan menerima barangan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran seterusnya.
- Dapat meningkatkan kuasa membeli pengguna sekaligus meningkatkan ekonomi negara.
- Pengguna tidak dikenakan apa-apa kadar faedah dan caj perkhidmatan. Ini bermaksud pengguna hanya membayar barangan belian mereka tanpa sebarang caj tambahan.
HARGA DAFTAR ATOME PAYMENT
Peniaga yang berdaftar untuk menjadi rakan kongsi syarikat Atome ini, mereka tidak akan dikenakan apa-apa kos pendaftaran atome register seller / merchant. Walaubagaimanapun, pihak Atome hanya mengenakan bayaran kadar diskaun pedagang (MDR) bagi setiap transaksi pembelian pengguna.
SYARAT KELAYAKAN ATOME PAYMENT
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang dikenakan kepada individu untuk mendaftar dan menggunakan aplikasi ini iaitu:
- Pengguna mestilah merupakan warganegara Malaysia.
- Pengguna mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Nombor telefon pengguna yang didaftarkan mestilah aktif.
- Kad debit/ kredit kad yang digunakan oleh pengguna mestilah kad bank yang dikeluarkan oleh institusi kewangan.
CARA DAFTAR ATOME PAYMENT INSTALLMENT
Kepadaindividu yang kelayakan, berikut adalah merupakan cara daftar iaitu:
- Buka aplikasi Atome atau layari pauatn https://www.atome.my
- Pada paparan utama klik pada daftar/ Register
- Masukkan nombor telefon dan klik Next
- Masukkan kod pengesahan yang diterima melalui SMS pada ruangan yang disediakan.
- Halaman menu utama akan dipaparkan kepada pengguna.
- Klik pada bahagian Pay
- Pengesahan pengguna perlu dibuat dengan mengisi maklumat peribadi pengguna dengan lengkap dan betul.
- Masukkan informasi kad debit/ kad kredit pengguna untuk melengkapkan pendaftaran.
- Selesai, register atome malaysia berjaya didaftarkan.
CARA LOGIN ATOME PAYMENT INSTALLMENT
Setelah proses pendaftaran selesai, berikut adalah merupakan cara log masuk bagi pengguna kali pertama iaitu:
- Buka aplikasi Atome atau layari pauatn https://www.atome.my
- Masukkan nombor telefon anda dan klik Next
- Kod pengesahan akan dihantar kepada pengguna dan masukkan kod tersebut pada ruangan yang disediakan dan klik pada Log Masuk
- Halaman utama Atome akan dipaparkan selepas anda berjaya akses portal atome malaysia login.
CARA BELI BARANG GUNA ATOME PAYMENT INSTALLMENT
Berikut adalah merupakan cara pembeliaan menggunakan platform ini sama ada pembelian secara atas talian atau di kedai-kedai fizikal yang menawarkan perkhidmatan atome ini iaitu:
- Bagi penggunaan Atome untuk pembelian secara atas talian, pengguna perlu memilih kaedah pembayaran menerusi aplikasi Atome ketika ingin membuat pembayaran barangan yang dibeli.
- Kaedah pembayaran ini akan dipaparkan di dalam laman sesawang rasmi peniaga yang berdaftar dengan syarikat Atome ini.
- Kemudian, pengguna yang memilih pembayaran secara ansurans menerusi aplikasi Atome akan dilinkkan ke aplikasi Atome untuk membuat bayaran.
- Jadual pembayaran akan dipaparkan mengikut bulan yang telah ditetapkan daripada tarikh pembelian.
- Ansurans pertama akan ditolak daripada akaun bank pengguna dan seterusnya pada bulan-bulan yang ditetapkan seperti mana bil pembelian pengguna.
TEMPOH BAYARAN BALIK ATOME PAYMENT
Aplikasi Atome ini hanya menawarkan ansurans sebanyak tiga (3) bulan sahaja. Ianya kerana aplikasi ini merupakan platform pembayaran ansurans jangka masa pendek. Pembayaran pertama akan ditolak daripada akaun pelanggan pada hari pembelian dilakukan dan pembayaran seterusnya adalah dalam tempoh 30 hari seterusnya.
Walaubagaimanapun, pelan ansurans selama enam (6) dan dua belas (12) bulan hanya ditawarkan pada urusniaga tertentu sahaja.
KADAR LIMIT ATOME PAYMENT INSTALLMENT
Untuk makluman anda, terdapat had kredit yang telah ditetapkan oleh pihak Atome kepada pengguna Debit Card & Credit Card iaitu:
- Kad Debit: RM1500
- Kad Kredit: RM5000
NOTA: Had kredit ini boleh meningkat mengikut rekod pembayaran pengguna yang baik.
SOALAN LAZIM (FAQ) ATOME PAYMENT INSTALLMENT
Kenapa Pembayaran Atome Gagal? “we are unable to process your payment”
- Pengguna telah membuat pembelian melebihi had kredit yang telah ditetapkan.
- Terdapat tunggakan pada pembelian sebelum ini sehingga menyebabkan masalah atome debit card declined
- Membelanja melebihi had kredit kad bank pengguna.
- Sistem Atome telah mengesan risiko pembayaran pada akaun bank pengguna.
Kenapa Atome Account Kena Blocked?
- Pengguna mempunyai masalah untuk membuat pengesahan identiti.
- Maklumat yang didaftarkan adalah palsu menyebabkan identiti pengguna tidak boleh disahkan.
- Bayaran tertunggak pada pembelian pengguna pada bulan-bulan sebelumnya.
- Berlakunya aktiviti penipuan di platform Atome.
Apakah kesan Lambat Bayar Atome?
- Jika pengguna Atome gagal untuk membuat bayaran mengikut yang telah ditetapkan, tunggakan bayaran akan berlaku.
- Bagi setiap tunggakan yang dilakukan oleh pengguna, caj pentadbir akan dikenakan sebanyak RM30 pada setiap bayaran yang tertunda.
- Caj pentadbir disebabkan oleh kegagalan membayar tunggakan akan meningkat sehingga maksimum RM60 bagi setiap pesanan.
- Jika pengguna masih gagal membuat bayaran tunggakan dalam tempoh yang terlalu lama, akaun Atome pengguna berkemungkinan akan dibekukan sehingga segala tunggakan dapat diselesaikan. Bukan itu sahaja, akaun Atome pengguna juga berkemungkinan untuk disekat.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Atome Payment Installment, anda boleh melayari portal rasmi Atome di pautan https://www.atome.my/
ARTIKEL BERKAITAN:
- PAHANGGO (Cara Daftar & Buat Bayaran Online Rakyat Pahang)
- JOHORPAY LOGIN (Cara Daftar & Guna Buat Bayaran)
- CARA GUNA APLIKASI MYBAYAR SAMAN PDRM (Daftar & Semak Saman Terkini)
- CARA TAMBAH NILAI KREDIT PREPAID MELALUI APLIKASI BIGPAY