CARA REFUND DUIT TIKET AIRASIA (Guna Chat With AVA & Super App)

CARA REFUND DUIT TIKET AIRASIA (Guna Chat With AVA & Super App)

Sudah tentunya sekiranya perancagan penerbangan anda menggunakan perkhidmatan AirAsia telah dibatalkan dan anda tidak ingin merancang perjalanan tersebut, sudah tentunya anda ingin refund kembali duit tiket AirAsia anda. Tetapi bagaimana cara refund duit tiket AirAsia? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.REFUND DUIT TIKET AIRASIA

 

PUNCA PENERBANGAN DIBATALKAN

Di musim dilanda pendemik ini, orang ramai di seluruh dunia tidak digalakkan untuk melancong ke negara-negara yang terkesan teruk dengan wabak ini. Tetapi sudah pastinya anda yang sudah membeli awal tiket penerbangan dan terpaksa membatalkan niat untuk meneruskan penerbangan agar tidak membahayakan diri dan mengelakkan daripada terkena jangkitan wabak ini.

Malah, kerajaan turut telah menyekat perjalanan ke China, Hong Kong, Macau dan Taiwan. Hal ini menyebabkan kebanyakan syarikat penerbangan daripada Malaysia terutama sekali AirAsia dan Malaysia Airlines terpaksa membatalkan jadual penerbangan ke negara-negara tersebut.

Justeru itu, para pelanggan ditawarkan dua pilihan sama ada menukarkan jadual perjalanan ataupun membatalkan terus. Bagi pelanggan AirAsia yang ingin membatalkan penerbangan, anda boleh memohon tuntutan terus ke akaun bank anda atau akaun BigPay.

 

CARA REFUND DUIT TIKET AIRASIA

Bagi yang ingin menuntut kembali atau refund bayaran penerbangan AirAsia yang telah ditempah, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari laman AirAsia DI SINI
  2. Seterusnya klik pada Chat With AVA
  3. Kemudian Klik pada Refund > Airasia New Refund Request > Flight Cancelation Refund, dan Klik YES.
  4. Lengkapkan semua maklumat yang diminta seperti:
    • Nombor booking
    • Nama keluarga
    • Nama pelanggan
    • Tarikh lahir
    • Emel (yang digunakan semasa tempah tiket)
  5. Taip N jika batalkan salah satu penerbangan dan taip Y jika batalkan semua penerbangan (nombor tempahan itu sahaja).
  6. Pilih nama pelanggan yang nak refund tiket (jika semua pelanggan, masukkan semua ikut format yang diminta).
  7. Taipkan satu subjek berkenaan kes tersebut.
  8. Pilih ‘refund’ pilihan anda sama ada menerusi credit account (Air Asia Big members) atau dimasukkan ke dalam akaun bank di mana anda buat bayaran terdahulu.
  9. Akhir sekali, anda akan menerima Number Case oleh AVA. Email anda juga akan menerima Number Case.
  10. Selesai

NOTA: Status refund anda kini adalah ‘dalam proses’. Kebiasaannya proses tuntutan akan ambil masa dalam 30 hari tetapi ada juga dalam tempoh lebih kurang seminggu wang akan dimasukkan ke akaun sama ada akaun BigPay atau akaun bank.

 

CARA REFUND DUIT TIKET AIRASIA GUNA SUPER APP

Terkini AirAsia telah telah masukkan fungsi menjejak kes tuntutan bayaran balik ke dalam aplikasi AirAsia Super App. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi AirAsia Super App di telefon anda
  2. Log masuk menggunakan akaun anda. Sekiranya pengguna baharu dikehendaki untuk daftar terlebih dahulu.
  3. Pada menu utama pergi ke Account, dan skrol ke bawah.
  4. Seterusnya klik pada My cases.
  5. Paparan akan menunjukkan kes yang sedang dalam tindakan boleh anda lihat kemas kininya.
  6. Bagi membuat tuntutan kembali, anda boleh klik pada Ask Bo Live. ianya merupakan bot sembang terbaharu yang dilancarkan AirAsia bagi menggantikan AirAsia Virtual Allstar (AVA).

ARTIKEL LAIN

3 thoughts on “CARA REFUND DUIT TIKET AIRASIA (Guna Chat With AVA & Super App)”

Leave a Comment