PENERBANGAN DITUNDA DIBATALKAN (Cara Tuntut Pampasan Delay Flight)

PENERBANGAN DITUNDA DIBATALKAN (Cara Tuntut Pampasan Delay Flight)

PENERBANGAN DITUNDA DIBATALKAN

Sekiranya perancagan penerbangan anda menggunakan pelbagai perkhidmatan Penerbangan telah ditunda atau dibatalkan, sebenarnya anda boleh membuat tntutan pampasan bagi delay flight. Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

 

PAMPASAN TUNTUTAN FLIGHT DITUNDA / DIBATALKAN

Jika penerbangan anda ditunda atau dibatalkan, syarikat penerbangan anda berkemungkinan besar perlu menyediakan anda pampasan bagi membantu anda meneruskan perjalanan. Bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan, pampasan ini mungkin merangkumi:

  • Penerbangan ditunda selama 2 jam atau lebih
    • Makanan, panggilan telefon dan akses internet
  • Penerbangan ditunda selama 5 jam atau lebih
    • Penginapan hotel dan pengangkutan
  • Penerbangan dibatalkan
    • Pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif

 

PENGECUALIAN PAMPASAN FLIGHT DITUNDA / DIBATALKAN

Walau bagaimanapun, pengecualian pampasan hanya berlaku untuk keadaan yang tidak dapat dijangkakan oleh syarikat penerbangan yang melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.

 

CARA TUNTUTAN PAMPASAN FLIGHT DITUNDA / DIBATALKAN

Untuk membuat tuntutan pampasan, anda disarankan untuk membuat aduan kepada syarikat penerbangan yang berkenaan samada di kauter khidmat pelanggan atau email atau live chat eva sekiranya ada. Berikut adalah merupakan cara tuntutan online:

  1. Layari laman web: https://flysmart.my/bm/buat-aduan/.
  2. Isikan maklumat berikut dengan lengkap:
    • Butiran peribadi
    • Aduan kepada syarikat penerbangan atau lapangan terbang
    • Jenis aduan
    • Butiran penerbangan
    • Bandar perlepasan dan ketibaan
    • Rumusan aduan
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Kemuka Aduan’ untuk menghantar tuntutan.

 

TERIMA TUNTUTAN PAMPASAN FLIGHT DITUNDA / DIBATALKAN TIDAK SEWAJARNYA

Sekiranya anda berpandangan bahawa anda tidak menerima pampasan sewajarnya, sila kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan tersebut sebelum anda menghubungi MAVCOM dengan melayari pautan https://www.mavcom.my/

Apa Itu Mavcom?

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 2016 di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771] sebagai satu entiti bebas yang bertanggungjawab untuk mengawal selia perkara ekonomi dan komersial berhubungan dengan industri penerbangan awam di Malaysia. Matlamat kami adalah untuk menjadikan industri penerbangan awam di Malaysia berdaya maju dari segi komersial, berorientasikan pengguna dan berdaya tahan, agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Fungsi-fungsi Mavcom seperti yang dinyatakan di dalam Akta 771 tersebut, merangkumi:

  • Mengawal selia perkara ekonomi yang berhubungan dengan industri penerbangan awam;
  • Memperuntukkan suatu mekanisme bagi perlindungan pengguna;
  • Memperuntukkan suatu mekanisme bagi penyelesaian pertikaian antara penyedia perkhidmatan penerbangan;
  • Mentadbir dan menguruskan hak trafik udara; dan
  • Menasihati Kerajaan, mentadbir dan menguruskan laluan-laluan di bawah obligasi perkhidmatan awam.

 

ARTIKEL LAIN

CARA REFUND DUIT TIKET AIRASIA (Guna Chat With AVA)

Leave a Comment