CARA TAMBAH NILAI KREDIT PREPAID MELALUI APLIKASI BIGPAY

CARA TAMBAH NILAI KREDIT PREPAID MELALUI APLIKASI BIGPAY

TAMBAH NILAI KREDIT BIGPAY

Pernah dengar tentang BigPay? Tahukah anda sekiranya guna BigPay, transaksi akan jadi lebih mudah dan cepat dan penggunannya Lebih meluas sehingga boleh digunakan di luar negara. Ini kerana BigPay bekerjasama dengan MasterCard dan tidak ada fee tambahan untuk exchange rate. Disini kami akan kongsikan cara tambah nilai kredit prepaid menggunakan aplikasi BigPay ini, semoga membantu.

 

APA ITU APLIKASI BIGPAY

BigPay adalah merupakan ewallet (edompet) yang diperkenalkan sebagai salah satu langkah ke arah cashless society. Dimana anda boleh menggunanya apabila ingin buat bayaran tanpa menggunakan cash atau wang kertas.

 

SYARAT PENDAFTARAN BIGPAY

  • Anda hanya boleh mendaftar BigPay sekiranya anda berumur 18 tahun dan ke atas, serta anda merupakan warganegara Malaysia ataupun penduduk tetap. Pendaftaran untuk BigPay adalah percuma. Walau bagaimanapun, anda memerlukan minimum RM20 sebagai syarat untuk mendaftar. Tiada caj tambahan dikenakan.

 

CARA DAFTAR BIGPAY ONLINE (Pengguna Kali Pertama)

Ikuti langkah di bawah untuk mendaftar secara online.

  1. Download aplikasi BigPay – Challenge Banking di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
  2. Setelah download, buka aplikasi tersebut.
  3. Kemudian, tekan butang Sign Up.
  4. Untuk meneruskan proses dan cara daftar BigPay ini, sila pilih negara tempat tinggal anda, sama ada di Malaysia atau di Singapura.
  5. Kemudian, terdapat ruangan untuk memasukkan nombor telefon anda. Pada ruangan sebelah kiri, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya anda adalah warganegara Malaysia, pilih +60.
  6. Pada ruangan di sebelahnya, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  7. Tekan butang Send Code. Kod enam angka akan dihantar ke telefon anda melalui SMS.
  8. Kemudian, masukkan kod yang anda dapat tersebut di ruangan di bawah Enter your OTP.
  9. Sekiranya anda tidak mendapat kod secara SMS, tekan link yang tertera di bawah ruangan untuk memasukkan kod tersebut.
  10. Pada laman seterusnya, anda dikehendaki untuk mencipta passcode sebagai langkah keselamatan akaun anda daripada dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Passcode ini adalah sebanyak enam angka. Jadi, cipta passcodeanda sendiri untuk akaun anda dengan menekan mana-mana nombor yang tertera. Diingatkan, anda perlu menghafal nombor passcode yang anda masukkan ini, kerana ia akan digunakan setiap kali anda login ke akaun BigPay anda nanti.
  11. Seterusnya, kenyataan bertulis Type it again akan tertera. Masukkan sekali lagi passcode yang anda cipta untuk akaun anda.
  12. Pada laman seterusnya, kenyataan tentang terma & syarat akan tertera. Tekan link Terms and Conditions of the BigPay Card untuk membaca terma & syarat bagi penggunaan kad BigPay yang anda akan peroleh setelah selesai mendaftar akaun anda.
  13. Scroll sehingga ke bawah untuk memahami segala syarat yang telah ditetapkan untuk anda sebagai pemohon kad BigPay. Kemudian, tekan butang I accept untuk teruskan proses daftar BigPay.
  14. Laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Ruangan Full Name, masukkan nama penuh anda, sama seperti yang tertera pada MyKad anda.
  15. Pada ruangan Email Address, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses untuk meneruskan proses dan cara daftar BigPay.
  16. Pada ruangan Date of Birth, kalendar akan tertera. Pilih tarikh lahir anda.
  17. Gender, pilih jantina anda, sama ada Male untuk lelaki, atau Female untuk perempuan.
  18. Ruangan Nationality, pilih kewarganegaraan anda.
  19. Pada ruangan NRIC Number, masukkan nombor kad pengenalan anda yang baru (nombor MyKad).
  20. Pada ruangan Occupation, pilih pekerjaan anda. Pilih Other sekiranya pekerjaan yang tertera tidak berkaitan dengan anda.
  21. Pada ruangan Industry, pilih bidang pekerjaan anda. Pilih Other sekiranya tidak berkaitan.
  22. Kemudian, tekan butang Next.
  23. Akan keluar mesej tertera Verification in progress. Sistem sedang memproses pendaftaran anda, dan akan mengambil masa sehingga 48 jam.
  24. Setelah pendaftaran anda diluluskan, anda perlu memasukkan RM20 ke dalam akaun anda ini. Anda boleh melakukannya secara online banking.
  25. Kemudian, tunggu kad BigPay untuk tiba ke alamat anda secara pos.
  26. Ikuti prosedur seterusnya untuk mengaktifkan kad anda. Proses pendaftaran BigPay anda akan selesai.

 

CARA TAMBAH NILAI APLIKASI BIGPAY

Berikut adalah merupakan cara untuk tambah nilai dalam akaun e-wallat bigPay anda iaitu:

  • Buka aplikai BigPay anda
  • Seterusnya klik pada simbol (+). Kemudian masukkan nilai yang ingin anda topup. Contoh RM50. Dan pilih cara pembayaran sama ada secara:
    • Credit / Debit Card
    • Bank Transfer (Online Banking)
    • Cash di 7-eleven (ada caj 2% +RM1)
  • Sehinggalah anda selesai masukkan kod TAC di SMS bagi online banking dan debit card, sekarang anda sudah pun berjaya top up akaun BigPay anda.

 

CARA TAMBAH NILAI KREDIT PREPAID GUNA APLIKASI BIGPAY

Berikut adalah merupakan cara tambah nilai kredit prepaid melaui aplikasi ini iaitu:

  1. Buka aplikasi BigPay anda
  2. Pada menu utama klik pada Explore yang terletak di bahagian bawah
  3. Seterusnya klik pada Bills & Prepaid
  4. Pada bahagian ini, klik pada New Bill
  5. Kemudian Scroll ke bawah dan klik pada bahagian Mobile Prepaid dan kemudian pilih talian Telco yang anda inginkan daripada senarai tersebut
  6. Seterusnya anda dikehendaki untuk mengisi No Telefon pada ruangan yang tersedia da pilih jumlah tambah nilai prepaid kredit yang anda inginkan kemudian klik Next
  7. Paparan perincian mengenai tambah nilai akan tertera. Sekirany betul klik pada Pay
  8. Paparan status transaksi tambah nilai selesai akan tertera.

 

CARA GUNA APLIKASI BIGPAY

Berikut adalah cara penggunaan BigPay Airasia

  1. Fungsi Pembayaran BigPay
    • Kirimkan atau minta duit sesama pengguna Bigpay secara transfer
    • Split bill iaitu berkongsi bayaran sesama pengguna BigPay
    • Buat bayaran menggunakan QR Code iaitu secara E-wallet
    • Bank transfer ke akaun bank di Malaysia dan Oversea seperti Online Banking
    • Bayar bil elektrik, bil air, Postpaid, Internet, Astro, Courts Mammoth dan Indah Water
    • Dapatkan BigPay Life Insurance serendah RM30 setahun mengikut pakej yang disediakan.
  2. Freeze Card
    • Tahukah anda, di aplikasi BigPay juga telah disediakan fungsi Freeze kad jika berlaku perkara tak diingini seperti kad hilang atau dicuri.
    • Jadi dengan ON kan fungsi Freeze, tiada sebarang transaksi dibenarkan.
    • Kemudian anda boleh laporkan pada team support Bigpay melalui Aplikasi BigPay. Nanti Support BigPay akan bantu.
  3. Analytics
    • Aplikasi BigPay turut merekodkan setiap transaksi yang anda belanjakan pada menu Analytics.
    • Jadi setiap bulan anda boleh semak setiap duit yang keluar. Dari sini juga anda dapat kawal perbelanjaan bulanan.
    • Jika ada yang guna kad BigPay anda tanpa pengetahuan juga, anda boleh kesan daripada Aplikasi BigPay ini.

 

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BIGPAY

Kebaikan BigPay

  1. Anda boleh miliki masterkad yang boleh digunakan di seluruh dunia.
  2. Transaksi online luar negara lebih mudah tanpa perlu aktifkan kad.
  3. Tiada cas tersembunyi untuk pertukaran mata wang antarabangsa.
  4. Boleh kumpul Big Point untuk buat pembelian tiket kapal terbang.
  5. Boleh lock/freeze kad dengan pantas menggunakan apps jika kad hilang atau dicuri.

Keburukan BigPay

  1. Sistem e-Wallet BigPay belum masih popular di kalangan peniaga di Malaysia.
  2. Tidak boleh digunakan untuk bayar Grab.
  3. Bagi mereka yang ingin berbelanja besar, maximum top-up hanya RM10,000 sahaja.

 

ARTIKEL LAIN

RFID TNG (CARA DAFTAR & AKTIFKAN TAG RFID)

4 thoughts on “CARA TAMBAH NILAI KREDIT PREPAID MELALUI APLIKASI BIGPAY”

Leave a Comment